petang tadi, penulis ada dengar berita. penulis agak terkejut dan seolah-olah tidak percaya bila terdengar berita bahawa MB Kedah nak buat projek penternakan babi macam kat Selangor tu di Kedah. Alasan yang diberi, permintaan tempatan dah meningkat.
Hari ini dalam sejarah. Apa sudah berlaku sekarang? kenapa babi mesti menjadi pilihan? Tidak bolehkah penternakan lain dibuat selain babi? Apakah orang bukan islam akan merana atau mati jika tidak makan babi? Apa dah jadi ni? Bukankah babi itu dalam agama islam kata haram? Orang nak kurangkan penternakan babi, tapi ini sebaliknya yang berlaku. Apa dah jadi dengan Pas sekarang? kenapa sampai jadi seteruk ini?
Kenapa tidak buat penternakan ayam itik atau lembu kambing? Dan yang paling penulis terkejut, cadangan ini datang dari orang islam. Dan kena ingat, mejoriti penduduk Kedah, bukankah melayu dan sudah semestinya, mejoriti penduduk Kedah beragama islam. Tapi, kenapa babi? kenapa tidak ayam, itik, lembu, kambing, kerbau atau lain-lain projek yang membawa faedah?
Dan tolonglah, janganlah mengaitkan orang bukan islam dengan babi. ya betul saya ada makan babi juga. Tapi kena ingat, bukan semua orang bukan islam makan babi. Sudah kedapatan generasi muda bukan islam yang tak sentuh babi langsung. kata mereka, babi itu racun.
kenapa sekarang, orang islam sendiri sudah berani tidak menghormati agama mereka? Bukankah Pas itu parti islam? kenapa jadi begini? Saya berharap, ianya yakni penternakan babi di Kedah, tidak akan menjadi kenyataan.
4 ulasan:
cilaka mb kedah..
abang, bukan semua orang cina/india makan babi..tp yang melayu berserban tu kalut nak bela babi.. apa pasal?
aduhai..
Kerana politik, mereka sanggup segala-galanya.
Salam Jemputan
Seruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia ( TBNM )!
Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.
Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.
Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.
Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Objektif utama :
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan negara Malaysia ini..
Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.
Email : panglimaperangcyber@yahoo.com
Dijadualkan malam ni Khamis Malam Jumaat, Bertarikh 20 Nov 2008 bersamaan 22 Zulkaedah 1429 tepat jam 9 malam satu pertemuan maya kali pertama akan dibuat.
Moga ramai blogger akan datang dan juga peminat blogger turut hadir sama..
Demi untuk Agama Bangsa dan Negara!
Yang Berblog :
Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com
Ya, terima kasih banyak-banyak.
Catat Ulasan