Ahad, Disember 07, 2008

Sekolah satu sistem? Bagus.

Apabila Dato Mukhris mahathir melontarkan suatu cadangan perlaksanaan sekolah satu sistem, ramai yang marah.  Tak kurang jugak ada yang suruh ambik tindakan terhadap beliau.  Keadaan ini telah diburukkan lagi oleh pembangkang yang telah memutarbelitkan isu ini.

 

Adakah salah cadangan Dato Mukhris itu?  Adakah beliau menyiarankan supaya dihapuskan pendidikan yang lain selain bahasa melayu?  Tidak bukan?  Habis, apakah rasionalnya tindakan harus dikenakan ke atas beliau?  Sepatutnya, tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka yang selalu membangkitkan soal ketuanan dan hak-hak istimewa orang melayu.  Ini adalah kerana, mereka ini dengan sengaja, mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang menyala.  Ini tak boleh dibiarkan.

 

Sekarang, penulis ingin bercerita sedikit tentang sekolah satu sistem ni.  Bagi penulis yang bukan melayu, ianya amat bagus.  Dengan cara ini, perhubungan kaum dapat dirapatkan.  Sistem yang ada sekarang, tidak merapatkan perhubungan kaum tetapi sedikit sebanyak, merenggangkan perhubungan antara kaum di negara ini.

 

Dulu penulis bersekolah di SRK St.  Nicholas.  Sebuah sekolah khas bagi orang-orang buta di Pulau Pinang yang kini telah berpindah ke Alma Bukit Mertajam.  Di situ, terdapat pelbagai kaum.  Cina, india, siam dan orang Sabah dan Sarawak.  Dan untuk pengetahuan, kami bertutur dalam bahasa melayu.

 

malah, kami yang cina ni, tak cakap cina.  Cakap bm.  Sampai sekarang, kalau bertemu, mesti cakap bahasa melayu.  Cina tu adalah sikit-sikit.  Tapi, mesti campur bm.  Sampai orang pun naik hairan.  Apa pasai ini cina sama cina tak cakap cina.  Bagi kami, biasa saja.  Tak pelik pun.

 

Dan sekarang, saya memang fasih bercakap dalam bahasa melayu.  malah sampai ada orang yang saya jumpa, tak berani nak kata penulis ni cina.  mereka cuma was-was bahawa, penulis ni sama ada melayu atau cina.  Sebabnya, bahasa melayu lebih elok dari orang melayu.  Sebab itu kekadang, penulis terpaksa memberitahu bahawa, penulis ini, bukan melayu.  Dan, mereka berterus-terang bahawa, jarang menjumpai orang cina di Malaysia yang fasih bercakap bahasa melayu seperti penulis.  Jawapan penulis mudah.  kalau mereka tak reti cakap bahasa melayu dengan fasih, jangan mengaku rakyat Malaysia.  Buat malu saja.

 

Jadi, kalau sekolah satu sistem ini dapat dilaksanakan suatu hari nanti, nescaya, akan rapatlah perhubungan kaum di negara kita ini.  Ini adalah kerana, masing-masing akan saling memahami antara satu sama lain.

 

Penulis di rumah hanya mendengar siaran radio dan tv berbahasa melayu.  Penulis memang tak reti dengar’tengok filem atau pun drama cina sebab penulis sendiri langsung tak faham.  Kecualilah kalau drama atau filem cina itu dialihbahasa ke bahasa melayu.  Penulis takkan berasa malu kerana tidak boleh bertutur bahasa ibunda penulis sendiri iaitu bahasa cina.  Tetapi, penulis akan berasa amat-amat malu jika sekiranya, penulis tidak boleh berbahasa melayu dengan fasih.

 

Penulis amat suka lagu dangdud dan juga lagu-lagu hindi.  Ianya, sungguh mengasyikkan.

 

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa moga-moga, sekolah satu sistem akan dapat dilaksanakan suatu hari nanti.

9 ulasan:

AbgTuah berkata...

Salam sejastera sahabat.

Syabas, satu ulasan yang amat baik susunan bahasa, rational dan ikhlas.

Tuah amat kagum dengan kebolehan penulis.

Teruskan usaha yang baik.

Tai berkata...

ya, terima kasih sekali lagi.

Admin berkata...

Salju...hang pi dangdut ka...amboi..!

p/s: Depa ni memang, orang cakap sepatah, depa pusing kot lain, org nak buat kebaikkan depa kona kot lain, lain kali kena dengaq sampai habih, baru bleh ulas...apa la nak jadi!

Tai berkata...

Ha itulah dia. mereka memang nak cari pasal.

Saya tak pernah pi kelab dangdud encik. Dok rumah, dengaq lagu dangdud saja encik.

AbgTuah berkata...

Sahabat, blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini, http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sedingin Salju, pengelola laman blog yang menarik ini kerana sudi menyertai Platun Politika kelolaan Pemuda IKS. Pemuda IKS berasa amat bangga dan berbesar hati di atas penyertaan seorang intelek seperti Sedingin Salju. Berharap sokongan rasmi dari Sedingin Salju akan membuatkan Pemuda IKS lebih bersemangat untuk terus berjuang dalam arena politik tempatan.

“Memperkasa Generasi Baru”

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tai berkata...

ya sama-sama. Teruskan berjuang.

Unknown berkata...

Sedingin Salju,

tak payah nak bodek UMNO la. Awak tu tetap rakyat Malaysia kelas kedua. UMNO tetap tak beri awak taraf bumiputera. Pergi balik sekolah lama awak la. Ajar budak-budak sana Bahasa Melayu. Tak usah buang masa jadi alat propaganda UMNO. Awak tetap tak dapat apa-apa daripada UMNO. Lainlah orang macam saya ni. Itupun saya tak sanggup nak bodek UMNO.

Tai berkata...

Dari segi sejarah, Umnolah yang memerdekakan malaysia. Sama ada bodek atau pun tidak bodek, itu terpulang pada pembacaan seseorang. Saya bercakap berdasarkan sejarah. Apakah hang tak baca sejarah? Apakah hang sanggup melihat maruah tergadai, bangsa sendiri merempat dek kerana pengkhianatan bangsa sendiri? Ke mana melayu nak tuju jika malaysia tergadai?

Sama ada kelas kedua atau keberapa sendiri pun, hang sendiri yang merasakannya. Bagi saya, tidak. Saya tetap rakyat Malaysia di mana, hak istimewa orang melayu dan ketuanan melayu itu harus dikekalkan. Ini adalah sejarah. Dan, adakah mereka orang melayu menindas kaum lain? kalau ada, mana buktinya?





Arkit blog