Isnin, November 03, 2008

Cameron Highlands bahagian satu

Selamat buat semua.  Ni aku mai lagi dengan cerita baru.

 

31 Oktober 2008, SBM cawangan Pulau Pinang telah mengadakan lawatan dua hari satu malam ke Cameron Highlands.  Bas akan sampai ke Bayan Lepas pada kira-kira jam 11:45 malam 31 Oktober.  Wah, larut malam.  Bahaya o.

 

pada mulanya, aku dan Ah Hong bercadang hendak menunggu sahaja di Bayan lepas.  Tetapi setelah Ah Hong menelefon isteri Lee Sai Sam dan diberitahu, mereka akan pergi tunggu di St.  Nicholas Home, maka aku dan Ah Hong telah ambil keputusan untuk tunggu di Bayan Baru sahaja bersama-sama Sai Sam dan bininya serta seorang ahli bersekutu.

 

Jam 1:00 malam, aku bertolak dari rumah.  Aku pergi mengambil Ah Hong.  jam 11:15 malam, kami sampai di perhentian bas Bayan Baru.  Pada masa itu, Sai Sam dan bininya beserta dengan seorang ahli bersekutu, masih lagi belum tiba.

 

Aku pun menelefon Sai Sam.  Dia beritahu, dia dan isterimya sedang berjalan ke perhentian bas itu.  Dan tidak lama kemudian, mereka pun tiba.  Kemudian, Sok Kee iaitu isteri Sai Sam beritahu, bas dikhabarkan tiba jam 12:00 tengahmalam.  Ha tak apalah tu.

 

kami pun duduklah di atas kerusi besi di perhentian bas itu.  Kami duduk sambil berbual-bual.  Dan, tidak lama kemudian, ahli bersekutu yang dipanggil aunty Rozy pun tiba.  Dia beritahu, dia mendapat panggilan bahawa bas sedang dalam perjalanan ke mari.

 

Tidak lama kemudian, maka sampailah bas.  kami pun naiklah bas.  pada mulanya, aku nak duduk dengan Ah Hong.  Tetapi Ah Hong telah beritahu bahawa dia telah berjanji dengan Roslin atau nama samarannya Kia pai untuk duduk dengannya.  Jadi, aku pun duduk dengan Najeri atau nama samarannya, jeruk.

 

Rupanya, Najeri tak tunggu di Komtar.  Dia menunggu di stesen KTM Butterworth.  Aku pun menelefon Najeri.  “Oi, aku dok dengan hang no?”  Aku beritahu.  “Tapi aku rasa, hang tak boleh duduk dengan akulah.”  Beritahu Najeri.  “Pasai apa?”  Aku bertanya.  “pasai aku bawa biola.”  Beritahu Najeri rengkas.  “Tak apalah, tak kisah.”  Beritahuku pendek.

 

Bas berhenti di Seberang Jaya untuk mengambil pengerusi SBM, Tan Ah Bah.  Selepas itu berhenti pula di KTM untuk mengambil penumpang lain.  Najeri pun naiklah di situ.  Dia naik dengan membawa sebuah biola yang besar dan panjang.

 

Najeri beritahu, dia nak main biola jugak.  Tak apalah, aku pun, suruh dia duduk di belakang pasai aku tak minat nak dengak bunyi biola yang membingitkan itu.  jadi, Najeri pun bertukar tempat dengan Rajendran salah seorang lagi ahli bersekutu.  Najeri duduk di belakang sekali.  Bas kini akan bertolak ke Cameron Highlands.  Jam telah menunjukkan pukul 1:45 pagi.

 

Bas telah berhenti di juru untuk membolehkan para penumpang yang nak buang air, pergi buang air.  Dan selepas itu, bas itu meneruskan perjalanannya kembali.  Jam kini sudah pun 2:00 pagi.  Begitu cepat masa berjalan.

 

Pada lebih kurang jam 2:45 pagi, bas telah berhenti di suatu perhentian di Bukit Merah.  Di situ, kami telah turun pergi makan.  Aku hanya memesan nasi dan kuah kari sahaja.  Bila hidangan sampai, aku pun makanlah dengan lahapnya.  Alamak, aku merasa kurang sedap.  Rupanya, nasi tu hanya setengah masak.  Sungguh tidak sedap sekali.  Sai Sam pula makan nasi, sayur dan daging.  Semuanya RM 6.  Pun tak sedap juga.  Sai Sam kata, macam dah basi.  Jadi, dia kira separuh harga sajalah buat Sai Sam tu.  Pagi tu aku minum kopi ais kalau tak salahku.

 

Selepas makan dan minum, kami pun pergi ke bas semula.  Bas pun meneruskan perjalanannya semula.  Kini, jam sudah menunjukkan pukul 3:30 pagi.  Ah Hong hanya makan roti sand-wich telur.  Sementar roslin atau Kia pai makan roti saja kalau tak salahku.

 

Di dalam bas, Jeruk telah memberiku makan kerepek pisang.  Wah, sedap sungguh kerepek pisang tu.  Tapi aku entah macammana terlupa nak beli.  kata nak beli, alih-alih, lupa.

 

Dan bas kini meneruskan kembali perjalanannya ke Cameron Highlands.

 

Bersambung.

4 ulasan:

Admin berkata...

Teddy...memang kalau berenti di Bukit Merah, dia punya makanan ada kureng sikit...dah tu mahal pulak tu!

Apa macam di cameron highlands? sejuk ka?

Cikgu Kool berkata...

Waaaa....hebat la saudara menaip dengan situasi tuan...saya mintak izin untuk link yer...

Tai berkata...

Ok, jadi untuk tau cerita lanjut, tunggulah bahagian kedua.

Tai berkata...

Ok, silakan. Terima kasih.





Arkit blog