mesti ada yang bertanya, apahal cina buta sorang ni? Asyik nak cerita benda buruk saja tentang orang buta? kalau dok bukak pekung di dada, dia pun kena jugak. jawapannya, apa nak buat? Daripada didedahkan oleh orang celik yang dah terkena, baik aku dedahkan. Apa akan jadi kalau orang celik yang dedahkan semua ini? Apa akan jadi kalau pendedahan itu ditokok tambah? Takkah kes naya nanti tu?
Cerita bab tajuk di atas, memang betul orang buta pun, pandai menipu, putar-belit dan gatai. yalah, samalah macam orang celik. Tapi kadang tu, nampak lebih berkemahiran dari orang celik. Ini realitinya.
Dia punya putar-belit tu, amboi. kawan sendiri pun dia boleh putar-belit. Bila ditanya, jawapannya, biasalah, nak hidup. kalau dalam chatting, ha, lagilah dahsyat. Sebab itu, hati-hati bila chatting terutamanya dalam skype. Takut-takut nanti, terkena dengan orang buta.
Cerita bab skype ni, ada beberapa orang yang terkena dengan sorang buta tu. orang tu telah mengenakan beberapa orang perempuan. mereka mengadu orang tu nak ajak kahwinlah dan pelbagai lagi. Dan bila dia minta bantuan dari orang tu dan bila orang tu taknak tolong, dia marah-marah pulak orang tu. Dan akhirnya, depa blok i d kawan buta sorang ni. yang terkena ni, orang perempuanlah. Dan sayangnya, sehingga sekarang, si buta sorang ni, masih belum insaf-insaf lagi dengan perbuatannya. Tak payahlah aku beritahu i d kawan buta sorang ni. Sebabnya senang. Pasti dia akan menukar ke i d baru jika sekiranya i d si buta sorang ni didedahkan di sini. Apa yang boleh aku buat ialah, menasihatkan hampa semua, berhati-hatilah bila berskype dengan kawan baru. Nasihat ini ditujukan kepada khususnya perempuan. Jangan nanti, ada yang terkena lagi.
Dan satu lagi, ada pulak beberapa kerat orang buta, bila berchatting di internet, takkan mengaku dia buta. Depa kata, “kita kalau nak kawan dengan orang melalui internet, kita jangan bagi tau kita buta sebab nanti mereka taknak kawan.” Takkah itu gila bercampur bodoh dan bongok? Jadi, hati-hati bila chatting di internet.
Bab tipu ni, itu biasa, orang buta pun, pandai menipu. Sama dengan orang celik. Jadi, jangan fikir orang buta ni tak pandai menipu no? kalau bersangka begitu, bahaya tu.
Bab gatai, ha biasa tu. Orang buta pun ada gatai. Dah kahwin, dia cerita konon tak kahwin lagi. Kononnya masih bujang. Ha, ada juga orang buta kahwin empat encik. Jangan ingat orang buta tak boleh. Orang buta paling terror bab-bab menikah ni.
jadi kepada semua, jangan beranggapan, bila oku, semua ok. Maksudnya, oku tak boleh buat jahat, tak boleh gatai dan pelbagai. kadang tu, lebih dahsyat sampai orang normal pun tak terjangka semua itu. Saya cerita ni bab orang butalah, bab oku lain, tak taulah.
0 ulasan:
Catat Ulasan