Selasa, September 30, 2008

Sahabat.

Amat bertuah jika kita mendapat sahabat yang sejati.  Sahabat yang sanggup senang dan susah bersama kita.  Sahabat yang sanggup menempuh pelbagai ujian yang mendatang bersama-sama kita.  Wah, sangat beruntungnya orang itu.

 

Tetapi, apa perasaan kita semua ya jika mendapat sahabat yang sekadar ingin bersenang-senang dengan kita sahaja?  Dan apabila kita ditimpa musibbah, semua pakat nak lari?  Sudahlah nak lari, pelbagai tuduhan dan permintaan yang dikenakan untuk kita kalau mahukan mereka terus bersahabat dengan kita?  ya, kalau mahukan mereka terus bersahabat dengan kita, ikutlah kemahuan mereka.  jadi, apakah perasaan kita jika ini berlaku?  Sedangkan dulu, dia puji kita.  Pelbagai pujian diberikan.  hebatlah, berwibawalah dan pelbagai lagi pujian yang tinggi melangit.  Tetapi, apabila kita ditimpa susah, sebaliknya pula yang berlaku.

 

ya, inilah sebenarnya yang telah berlaku pada parti Barisan Nasional sekarang ini.  Dulu, masa kuat, semua nak berkawan.  Pelbagai pujian tinggi melangit diberikan.  BN hebat, tiada parti lain yang dapat memerintah negara selain BN, BN sebuah parti yang bersih dan pelbagai lagi.  Wah, hebat bukan main.  Maklumlah, hebat, mewah, semua boleh.

 

Tetapi, nasib baik tuhan masih sayangkan BN ini.  Ditimpakan suatu tsunami pada 8 Mac.  Dengan tragedi 8 Mac ini, dapatlah BN menilai kejujuran seorang sahabat.  Dapatlah BN menilai sahabat itu adalah sahabat sejati atau sahabat hanya ketika di zaman kesenangan dan kemewahan.  Dan menjadi musuh apabila BN ditimpa musibbah yang hebat.

 

Yang pertama sekali menunjukkan belangnya ialah sahabat SAPP.  Pelbagai tuduhan dan kecaman dilempar.  Sampai sanggup nak buat undi tak percaya.

 

mengapa di zaman mewah dan kaya, masalah Sabah tidak mahu diwar-warkan ke seluruh negara?  Tapi, mengapa sekarang?  Apa motifnya?  kalau sahabat ini sahabat sejati, sudah tentu dia akan tegur, walau pun pada zaman kegemilangan.  Tetapi, mengapa sekarang?  Dan akhirnya, sahabat ini meninggalkan sahabatnya kerana sahabatnya itu dah tak kaya, dah jatuh.  Dia hanya mahukan kesenangan sahaja.

 

Seorang lagi sahabat ialah Gerakan.  Setelah begitu lama memerintah Pulau Pinang, inikah balasannya terhadap sahabat?  Sahabat yang memberikan kesenangan dan kemewahan kepada sahabat ini?  Ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.  mereka kini sedang mencari seribu alasan untuk meninggalkan sahabat yang banyak berjasa kepada mereka.

 

mereka semua ini, hanyalah mementingkan diri dan tembolok mereka sahaja.  Jika inilah sikap mereka terhadap sahabat mereka, nescaya dengan sahabat lain juga, mereka akan berbuat sedemikian rupa.  Bersama ketika senang, tinggalkan ketika sahabat susah.

 

jadi, inikah sahabat yang kita perlukan?  Sahabat yang langsung tidak memberi manafaat dan tidak dapat menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi ketika susah?  Sahabat yang inginkan kesenangan dari sahabatnya semata-mata?

0 ulasan:





Arkit blog