Seperti diketahui umum, telefon bimbit kini menjadi satu benda yang amat diperlukan sekali. ianya kini boleh didapati dengan mudah dan juga murah. Ada pelbagai jenama telefon bimbit sekarang ini.
Orang buta termasuklah aku, tidak ketinggalan untuk memiliki telefon itu. Aku setakat ini hanya ada telefon Nokia 3310. manakala rakan yang lain ada telefon yang lebih canggih. Telefon boleh bercakap. Macam komputer, ada software khas diinstall. klik sini untuk keterangan.
Tapi, ada pulak segelintir orang buta ni, depa buat masalah pulak dengan ISP yang mengendalikan perkhidmatan telefon bimbit ni. Antaranya ialah Celcom. ya memang Celcom ada berikan keistimewaan untuk golongan oku di mana kami dikenakan bayaran sewa seringgit sahaja.
Dahlah dapat keistimewaan, mereka ada yang tak bayar bil telefon. Bila dah tak bayar, mereka pun bertukarlah ke prepaid 012 atau 016 atau lain-lain yang sewaktu dengannya. Banyak dari kes ini berlaku di KL.
Hello, mereka ni, telefonnya bukan calang-calang. Telefon standard encik oiii. N82 lah, N95 lah dan banyak lagi. Tak apa lagi, telefon berbiji-biji. Poket kiri satu, poket kanan satu. Telefon murah tak mainlah mereka kata.
Mereka boleh dapatkan telefon yang mahal. Boleh kata pada tiap bulan, aku dapat cerita, orang buta nak tukak telefon bimbit baru. Orang bergaya, mereka pun nak bergaya sama. Tak padan dengan mereka.
Segelintir orang buta ni, bukan saja buat masalah dengan Celcom, malah, buat masalah jugak dengan telekom dan streamyx. Akibatnya, mereka tak dapat nak pakai streamyx dan telefonlah. jadi, mereka pun, ambiklah Maxis broad band yang prepaid punya tu.
Jadi, itulah dia alkisah kali ni.
0 ulasan:
Catat Ulasan