Aha, hari ni, minyak turun lagi 15 sen. Dah lima kali minyak turun sejak bulan Ogos. Dan, penulis yakin, minyak akan turun lagi. Ini, tidak boleh disanggah. Terima kasihlah kepada kerajaan yang begitu perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Tetapi, minyak dah turun lima kali, adakah harga barang juga dah lima kali turun? Rasanya, belum. Inilah sikap peniaga. Belum diumumkan harga naik, awal-awal lagi mereka dah memandai-mandai menaikkan harga barang. Tetapi, apabila disuruh turunkan harga barang, mereka begitu liat sekali hendak mengikutnya. pelbagai alasan yang diberikan.
Kepada para pengguna termasuk penulis, bertindaklah dengan bijak untuk memaksa para peniaga menurunkan harga barangan dan kepada pihak berkuasa, buatlah pemantauan yang lebih ketat supaya para peniaga yang tidak bertanggungjawab ini, dapat diambil tindakan ke atas mereka.
2 ulasan:
emm tu la barang keperluan still tinggilagi harganya rasenye perlu lakukan sesuatu.boikot peniaga tutunkan harga barang
ya memang benar. Tapi, bolehkah cara tersebut membawa kesan?
Catat Ulasan