Sabtu, Oktober 11, 2008

Alkisahnya, orang buta dan makan.

ha, orang buta dan makan.  Memang tak boleh dipisahkan.  Begitu jugalah dengan semua manusia dan makhluk hidup.  mesti makan.  Tak makan tak hiduplah dia.  Jadi, kenalah makan juga.  Asalkan baik untuk kesihatan.

 

ha, orang buta pun ada yang kuat makan.  Penulis ni masa remaja dulu, memanglah kuat makan.  Boleh hentam roti canai tujuh ke lapan keping tu.  Bapa beli untuk family, aku hentam sorang.   Kira ok tu.  Nasi lemak, boleh ke lapan hingga 12 bungkus.

 

Ada sorang buta tu, dia boleh minum melo tu, satu jug.  Bayangkan, satu jug tu.  Gemok badan dia tu.  Dia punya makan, memang luarbiasa punya.  Makan bermangkuk-mangkuk punya.  Tapi sekarang, teman tu dah sakit.  Khabarnya kencing manis.  Salah satu jari kaki dah kena potong.

 

Ada sorang lagi tu, dia boleh habiskan co cacola 12 tin sekaligus.  Mak ai, tak kuasa aku.  Dan dia ni jugak, memang kuat bedal.  Kuat makan.  Tapi sekarang, dah sakit jugak khabarnya.  Besar badannya tu.

 

Sorang teman di KL pula, dia boleh hentam capati sepuluh keping.  Wow, tak kuasa aku.  Dan khabarnya, orang yang kuat makan ni, semuanya berpenyakitlah sekarang.  Aku berjaya kurangkan tabiat kuat makan ni 90%.  La ni, makan pun, sikit-sikit saja.

 

Ha, itulah ceritanya kali ni.

4 ulasan:

joharihamzah berkata...

salam saudara..

lama dah tak jenguk blog saudara, tau2 aje dah melimpah topik, walaubagaimanapun saya sudah pun baca kesemuanya.

saya hampir tak percaya membaca tulisan saudara kali ni..wah, hebat betul watak2 yang saudara ceritakan tu ya..

kalau di USA sana, sudah tentu mereka akan mendapat award kerana mampu menghabiskan makanan/minuman sebanyak itu..boleh jadi glamour dibuatnya..haha..

walau apapun, saya berharap kita semua dapat mengurangkan makanan manis dan berlemak. ini memang satu tabiat buruk kerana boleh mengundang pelbagai penyakit..

saya pun rajin bersenam juga sekarang- maklumlah, lepas2 raya begini, badan dah macam belon- kembang bagai di pam..heheh(ini semua sebab banyak open house la ni..)

TQ..

Tai berkata...

Ya benar tu. Makanan berlemak dan bergula tinggi, amat merbahaya sekali.

azlishukri berkata...

cerita yang mengasyikkan..

Tai berkata...

Ok, terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.





Arkit blog