Khamis, November 06, 2008

Cameron Highlands bahagian tiga. Terakhir.

Ok, ini bahagian terakhir dah.

Aku terjaga kira-kira jam 6:30 pagi.  Pagi itu begitu sejuk sekali.  Aku merancang tak mahu mandi pada pagi itu.  maklumlah tak tahan dengan kesejukan air.  Dan lagi pun, air panas tidak berapa nak berfungsi.  Sementara itu, Ahmad Gemuk masih lagi mengadu sakit pinggang.

 

Tidak lama kemudian, Anwar pun pergilah mandi.  Dia mandi agak lama.  Dia memberitahu, air panas boleh berfungsi.  Dan selepas mandi, aku pula yang sampai giliran.  Aku merancang, nak cuci muka sahaja.  Tetapi, bila aku dapati, air panas penuh satu besen, aku menukar fikiran untuk mandi.  Aku mandi serengkas yang boleh sebab air panas tu dah mulai menyejuk.

 

Selepas mandi, kami bersiap-siap sebab kami diarahkan check out dari hotel pada jam 8:00 pagi.  Sementara itu, Anwar pula dah keluar.  Entah ke mana dia pergi.  itu kami tak tau.  maka, tinggallah aku dan Ahmad Gemuk.

 

Kini masa sudah tiba untuk kami keluar.  Ahmad Gemuk pula, sibuk mencari topinya yang dah hilang.  Dan sebelum itu, aku sibuk mencari tongkat aku yang terjatuh ke lantai.  Tidak lama kemudian, Anwar kembali.  maka sekarang, kami akan keluar dari apartmen ini.  kami semua menuju ke tempat yang diperintahkan untuk menunggu bas.

 

Di situ, aku berjumpa kembali dengan Ah Hong, Sai Sam dan bininya Sok Kee.  “Eh Ah Hong, kamu ada mandikah?”  Aku bertanya.  Aku tahu dia memang tak mandi sebab terlampau sejuk.

 

Bas masih lagi belum tiba.  Semua sudah mula berkumpul.  Dan kelihatan, Ahmad Gemuk sedang berbual dengan seorang janda yang dia dok mengorat iaitu Shima.  Dia bagi tau tu.  Ahmad Gemuk kata, kalau perempuan tu setuju nak jadi isterinya, nanti depa akan menikah pada raya cina tahun depan.  Dia kata, perempuan tu tak dapat lagi nak bagi kata putus sebab rumahnya kat Baling terbakar.  Jadi, dia sedihlah dan tak dapat nak bagi kata putus.

 

Lebih kurang jam 8:30 pagi, bas pun sampai.  kami pun menaiki bas.  hari ini, kami akan bertolak balik ke Pulau Pinang.  Acara mula-mula sekali pada pagi itu ialah bersarapan pagi.  Ini mesti o.

 

Seperti biasa, pagi-pagi, aku mesti pekena Nescafe O.  Kalau tak, tentu akan leceh nanti.  Dah jadi ketagihan dah sekarang ni.  Pagi itu juga, aku makan wan tan mi.  Itu makanan kegemaran aku.

 

Selepas bersarapan, kami pergi ke sebuah pasar pagi di Cameron Highlands.  Di situ kelihatan Ah Hong sedang rancak membeli-belah.  Sementara aku, hanya melihat-lihat sahaja.  Aku tak beli satu apa pun.  Sebabnya, aku malas nak angkat.  Aku semata-mata datang nak makan angin saja.  Beli-beli tu, tak maulah.

 

Setelah selesai membeli-belah, kami bertolak semula.  kami dibawa ke sebuah lagi pasar pagi.  Di situ juga, kelihatan Ah Hong banyak membeli-belah.  Kia Pai atau Roslin juga tidak ketinggalan membeli-belah.  Di situ aku membeli sebatang ais kerim Malaysia perasa strawberry dan juga biskut perasa strawberry.  Di situ juga aku menghabiskan kedua-duanya.  Yalah, malas nak memberatkan tangan untuk mengangkatnya.

 

Setelah selesai membeli-belah, kami berangkat semula.  Kini, kami dibawa ke satu lagi pasar pagi.  Di situ, banyak juga yang tidak turun.  Dan, perhentian di situ sekejap sahaja.  Kini, kami akan terus turun dari Cameron highlands.  Kami akan berhenti di Ipoh untuk makan tengahari.

 

Lebih kurang jam 1:30 tengahari, kami sampai di Ipoh.  Hari tu, aku bantai nasi dua pinggan dan kopi ais kalau tak salah.  Ah, bolehlah tu.  Kira sedap jugaklah.  kalau free lagilah sedap.

 

Selepas makan, kami naik bas.  Banyak lagi yang masih belum habis makan.  Jadi, kenalah tunggu mereka.  Wah amat kenyang sekali rasanya.  Nasib baik bas itu berhawa dingin, kalau tak panas o.

 

Di dalam bas, Siti Rohani, salah seorang ahli SBM telah mengadu kepada pengerusi rasa ketidakpuasan hatinya terhadap ahli bersekutu yang dikatakan tidak membawanya untuk membeli-belah.  pengerusi berjanji untuk menyiasat perkara yang telah dibangkitkan.

 

Apabila semua sudah selesai makan, bas pun memulakan perjalanan.  Dan tidak lama kemudian, ia singgah pula di kedai menjual biskut.  Aku cuba mencari kacang yang sudah dikopek kulitnya tapi tak jumpa.  Jadi, taklah aku nak beli.

 

Selepas membeli-belah segala macam biskut di situ, bas menyambung perjalanannya semula.  Dan lebih kurang jam r:30 petang, ia singgah di Bukit Gantang tempat menjual limau bali dan segala macam buah.  Di situ, hujan renyai-renyai telah turun.

 

Di situ, ramai sudah yang tidak turun.  Duit dah habis.  Poket dah kering.    Di situ Siti Nurjana, salah seorang ahli telah membeli buah durian.  Siti Nurjana tu, gemuk dan tinggi orangnya.  Itulah yang aku tau.

 

Selepas itu, bas pun terus menyambung perjalanannya menuju ke distinasi di Pulau Pinang.  Dan lebih kurang jam 6:00 petang, bas mula menurunkan para penumpang.  Aku dan Ah Hong turun di Bayan Lepas pada kira-kira jam 7:15 malam.  Ah Hong membeli banyak sekali barang sampai tak larat nak angkat.

 

Tamat.

0 ulasan:





Arkit blog