Khamis, Oktober 30, 2008

malaysia, melayu.

Salam sejahtera.

 

Tentu ada yang beranggapan tajuk di atas seolah-olah melambangkan perkauman.  Tetapi pada pendapat penulis, ianya bukan perkauman.  Tetapi, ia adalah realiti.  Realitinya ialah malaysia, melayu.  malaysia, bahasa kebangsaannya melayu dan bukan bahasa lain.  Ini yang harus dipegang oleh segenap rakyat Malaysia.

 

Tetapi malangnya, ada pihak-pihak yang cuba nak memperkotak-katikkan bahasa kebangsaan yang dicintai ini dengan mengwujudkan papan tanda yang pelbagai bahasa.  Pihak yang buta sejarah ini telah memberikan alasan yang langsung tidak masuk akal.

 

Dan yang paling mengecewakan penulis ialah hak menetapkan penggunaan bahasa ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.  Apa semua ini?  Adakah kerajaan tidak mampu untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang dicintai ini?  Inikah sikap kerajaan?  yang tidak tegas terhadap penghinaan bahasa kebangsaan negara Malaysia?

 

Di sini, penulis ingin mencadangkan supaya soal penggunaan bahasa ini diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja melayu.  Biarlah mereka yang mendaulatkan bahasa kebangsaan negara ini jika kerajaan rasa sudah tidak mampu untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan negara ini.

 

Cuba kita ke Thailand, Indonesia, Rusia, Perancis dan negara-negara lain.  Adakah mereka memperlekehkan bahasa kebangsaan mereka?  Sudah tentu tidak.  malah, mereka amat menyanjungi dan menghormati bahasa kebangsaan mereka.  Tidak seperti negara kita di mana ada pihak yang dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan bahasa kebangsaan negara kita dan kerajaan pula, tidak terdaya berbuat apa-apa untuk menghentikannya.  Apakah maknanya semua ini?  Adakah kerajaan penakut?  penakut sehingga membiarkan bahasa kebangsaan diperlekehkan oleh pihak-pihak yang buta sejarah?

4 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

sokong!!!!
kita sibuk mempelajari bahasa asing,kononnya memajukan diri. hakikatnya, bahasa melayu sendiri semakin dipinggirkan. pemimpin sendiri menggunakan bahasa Melayu yang tak betul.

Tai berkata...

Tapi malangnya, ada melayu yang menyokong keadaan yang berlaku sekarang alasan kononnya demi kemajuan. Adakah kerana kemajuan, bahasa jiwa bangsa harus dijadikan korban?

Pewaris Melayu berkata...

jangan perlekeh bahasa kebangsaan saya!

saya betul2 geram tindakan kerajaan negeri pulau pinang yang membuat papan tanda jalan pelbagai bahasa.

agak-agaklah nanti,papan tanda nak ke jeti saja pun besar sedepa.

punya besaq..

Tai berkata...

Saya pun tak setuju bahasa lain dari bahasa melayu. Apakah mereka fikir bahasa kebangsaan boleh dipermain?





Arkit blog