hari ini perhimpunan agung parti Gerakan telah dirasmikan oleh YAB Pak Lah. Ucapan Pak Lah banyak berkisar pada pembaharuan parti BN. Tahniah diucapkan.
Dan, tahniah kepada parti Gerakan kerana telah mendapat kepemimpinan yang baru. Semoga dengan kumpulan peminpin baru ini, pembaharuan parti Gerakan akan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa meminggirkan ahli-ahli dari atas, sampai ke akar umbi.
Dan saya berharap, agar parti Gerakan tidaklah bertindak keluar dari parti BN ini. Kita harus membuat pembaharuan setangga ke setangga. Seperti kata Pak Lah, bukan senang hendak melakukan suatu perubahan. Tetapi, walau pun tidak senang, kalau ianya dibuat dengan penuh keyakinan dan penuh keikhlasan, pasti ianya akan berjaya akhirnya.
Di sini saya nak minta parti Gerakan supaya jika boleh agar dapatlah mendekati golongan oku. Golongan oku ini amat memerlukan sokongan. Segelintir mereka, terlalu kritikal terhadap kerajaan. jadi, dekatilah mereka ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan