Khamis, Disember 25, 2008

Hudud. Adakah ianya kejam?

Hudud merupakan suatu undang-undang di dalam agama islam.  Tetapi, bukan semua negara islam itu mampu melaksanakannya kerana beberapa kekangan yang tertentu.

 

Di Malaysia, sebuah parti islam Pas berkata, dia akan laksanakan undang-undang hudud jika sekiranya dapat menubuhkan kerajaan.  Dan penulis ingin bertanya, adakah mereka berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan undang-undang tersebut?

 

Hukum tuhan jangan dipersenda.  mereka harus menilai dan mengkaji, sejauh mana pengetahuan orang bukan islam terhadap hudud itu.  Adakah orang bukan islam telah diberi kefahaman yang secukupnya mengenai hukum hudud?  jawapan penulis, belum atau tidak langsung.

 

Cuba kita tanya orang bukan islam tentang hudud.  Apa jawapan mereka?  Secara automatiknya, mereka akan menganggap hudud itu kejam sebab potong tangan.  Itulah pemahaman yang diberi kepada orang bukan islam.  Hudud itu potong tangan.

 

Kalau betul mereka nak laksanakan undang-undang hudud itu, mereka seharusnya memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang sejelas-jelasnya tentang hukum hudud itu supaya dapat mereka memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya kepada orang bukan islam apa itu hudud.  Tetapi, adakah mereka benar-benar memahami hudud itu sendiri?

 

Satu lagi saya syorkan, sebelum nak laksanakan undang-undang islam, sila cermin dulu keadaan diri.  Bagaimanakah keadaan diri itu.  Bagi saya Pas masih belum layak laksanakan undang-undang hudud jika sekiranya mereka tidak mengubah sikap mereka yang suka membuat fatwa ikut sedap mereka.  Kalau mereka buat tak apa, tapi kalau orang lain buat, kafir kata mereka.

 

Contoh yang paling senang ialah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan bukan islam.  Nah sekarang?  Siapa yang kafir?  mereka atau Umno?  Mereka bukan setakat bekerjasama dengan bukan islam, malah membiarkan ayat alquran digunakan dengan sewenang-wenangnya.  Tak boleh macam tu.  Pas juga gagal menerangkan kepada kawan-kawan mereka apa itu islam dan cara hidup sebagai muslim yang sejati.

 

Undang-undang ciptaan tuhan, tidak akan ada cacat celanya.  Cuma manusia itu sendiri yang selalu menyempitkan hukum tuhan demi untuk kepentingan diri dan puak mereka.  Inilah masalahnya.

 

Jangan tutup kelemahan diri dengan menyalahkan orang lain tentang apa yang sedang berlaku.  Mungkin anda boleh melepaskan diri dengan berbuat begini.  Tapi ingat, anda tidak akan sekali-kali terlepas dari pemerhatian tuhan yang maha esa di atas segala kelakuan dan tindak-tanduk anda selama ini.  Anda sudah tentu percaya dengan hari akhirat kan?

 

Ingat, di padang Mahsyar apabila perbicaraan dijalankan di depan tuhan, tidak akan ada lagi peguam cara mahu pun peguam bela seperti mana perbicaraan yang dicipta oleh manusia di dunia.  Perbicaraan di akhirat adalah adil dan tulus dan ianya tidak boleh dipertikaikan oleh siapa pun.

 

Untuk melaksanakan hudud di Malaysia, pertama sekali penerangan harus diberi kepada bukan islam, apa itu hudud.  Kedua, harus mampu berhujah dengan tepat dan cepat kepada mereka yang suka nak berdebat.  Hujahan yang diberi itu mesti tepat, kreatif dan tidak memperlekehkan sesiapa.  dan untuk lebih menyakinkan, hujahan itu mesti diberi secara pantas tanpa melihat di atas kertas.

 

Penerangan terhadap cara membicaraan emgikut hudud harus diberikan dengan penuh yakin tanpa melihat atas kertas.  Maksudnya, dia mesti sudah tahu dan betul-betul arif tentang undang-undang hudud itu.  Akhirnya, ubahlah diri sebelum nak ubah orang lain.  Pas jangan sesuka hati keluarkan fatwa ikut sedap mereka saja macam buat nasi kandaq.

 

Pernah pergi kedai runcit orang cina beli barang?  Tengok macammana mereka kira berapa harga barangan yang dibeli.  mereka tak lihat kertas kan?  Sebab, mereka, betul-betul arif dan faham apa itu business dan cara menjalankannya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yang baik. Sementara kita dalam usaha untuk menjalankan syariat tuhan mengenai hukum hudud, PAS tidak boleh mendakwa dirinya yang betul sahaja. UMNO dikafirkan kerana bersekongkol dengan MIC & MCA (orang kafir). Tapi, bila PAS bersekongkol dengan DAP (kafir habi, laknatullah), mereka kata dibolehkan selagi mana DAP tidak meletakkan PAS ditangga pertama. Bagus ulasan anda Sdingin Salju.

Tai berkata...

Saya mendapat ilham menulis artikal ini bila saya mengingati kembali segala perlakuan Pas sejak saya kecil, hingga sekarang.

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Bagus penulisan Sedingin salju

Semoga hidayah Allah sampai kepada Sedingin Salju

Jeepers Creepers berkata...

hudud boleh dilaksanakan tetapi didalam negara majmok ni pandangan kaum lain juga adalah perlu.

memang hudud perlu diterangkan kepada kaum lain tetapi persetujuan mereka juga diperlukan kerana mereka juga mempunyai hak sejak negara mencapai kemerdekaan.

Tai berkata...

Dan orang yang bagi penerangan itu harus yakin pada diri. Tak boleh main agak-agak dan rasa-rasa.

Taminsari berkata...

Salam sejahtera Sdr.Sedingin Salju. Satu artikel dan ulasan yang baik dari saudara. Kelihatan pengetahuan saudara tentang agama suci Islam di lihat melangkaui sesetengah penganut ugama Islam itu sendiri. Mungkin saudara sudah mendalami Islam itu sendiri sejak saudara masih kecil..mudah-mudahan suatu hari nanti saudara akan di beri petunjuk cahaya hidayah. Insya Allah. Dan saya juga akan menulis tentang Hudud didalam artikel saya yang seterusnya..

Salam perjuangan..

Tai berkata...

Saya suka membaca. Sebab itu, mudah bagi saya. Lagi pun saya banyak mendengar dan mempelajari tentang semua agama.

Tai berkata...

Semalam dapat satu i d skype dari seorang ketua pemuda Pas di sebuah cawangan di Johor. Dia ingat, saya melayu. Dia nak buat kajian, kenapa orang islam takut pada hudud. katanya, Paslah yang mendaulatkan hudud sekarang. Tapi, malaslah nak layan. Sebab sibuk.

Unknown berkata...

HUDUD tak sepatutnya dilaksanakan di negara seperti Malaysia. Tunku Abdul Rahman dulu pernah mengatakan Malaysia ini bukan negara islam.
Oleh itu, kita jangan gunakan undang-undang sesuatu agama untuk rakyat berbilang kaum dan agama.





Arkit blog