Isnin, Disember 08, 2008

Cerita pewaris.

Ha, tadi, dengaqlah cerita tentang pewaris di siaran Ikim.fm.  Wah baguslah kupasan yang dibuat oleh tetamu undangan.  Tapi tak kenallah siapa.  Yang penulis kenal ialah Tok Ki.  Sebab dia tiap minggu ada.

 

Tetapi, perjuangan Pewaris ini seolah-olah tidak dihargai oleh akhbar Harakah Daily.  Beberapa tuduhan telah dilemparkan ke atas pewaris.  Namun, tuduhan itu telah dijawab satu-persatu oleh tetamu undangan Tok Ki.

 

Bagi penulis, pewaris ditubuhkan tepat pada masanya.  Ia amat perlu sekarang untuk membantu orang melayu yang sememangnya diketahui masih mundur dari segala hal.

 

Yang paling penulis tertarik ialah tentang halal.  Rupanya, ada banyak lagi hotel masih tidak punya sijil status tersebut.  Penulis amat bersetuju dengan pendapat tetamu bahawa kerajaan harus bertegas di dalam soal halal ini.

 

Tidak ada toleransi dalam agama.  Dalam setiap agama pun, kalau agama melarang sesuatu perkara itu, jawapannya, memang tak boleh.  Jangan dibincang lagi mengapa dan kenapa.  Kalau agama kata sesuatu itu haram, haramlah.  Peraturan agama kekal abadi.  Tidak boleh dipertikai.

8 ulasan:

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Benar, jika hukum agama dipersoalkan, maka pincanglah pegangan diri. Pihak berkuasa tidak sepatutnya "think twice" terhadap penguatkuasaan hukum agama. Jika tidak, apa gunanya agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi?

Isu pengkid, yoga bermantra dan penjualan arak perlu diselesaikan dengan segera atau Islam akan dilihatkan sebagai satu agama yang kurang tegas terhadap perlaksanaan hukum-hukumnya.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tai berkata...

ya, sangat tepat sekali apa yang anda cakap.

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Mari flagkan blog surind.blogspot.com kerana Allah

Tai berkata...

Ya, terima kasih.

CaBaiKeRinG berkata...

salaa...wahai teddy bear..

betoikah teddy bear ni buta?
kalau betoi... saya kagum sangat nih!

tima kasih sebab jadi follower saya!

kalau sudi.. tolonglah link skali...

saya dah link teddy bear tau!

wassalam

www.cabai-kering.blogspot.com

Tai berkata...

Betoi. Cek ni, tak nampak. Cek dah link hang dah.

Jeepers Creepers berkata...

Sebenarnya hampir 80% hotel dinegara ini tidak mempunyai sijil halal yang sah. ini turut membabitkan hotel five star. Masakan yang disediakan sememangnya dicampur dengan alkohol kerana hampir kesemua ketua chef dihotel berkenaan adalah dari luar negara dan mementingkan citarasa berbanding sensitiviti umat islam dinegara ini.

Tai berkata...

Ya itulah masalahnya sekarang.





Arkit blog