Wah, pada Isnin dan Selasa, teman-teman oku penglihatan telah menghadiri suatu semposium di Kuala Lumpur. Semposium ni dihadiri oleh oku penglihatan dari seluruh Malaysialah. Saya ada siarkan keratan akhbar tentang semposium tersebut pada petang Isnin yang lalu.
Ok, ni bukan nak cerita pasal semposium, tapi nak cerita hal gelagat rakan-rakan oku penglihatan. Ada macam-macamlah. mereka berasa amat seronok apabila dapat bersua muka dan bertentang suara. yalah, dah buta, macammana nak bertentang mata kan?
Ada yang malu-malu ada yang gelagatnya seperti kebudak-budakan pendek kata, pelbagailah gelagat yang dapat disaksikan. mereka kelihatan riang dan gembira. Dan, yang lebih menggembirakan mereka, apabila ada di antaranya yang mukanya yang serba tak handsome tu dah terpampang di kaca tv dalam berita. Wah kalau penulis, penulis pun teramatlah gembiranya sekali.
menurut saudara Hashim Ishak, beliau berasa amat gembira sekali kerana telah dapat bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini, hanya bertemu di alam internet sahaja. “Aku dah jumpa abang Joe, Siti Jineh, Christy, Azhar dan ramai lagilah.” “Aku dah pegang dah abang joe tu.” “Badan dia besar sekali.” “Orangnya tinggi. Itulah penerangan ringkas dari saudara Hashim Ishak dari Melaka.
Kak Rosnah Ahmad juga meluahkan kegembiraannya apabila telah dapat bersua tangan dan muka dengan rakan-rakan lamanya. Dia sebilik dengan kak Romie Merak atau pun Romainun Zakaria serta dua orang lagi sahabatnya.
Itulah ceritanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan