Jumaat, Oktober 10, 2008

Blog dan orang buta.

memang telah diketahui, blog kini tumbuh bagaikan cendawan.  Boleh dikatakan, masing-masing termasuk aku, punya blog sendiri.  Seronok kalau ada blog ni.  Ada pelbagai blog sampai ada yang kena ISA pasai tulis blog.  Yalah siapa suruh salahguna?  Padan muka.

 

Untuk pengetahuan juga, ramai orang buta telah punya komputer dan kemudahan internet.  Dan, mereka juga, minat nak buat blog.  Tetapi, mereka ini dihalang oleh pemikiran jumud dan gelap mereka sendiri.  Persoalan bodoh yang mereka tanya.  “Ada orang bacakah?”  Pada sayalah, kalau inilah yang mereka persoalkan, sampai ke mati pun mereka takkan berjaya buat blog.  Mereka takut orang tak baca.  Inilah sikap jumud mereka.

 

Lepas tu, ada pulak bila dah buat blog, asyik nak suruh kita baca blog dia.  Bila dah baca dia suruh bagi komen.  kalau tak, siap tanya kenapa tak komen.  Bodoh betoilah orang semacam ni.  Kita tak bolehlah paksa orang baca blog kita.  Terpulang pada oranglah.

 

Masa saya start buat blog tahun 2005, saya tak pun fikir siapa nak baca.  Aku berasa nak buat, aku buatlah.  peduli apa aku, orang nak baca atau tak.  Yang penting, kita buat dengan penuh yakin bahawasanya, orang akan baca blog kita ni.

 

Dulu aku buat blog kat jaring web-site.  Tapi itu jaring banyak celakalah.  Dia tak beritahu kata dia nak tutup laman blog kat web dia. Habis hilang semua data aku.  Dajai betoilah depa ni.  Lepas tu, aku berpindah ke blogspot sampailah la ni.

 

Tak taulah bila orang buta akan keluar dari ketakutan untuk buat blog.  Cuma amat sedikit orang buta yang buat blog.  Salah satu blog yang agak aktif ialah Buletin Perihatin.

4 ulasan:

Cheguman berkata...

Betul... betul... mulakan saja dan baru boleh baiki. Kalau belum mula macamana nak baiki?

Tai berkata...

yalah, itulah yang sepatutnya. Tapi, mereka taknak pulak. Wah kacaulah kan?

GAP KEMBALI berkata...

sedingin salju..

anda kurniaan tuhan swt..sayang yg celik pun pun sudah buta akal dan hati memperkosa agama dan hak bangsa demi undi !

TERUSKAN BRO

Tai berkata...

Apa nak buat encik? mereka ni tak ingat pada tuhan.

Dan maaf sebab lambat lepaskan. Tak tercapai.





Arkit blog