Isnin, Oktober 06, 2008

BN kena tukaq cara.

Semalam, tok Najib kata, BN kena berani berubah.  Kalau tak berubah, tidak mustahil BN akan dilupakan.  Satu kenyataan yang perlu diambil serius oleh semua orang BN.

 

Seperti mana yang kita lihat, peminpin muda amat kurang di dalam BN berbanding dengan parti lawan.  Dalam BN, orang yang pegang jawatan menteri atau apa-apa jawatan tertinggi negara, semuanya 40-an ke atas.

 

Golongan muda harus diberikan tempat di dalam BN supaya mereka dapat bersuara memberikan pandangan bagi golongan muda.  Ini amat penting kerana mereka akan mencorakkan masa depan negara kita.

 

Suara orang bawah harus didengar dan diberi perhatian.  kenyataan sesetengah peminpin yang menggunakan platform bahawa akar umbi hendakan mereka bertanding sesuatu jawatan dalam parti adalah tidak wajar sama sekali.  Adakah benar akar umbi inginkan itu semua?  Saya berharap, peminpin jangan menggunakan alasan akar umbi untuk kepentingan diri mereka sahaja.  Hampa semua jangan dok buat pasai.  Takdak akak umbi, takdak hampa kat atas.  hampa jangan dok tunjuk action dengan kami semua kat bawah ni.  Toksah dok loklak sangat.

 

Di dalam era Cyber ini, adalah diharapkan BN tidak lagi bergantung pada media konvensional seperti radio, tv dan akhbar.  Orang BN seharusnya mahir dalam penggunaan teknologi IT.  Tidak ada maknanya apabila bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir mengwujudkan MSC tapi ianya hanya dieksploitasi oleh pembangkang.  Orang BN melopong tak tau apa.  Hampa ni bodoh betoilah.  Komputer pun tak tau pakaikah?  Janganlah bongok sangat.

 

Penjenamaan semula BN harus dilakukan untuk menarik kembali sokongan orang muda terhadap kita.  Ingat, jangan biarkan generasi muda leka dengan segala tipu daya yang sedang berleluasa sekarang.

4 ulasan:

Cheguman berkata...

Demang setuju... zaman dah berubah...

Tai berkata...

Ya betul. kena buat reform sikit. Tapi, teras perjuangan, jangan dikorbankan.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Tai berkata...

Ok, tahniah encik. Semoga berjaya. Panggil semua orang atas buat blog encik. Shahril Samadkah dan lain-lain lagi.





Arkit blog