Jumaat, Disember 26, 2008

BN dan internet

Seperti yang telah diketahui, internet sekarang menjadi satu medum yang amat penting untuk semua.  Melalui internetlah banyak berita sama ada berita benar atau pun berita fitnah kita perolehi.  melalui internet jugalah gambar-gambar lucah juga amat mudah diperolehi.

 

Dan kini, internet melangkah setapak lagi dengan era baru.  Era baru yang dimaksudkan ialah era blogging.  Blog kini, tumbuh bak cendewan.

 

Seperti yang kita ketahui juga, kemenangan besar parti pembangkang juga adalah hasil blog-blog yang mereka wujudkan untuk memberikan informasi-informasi kepada rakyat.

 

Dan, perkara ini juga telah diakui oleh Pak Lah dan beberapa orang menteri yang lain.  Tetapi, adakah kini BN sudah belajar mendampingi internet?  jawapannya, belum.  Masih ramai ahli-ahli BN yang buta internet.  kalau mereka celik internet pun, mereka buta blog.

 

Malah, ada kedengaran beberapa ahli dari Umno mengatakan bahawa mereka tak cukup duit nak buat blog.  Ini adalah satu kenyataan yang teramat bodoh bagi penulis.  Apakah duit boleh menghasilkan semua yang kita kehendaki?  Tun Mahathir wujudkan MSC, tapi orang BN jadi bodoh tak reti nak manafaatkannya.  Sebaliknya, pembangkang yang telah memanafaatkannya.

 

Tidakkah ahli BN ini banyak membaca?  Tidakkah mereka tahu bahawasanya blog ini boleh diwujudkan tanpa sebarang bayaran?  Kenapakah begitu jumud sekali pemikiran mereka ini?

 

Kepada mereka ini, janganlah asyik sibuk saja dengan hal-hal kerja.  Bukalah mata dan celikkan minda.  Dampingilah rakyat.  jangan asyik ingat duit saja.  mati esok ni, masuk lubang kubok jugak.  Duit tu takkan ikut hang pun.

 

kalau dah tak reti sangat nak buat blog, mai cari aku, aku boleh ajaq.  Aku yang tak nampak ni, boleh buat blog sendiri, ni hampa yang mata celik cerah ni sampai tak reti satu apa pun tentang blog.

 

Umno pulak masih ada undang-undang lapok menghalang penggunaan blog.  Apa punya cerita ni.  Berubahlah kalau nak mengikut peredaran zaman.

 

Jika hanya orang atasan sahaja yang melaungkan perubahan dan anak buah taknak ikut, tak boleh nak salahkan orang atasan.  Salahkan anak buah yang berfikiran jumud, kolot serta ketinggalan zaman.

 

Penulis dapat tahu lembaga diseplin bagi warning kat seorang ahli Umno pasai guna blog untuk kempen.  Apa pasai?  Ada salahkah?  Yang tu tak taulah pasai kita tak tau apakah punca timbulnya amaran tersebut.  harap dapat diperjelaskan oleh lembaga diseplin itulah.  kalau tak dijelaskan, sahlah mereka ni berfikiran zaman type writer.  hello pakcik, atok, nenek, sekarang bukan zaman type writer lah.  Sekarang, zaman komputer dan blog.  Tak reti-reti lagi?  Kalau tak reti, belajaq.  Ilmu mesti dituntut sampai ke lubang kuboq.

 

kepada penyokong BN, marilah kita tegur BN ini seboleh-bolehnya.  Kita jangan menjadi penyokong yang taksub tak tentu pasai.  Ingat, ketaksuban akan membawa rebah.

 

Kepada puak-puak kolot BN, tolong jangan halang penggunaan blog.  Kalau anda merasakan apa yang dibuat itu tidak sesuai, sila berambus dan pergi jauh-jauh dari BN.  BN tidak memerlukan orang-orang kolot dan jumud seperti anda.  Orang-orang seperti anda inilah yang akan membawa kemusnahan kepada BN dan akan menyusahkan masyarakat.

 

Kepada ahli BN yang sudah mula berjinak dengan blogging, teruskan hasrat yang murni itu.  usah dipeduli kepada sampah-sampah yang hanya menyusahkan ini.  Teruskan hasrat dan niat baik anda itu.

7 ulasan:

AbgTuah berkata...

Salam sejastera sahabt,

Satu ulasan dan pandangan yg baik dan tajam. Abangtuah tak tahan tergalak melihat kebodohan sesetengah mereka...hahaha

Tai berkata...

Kadang geram lihat mereka yang bongok ni.

Jeepers Creepers berkata...

Begitulah nasib UMNO kalau dipenuhi mereka yang pentingkan isi perut sendiri.

Tai berkata...

Jadi, mari kita sama-sama perangi mereka ini. mereka ini, tidak boleh dibiarkan bermaharajalela.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Ilmu senjata keperkasaan...


Kuasa dihujung jari ...

Bukan lagi pada duit, harta atau apngkat :-)
















(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Tai berkata...

ya betul. Terima kasih encik.

Unknown berkata...

Tun DR. mahathir pernah berkata, jikalau kita mahukan BN yang suci, kita tak patut mengundi mereka yang mengamalkan rasuah. Hanya dengan itu sajalah kita dapat menghapuskan rasuah di BN. Itulah yang diamalkan oleh kami sebagai pengundi dan keputusannya dapatlah dilihat pada Mac 2008 yang lalu.





Arkit blog