ha, cerita pasal binatang, memang agak seronoklah. memang best.
Semasa penulis kecil, penulis mempunyai seekor kucing. Kucing ni, ekornya tak pernahnya lurus. Senentiasa akan bergulung. Kucing ni manja sangat-sangat.
Setiap pagi, apabila penulis terjaga dari tidur, sudah pasti kucing tersebut akan berada di hujung kaki penulis. Dia akan menjilat penuh kemanjaan. Selagi penulis tidak keluar atau bangun, dia juga tidak akan berganjak dari situ.
Kucing memang sangat manja. Apabila penulis mendengar telivisyen atau radio, dia pasti akan datang dan duduk di tepi penulis. Itulah manjanya seekor kucing.
kebetulan pada ketika itu, rumah penulis juga ada tiga ekor anjing. Kucing ini pula, begitu mesra sekali dengan anjing-anjing itu. Seperti satu keluarga.
Tapi itulah, yang mana datang, pasti akan pergi. Kucing itu menghilang begitu sahaja entah ke mana. Tak tahu sama ada dia mati atau hidup.
Itulah sebabnya, penulis amat suka dengan kucing ni. Tapi yang penulis tak suka dan marah ni bila ada orang, pandai bela kucing tapi tak pandai jaga. Dibiarkan kucing itu merayau-rayau ke rumah jiran sebelah. Berak dan kencing sana-sini. Teruklah mereka tu. kalau dah tak mampu membela, jangan dok bela. Buat dajai saja semua ni.
Kucing ni adalah satu haiwan ciptaan tuhan yang penuh dengan kemanjaan dan juga kelembutan.
4 ulasan:
Sedingin Salju,
Penjagaan kucing perlu perhatian yang mendalam... sentiasa peka terhadap mereka... Perlu banyak bersabar...
Memang seronok mempunyai kucing yang comel. Nabi Muhammad pun suka kucing.
Saya dah tak hairan kucing dgn anjing berbaik-baik. Lain kali encik cerita tentang PAS-UMNO berbaik-baik. Memang saya akan hairan.
Ya amirul, terima kasih atas penerangan yang diberi.
Selagi ketaksuban orang Pas masih kuat dengan rela bekerjasama dengan musuh islam daripada sesama islam, selagi itulah tak boleh Demang Lebar Daun.
Catat Ulasan