Sabtu, Januari 17, 2009

Tahniah kepada calon Pas.

Undi dah habeh.  Keputusan dah tau.  Dah settle.  Tahniah kepada Pas yang memperolehi kemenangan dalam PRK Kuala Terengganu.  Dan sekarang, bolehkah BN kata kemenangan Pas kerana ada pengundi hantu dan SPR bersekongkol?  Yalah, pembangkang kan selalu buat statement sebegini?  kalau BN menang, depa asyik kata, kerana ada pengundi hantu dan SPR berpakat serta bermacam lagi tuduhan.  ha, lima bas yang bawak penumpang yang Pas dakwa mungkin pengundi hantu tu kot depa undi Pas kot?  yalah, yang pihak polis ikut tulah.  Yang Pas dok bising tu kononnya, lima buah bas tu disyaki membawa pengundi hantu.  hantu undi depa kot.  Ha ha ha ha.

 

Dan sekarang, sudah tentu Pas akan mengatakan SPR adil dan telus dan tidak berbangkit lagi pengundi hantu.  Yalah depa dah menang.  Cuba kalau depa kalah.  Wah, hantu sana hantu sini.  Semua tak betoi belaka.  Depa saja yang betoi.

 

kawan-kawan, kita jangan gitu.  SPR memang sangat adil.  Ianya diiktiraf di seluruh dunia.  Kita jangan seperti pembangkang yang dengan semborono menuduh ketidakadilan SPR apabila mereka kalah pilihanraya.  Kalau menang, mereka angkat SPR macam anak emas.  mereka ini nak menang saja.  Tak mau kalah punya.

 

Kita, jangan berperangai kebudak-budakan seperti mereka.  Terima kekalahan.  Sesungguhnya kekalahan itu adalah ubat untuk kemenangan di masa hadapan.  Saya berani menyatakan ini kerana saya banyak mendengar kartun-kartun dari jepun.  Aku buta mana boleh tengok?  Jadi, dengaklah.  Kartun Amerika banyak yang pembohong.  Asyik hero saja menang dan tak pernah kalah.

 

Di dalam siri-siri kartun jepun, walau sekuat mana hero itu, dia akan pada mulanya menang dan menang, kemudian, di suatu peringkat, dia akan menghadapi kekalahan yang agak teruk kerana kealpaan dan kelemahan darinya.  Tapi, akhirnya, berkat usaha untuk memperbaiki segala kesilapan dan kepincangan, dia menang jua.  Dia tidak menyalahkan mana-mana pihak pun kerana kekalahan teruknya.

 

Oleh itu kawan-kawan, kita jangan gundah gulana dengan kekalahan kedua ini.  Ingat, kekalahan adalah ubat kemenangan pada masa hadapan.  Ingat, perjuangan belum selesai.  perjuangan dan perjalanan masih lagi panjang.  Tidak ada short-cut untuk mencapai suatu kejayaan melainkan usaha gigih dan keras.

 

Jangan berputus asa.  kalah tak bererti habis semua.  Itu yang kena ingat.

 

Tahniah pada yang menang

7 ulasan:

CaBaiKeRinG berkata...

bodohnya ahli politik..

buang duit banyak banyak dalam pilihanraya bodoh macam ni

last last kalah gak...

cabaikering

kerisTITANIUM berkata...

Salam encik....
Spr mmg telus. Begitu juga JPN. Nasib baik depa menang encik, kalau tidak, SPR dgn JPN tak telus lah..... JPN bukak kaunter sampai malam pun jadi isu.
Tak apalah encik. Itu semua kehendak pengundi.

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma nak komen mengenai pengundi hantu. Mungkin ramai yg tak tahu wujud pengundi hantu dan bagaimana orang yang tak wujud atau sudah mati keluar dari kubur untuk mengundi. Tapi saya sangat yakin ia wujud, sebab bukan sekali ia wujud di depan mata, tapi banyak kali! Walaupun saya berkaca mata tapi mata saya tidak menipu. Jika anda pernah berkhidmat dengan SPR tidak kira sama ada anggota tetap SPR atau Pengurus, Timbalan Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihanraya yang hanya bertugas ketika pilihanraya berlangsung, anda pasti mengumpul banyak maklumat dan pengalaman menarik mengenai hantu-hantu ini. Dan pengalaman adalah realiti, pengalaman bukan khayalan. Seperti anda yg kini sedang membaca tulisan saya, ia bukan khayalan, ia adalah realiti bahawa anda sedang membaca tulisan saya. Jika tidak percaya anda sedang berada di depan komputer/laptop, anda boleh pukul pipi untuk merasakan kesakitannya! Jadi begitulah juga saya yang percaya dengan kisah benar pengalaman saya berhadapan pengundi hantu!

Jika anda ingin membaca bahan mengenai pengundi hantu memang ia ada di pasaran. Antaranya buku "IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah" oleh Abdul Mutalib Mohd Daud. Buku itu memaparkan agenda tersembunyi dan terancang pihak berkuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang Filipina bagi membolehkan mereka mengundi di Sabah. Abdul Mutalib walaupun seorang ahli UMNO Sabah tetapi beliau rasa terpanggil untuk mendedahkan konspirasi terancang itu kerana menyedari kepalsuan perlu dibongkar dan dihentikan. Buku itu bukan sahaja memaparkan bagaimana hantu-hantu itu dilahirkan hingga boleh mengundi tetapi disokong oleh butiran terperinci pengenalan asal pengundi hantu dan perbandingan dengan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN Sabah, surat beranak asal dan surat beranak palsu yang dikeluarkan kemudian dan butiran-butiran lain yang menunjukkan penulis memang melakukan kerja rumah yang begitu teliti sebelum mengeluarkan buku tersebut.

Ketika buku Abdul Mutalib itu dikeluarkan 10 tahun dahulu, saya tertanya-tanya mengapa pihak pembangkang tidak pernah mengenengahkan buku yang disokong oleh fakta yang agak sempurna itu untuk tindakan Pihak Berkuasa? Mungkinkah buku yang tidak sampai RM30.00 itu mereka tidak baca dan tidak sedar ia berada di pasaran?

Namun saya merasa sedikit lega apabila perkara itu dibangkitkan oleh Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dalam soalan bertulisnya di Dewan Rakyat pada 18 November 2008 yang lalu. Yang kemudiannya menjadikan saya tidak lega ialah apabila Menteri Dalam Negeri memberi jawapan yang sungguh tidak bertanggung jawab terhadap soalan Johari itu apabila berkata, "pihak polis tidak pernah menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan dalam buku berkenaan". Sambil lewa dan sungguh tidak bertanggung jawab! Jawapan sambil lewa Menteri itu memperlihatkan kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan palsu yang selama ini wujud di Sabah dan di negeri-negeri lain di Malaysia.

Maafkan saya kerana menulis agak panjang.

Tai berkata...

ya, memang bodoh. kalau tak ada orang bodoh encik, tak adalah cikgu untuk bekerja.

Tai berkata...

haha, macam saya katalah, SPR dan JPN memang telus. Tak ada negara lain yang setelus sini. Dan, kalah itu ubat. Tak ada ubat yang sedap.

Tai berkata...

Terima kasih encik sebab bagi penjelasan yang panjang bercampur lebar.

namun yang mendukacitakan, apabila mereka menang, kenapa mereka memuji-muji pihak berkenaan dan bila kalah mereka mendakwa pengundi hantu. Itu yang dipersoal. mereka takut pada kekalahan tapi seronok pada kemenangan.

Tai berkata...

Ok, terima kasih encik.





Arkit blog