Aha, semua orang tahu Firefox adalah perisian open sorce atau sumber terbuka dan ia adalah internet brouser yang menggantikan Internet Explorer. Firefox ini amat mudah dijalankan dan ianya juga mempunyai dua versi iaitu installer dan portable iaitu versi yang tidak payah diinstall.
Apa kena-mengena dengan orang buta pulak? ya, dengan perisian firefox ini, kami orang buta telah sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah dengan capcher code yang terdapat di laman-laman web. Seperti mana yang diketahui, capcher code ni akan keluar bila kita nak buat e-mel akaun di yahoo dan tempat lain. Jadi, code yang dipaparkan itu tidak boleh dibaca oleh sebarang pembaca skrin.
jadi, sebuah ad-on brouser telah diciptakan khusus untuk diperlengkapkan kepada perisian Mozilla Firefox ini. Ad-on ini dipanggil webvisum. klik di sini untuk keterangan lanjut.
Dengan bantuan webvisum, maka dapatlah kami mengatasi masalah capcher code.
Fungsi webvisum ialah, apabila telah berjumpa dengan capcher code, dengan menggunakan key stroke, imej code itu akan dihantar ke server webvisum. Server tersebut kemudian akan menghantar kembali apa yang tercatat di imej code itu dan kami hanya perlu paste ke kekotak sahaja. Dan, selesai masalah. Sebab itu, saya tak kisah kalau ada varifikasi code untuk komen di blog.
Tetapi, webvisum hanya akan mengendalikan 10 imej code pada setiap hari. Apabila kita telah melepasi had yang dibenarkan, maka, terpaksalah menunggu esok pula untuk dia baca pula yang sepuluh lagi.
Sebut pasal varifikasi code ini, tahukah anda di hotmail dan google, ada varifikasi bersuara? Ok, jika anda ketemui kekotak untuk menaip capcher code di google atau hotmail, di sebelah tu, ada tertera, “listen and type the number that you here.” Ok, kalau anda click ayat tu, nanti akan keluarlah suara orang baca nombor dan anda type lah. Dan saya berani kata, hampa takkan dapat tangkap nombor yang dibaca. Berani terima cabaran saya ni? Kalau di google, mungkin anda boleh tangkap, tapi saya lebih terarah ke, anda tak boleh tangkap apa yang dia baca. Tapi saya amat bersyukur sebab saya boleh tangkap apa yang dia baca.
Dan, bukan semua orang buta yang pandai menggunakan audio capcher ni. Depa pun kalah dengan aku ni ha. Bukan nak cakap besar, tapi ini realitinya. Cuma yahoo sahaja yang masih belum punya kemudahan ini walau pun telah didesak oleh pelbagai pihak.
4 ulasan:
Wah, angkat bakul nampak? Tapi memang banyak maklumat yang hang tulis tu Demang pun tak tau.
bagus bro..
saya bangga ada rakan siber seperti bro yang gigih berusha..
Ni bukanlah nak angkat diri haha. Ta[pi, ini adalah realiti. Amacam? Ada try kah?
Terima kasih encik. Saya akan terus menulis.
Catat Ulasan