Sabtu, Januari 17, 2009

Jujurlah sikit.

ha, semalam, seorang rakan penulis, Ooi Hock Tiam yang juga bekerja di USM sebagai pensyarah, telah memasang perisian jaws 10.  Mulanya, dia mendapatkan pandangan dari penulis tentang kelebihan dan kekurangan jaws 10 itu.  Jadi, penulis yang serba kurang tahu ni pun ceritalah apa yang penulis tahu tentang kelebihan dan kekurangan perisian pembaca skrin jaws 10 ni.

 

Setelah berpuashati, maka dia pun pasanglah perisian tu.  Apabila siap dipasang, dia pun meminta agar penulis dapat menghantarkan file crack pada beliau.  Selepas dihantar, dia tak boleh pula nak unzip file tu.  Dia meminta seorang rakan penulis Peter untuk menghantarkan crack itu.  Setelah proses selesai, jaws dimulakan kembali.  Tetapi sayang, Jaws itu hanya 40 minit sahaja.  Selepas itu, untuk menggunakan jaws itu, komputer harus dimula semula.

 

Kemudian, Hock Tiam telah bertanya kepada seorang teman dari KL.  Teman tu nama saja pandai komputer tapi bagi jawapan yang sungguh tidak menasabah langsung.  Dia beritahu Hock Tiam bahawa jaws 10 tidak stabil.

 

Hock Tiam telah install kembali jaws versi 9.  Tetapi sayang, jaws 9 itu juga hanya 40 minute mode.  Dan, sekali lagi, dia bertanya kepada teman dari KL.  Jawapan teman itu amat seronok.  kena uninstall jaws 10 itu sebab jaws 10 boleh merosakkan jaws 9.  Kalau masih tak boleh jalan jaws 9 tu, kena reformat komputer sebab mungkin windows dah rosak.

 

ha ha ha ha ha.  Aku ketawa sorang.  jawapan yang amat langsung tidak menasabah.  Dan penulis juga tidak dapat menolong beliau pada malam itu kerana teman amat sibuk dan mengantuk sekali.

 

pada pagi tadi, penulis telah berkesempatan menyelesaikan masalah beliau.  Dalam tidak sampai masa sejam, segala-galanya telah dapat dibereskan.  Jaws 10 telah dapat digunakan dengan 100% lancar.  jaws 9 telah selamat dinyahkan dari komputer beliau.

 

Bagi penulis, ilmu jangan disembunyi.  Biar kita jujur bila nak mengajar atau menyelesaikan masalah orang.

6 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

kesian kawan tu huhuhu

Cheguman berkata...

Saya dah pening dengan PC kat rumah. Hampir dua bulan yang lalu...

Bila saya 'on' suis, keluar bunyi berdesing beberapa saat.

Kemudian keluar 'INTEL'. Kemudian keluar skrin hitam dengan teks:

PXE-E61: Media test failure, check cable
PXE-MOF: Exiting Inteel Boot Agent.
No bootable device – insert boot disk and press any key

Beberapa hari kemudian PC tu elok semula. Kemudian rosak semula selama beberapa hari. Sekejap elok, sekejap rosak.

Tapi, Sejak hampir sebulan kebelakangan ini, langsung tak boleh dibuka.

Saya pun angkut CPU dan bawa ke kedai. Sebaik sahaja dibuka, elok je. Langsung tak ada masalah. Mahu tidak mahu, saya pun bawa balik ke rumah dan.... teks tadi keluar semula.

Beberapa hari kemudian, saya bawa kesemuanya termasuk monitor dan cable ke kedai. Sekali lagi apabila dibuka, langsung tiada masalah. Elok saja. Terpaksalah saya bawa balik ke rumah. Sebelum tu, sempat saya beli cable baru. Saya nak cuba asingkan 'power' moniter dengan CPU.

Sampai di rumah, saya guna kotak suis yang berlainan. Sebelum ni saya palam semuanya pada AVR.

Sekali lagi teks tadi keluar jugak. Pening kepala saya.

Pihak kedai kata mungkin masalah power suply. Katanya arus elektrik di rumah saya tak stabil.

Apa pendapat saudara?

Terima kasih.

CaBaiKeRinG berkata...

jaws? yu? shark?

apa tuh?

tak paham?!!!

cabaikering

Tai berkata...

yalah, kawan ni gabra habis oi encik.

Tai berkata...

Ini masalah power supply rasanya encik.

Tai berkata...

Eh aku tak mau cakap banyak. hang on skype hang, satni aku hantaq kat hang Jaws tu encik.





Arkit blog