Selasa, Oktober 14, 2008

Jangan main duit.

Sekarang ni, sedang hangat pencalonan untuk jawatan-jawatan di Umno dan juga MCA.  Amat panas dan hangat sekali.  macam-macam dibuat untuk tarik perhatian.  Sanggup memburukkan calon lain juga ada.

 

Tetapi, apa yang ingin saya  nyatakan di sini ialah politik wang.  ingatlah, politik wang adalah sesuatu yang amat tidak bagus.  Biarlah kita bertanding dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.  Harus diingat, tuhan sentiasa akan memberkati apa jua yang kita lakukan jika sekiranya pekerjaan yang kita lakukan itu jujur dan ikhlas.

 

Ingat, jawatan bukanlah tiket untuk memberi perkhidmatan kepada parti.  Tanpa jawatan juga, kita boleh memberi sumbang khidmat kepada parti.  jawatan hanyalah sebagai sandaran sahaja.  Dan harus diingat, jawatan yang diberi, harus dipegang dan ditunaikan dengan jujur dan ikhlas.  Tidak guna sekiranya jawatan yang dipegang, tidak ditunaikan.

 

Selamat bertanding kepada semua.  Bertandinglah dengan jujur dan ikhlas.

2 ulasan:

MOKA berkata...

yer..betul tu, wang bukan segala-galanya..maruah bangsa perlu di jaga

Tai berkata...

kalau jawatan itu tidak diberkati, percayalah, bala yang datang nanti.





Arkit blog