Khamis, Disember 18, 2008

Kan kau selalu kutuk Talks?

Ha, itulah satu persoalan yang kawan penulis, Mohd Rosmadi Ibrahim bertanya bila penulis beritahu, penulis dah ada telefon yang punya suara Talks.  “Dulu, kau kutuk Talks, sekarang, kau beli pulak.”  Itulah yang dia kata.

ya betul, dulu penulis ada mengutuk.  Penulis yang rasa nak kutuk ni sebabnya perangai orang buta itu sendiri.  mereka ni bila dah ada telefon Talks, mereka suka nak menunjuk-nunjuk.  Dah geram sangat, kutuklah.

 

Untuk pengetahuan, Talks merupakan satu perisian pembaca skrin untuk telefon.  Buat sementara, model telefon yang boleh dipasangkan dengan software ini ialah Nokia.  Yang 3310 tu tak bolehlah.  Dan, kalau nak tau lebih lanjut, sini.

 

Sekarang, zaman dah maju, telefon dah pun boleh berkata-kata.  Dengan adanya perisian Talks ini, dapatlah golongan oku penglihatan menghantar dan membalas sms daripada teman-teman.  Mereka juga termasuk penulis, dapat mengetahui siapa yang calling, boleh dengar mp3 dan sebagainya.

 

Biasalah, perisian semacam ini, datangnya dari U.S.  Satu perisian asli boleh mencecah harga RM 900 ke atas.  jadi, biasalah, oku penglihatan akan mendapatkan versi crack.  Versi crack ini kami dapatkan melalui sahabat-sahabat kami di luar negara.

4 ulasan:

Cheguman berkata...

Sedingin salju,
Handphone saya boleh bercakap jugak, tapi bahasa melayu dia teruk sangat.

Cikgu Kool berkata...

Hehehe...dah dengaq member pakai...teringin jugak la tuh!

Dasyat kan teknologi sekarang ni...semoga sukses selalu salju!

Tai berkata...

Ha betullah sebab suara tu dari U.S bukan dari negara kita.

Tai berkata...

Sebenarnya, taklah merancang seawal ni. Tapi, banyak kawan mintak ajarkan mereka cara pemakaiannya.





Arkit blog