Aha, mai dah. Tengah dengaq rancangan Nasi lemak, Kopi O di tv9.
Saya, selalu berchatting dengan orang normal melalui skype, Ym dan Windows Live Messenger. Dan yang paling menarik, apabila mereka tahu saya buta. persoalan yang mereka ingin tahu ialah macammana orang buta chatting dan main komputer.
Sebenarnya, komputer orang buta telah dilengkapi dengan satu perisian khas yang dipanggil pembaca skrin atau screen reader. Apabila perisian ini telah diinstall, maka komputer akan boleh berkata-kata. Segala text yang terpapar di skrin akan dibacakan oleh perisian tersebut.
Tetapi, apabila text itu dalam bentuk imej dan grafik, maka pembaca skrin akan menjadi diam. Dia tidak dapat membacakan text-text tersebut. Dan satu lagi, pembaca skrin akan menjadi senyap bila terpapar gambar.
Ada beberapa perisian pembaca skrin yang berbayar yang digunakan. Antara yang popular ialah Window-eyes dan jaws For Windows. Dan yang terpopular ialah perisian Jaws For Windows. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih mendalam tentang Window-eyes ini, sila klik Sini. Dan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih mendalam tentang Jaws For Windows pula, sila klik sini.
Dan, ada juga pembaca skrin open sorce. Salah satu perisian tersebut ialah NVDA atau nama penuhnya None Visual Desktop Access. Dan untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang NVDA ini, sila klik Sini.
Untuk pengetahuan semua, bagi perisian pembaca skrin yang berbayar, sekeping CD perisian yang tulen, boleh mencapai harga sehingga RM 4000. Jadi, anda cubalah bayangkan. mampukah kami si buta ni membelinya? Sudah tentunya tidak. jadi, tiada cara lain selain daripada mendapat perisian cetak rompak. Kami amat-amatmemerlukan perisian tersebut. perisian crack ini kami dapatkan dari kawan-kawan kami di luar negeri terutamanya negara-negara miskin.
jadi kami berharap agar para pembangun perisian di malaysia dapatlah membangunkan suatu perisian khas pembaca skrin bagi kami orang buta malaysia. Selagi kami masih perlu mendapatkan perisian pembaca skrin ini dari luar negeri, mustahil kami akan mendapatkan perisian yang tulen sebab kami tidak mampu untuk mendapatkannya.
2 ulasan:
Hehehehehe...aku dah lama teringin nak tanya, macam mana hang taip...
thanks for the info!
Teruskan menaip dan mendengar...
Ya, memanglah saya kena beritahu di blog sebab ramai sangat orang tak tau cara orang buta pakai komputer.
Nak harapkan NGO, payahlah encik.
Catat Ulasan