Rabu, Februari 11, 2009

Tanpa restu seorang ibu, tidak berkat

Pada pagi tadi, penulis telah dihubungi oleh seorang teman penulis, beliau ingin meminta penulis menjadi seorang guru sambilan di salah sebuah sekolah Oku di Bukit mertajam.  Penulis sangat gembira mendengarnya dan penulis menerimanya.  Mengajar komputer kepada kanak-kanak oku penglihatan.    Sangat bagus mengembangkan ilmu.

 

Selepas itu, penulis telah berbincang dengan keluarga penulis.  Tapi, semuanya menentang dan lagi-lagi ibu penulis.  Bagi penulis, kalaulah hanya keluarga yang menentang, itu penulis tidak kisah.  Tetapi, kalau ibu yang melahirkan kita ini sudah mati-mati menentang, apa akan jadi kalau hasrat itu diteruskan?  Hasrat yang baik, tapi tidak langsung mendapat restu seorang ibu.  Cuba fikir, apa akan berlaku?  Adakah berkat pekerjaan murni yang ingin kita lakukan ini tanpa restu seorang ibu?

 

Penulis menimbulkan persoalan ini sebab kejadian tanpa restu ini berlaku di depan mata penulis di mana seorang anak jatuh ke taraf terhina kerana tidak mendapat restu seorang ibu dan menderhaka kepada ibunya.  Sudah beberapa kali perkara ini berlaku di depan mata penulis.  Cakap seorang ibu, memang merupakan doa.  ianya mustajab.  Jadi, tolong jangan permainkan cakap seorang ibu.

 

Dahulu masa penulis remaja, penulis selalu juga meninggi suara, tetapi sejak beberapa kejadian ini berlaku, penulis sudah cuba sedaya-upaya untuk tidak meninggikan suara lagi.  Ini amat bahaya.

 

Walau pun bidang ini amat penulis minati, tapi kalau ibu dah tak setuju, tak apalah.  Ini merupakan ujian dari tuhan yang maha esa.  Kita hanya mampu merancang.  Tapi tuhanlah yang menjadi penentu segalanya.  Rezeki, ajal dan maut, semuanya ditentukan olehnya.  Tiadalah daya kita untuk melawannya.

 

memang ada teman-teman penulis yang mengatakan penulis ini kolot sebab tidak mahu keluar rumah.  Tapi bagi penulis, jika ibu tidak merestui segala apa yang kita buat, itu sudah tidak guna lagi.

 

Ada juga yang mengatakan penulis tidak mahu berdikari.  Penulis tidak kisah semua itu.  Mungkin mereka tidak diperlihatkan oleh yang maha esa perkara-perkara yang disebabkan oleh kemarahan dan ketidakrestuan seorang ibu terhadap anaknya.  Kalau mereka diperlihatkan kejadian-kejadian itu, mungkin mereka akan faham.

14 ulasan:

amirul berkata...

Sedingin salju,
Bersabar itu separuh dari Iman... mungkin itu bukan rezeki saudara... tetapi cuba bawa berbincang dengan secara rasional terhadap ibu...

Iwan Shah Zainal berkata...

i have the greatest respect for you..tq for reminding how important restu seorang ibu is...god bless you

blogresipi.com berkata...

Saudara,

Bila bercerita tentang ibu, teringat ibu saya yang berada jauh di mata. Juga ingatan terhadap keluarga di Malaysia.

Baguslah saudara dapat menjadi pendidik. Sekurang-kurangnya ilmu yang ada dapat dimanfaatkan oleh generasi muda.

Teruskan usaha membantu memartabatkan Malaysia. Malaysia yang bersih dari fitnah dan permusuhan sesama manusia.

Ali Abdullah berkata...

Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Besar pengorbanan seorang yang bergelar ibu, sehinggakan derhaka si anak kepada ibunya maka nerakalah tempatnya.

Redha ibu kepada perkara baik adalah redha Tuhan kepada apa yang dilakukannya. Restu ibu membawa rahmat, kasihnya pula membawa berkat. Sayangilah ibu kita.

Panglima Perang Cyber berkata...

benar..restu itu satu kewajipan dalam pekerjaan perbuatan kita...

restuilah restu ibu dan tuhan pasti akan restui kamu...

Tai berkata...

amirul, mungkin ibu yang melahirkan kita ini, lebih memahami kita dan naluri hatinya mungkin lebih tajam.

Tai berkata...

Thanks Shahriza. Ada yang cadang supaya bincang balik. Tetapi bagi penulis, naluri seorang ibu, lebih tajam terhadap anaknya kerana, dia yang melahirkan kita.

Tai berkata...

Ya betul tu Apai Ngelai, saya menyokong.

Tai berkata...

ya, terima kasih encik.

singamaraja berkata...

Auuum !

Gue kita baik jika bincang balik dengan berhemah, gue bersetuju dengan teman-teman punya pandangan

Tai berkata...

Haha, terima kasih singamaraja atas pandangan anda. Saya menganggap, ini bukan rezeki saya.

Jeepers Creepers berkata...

yup ikut cakap ibu membawa berkat

Tai berkata...

Terima kasih YB Raz Gothic.

Tai berkata...

Oh jadi sekarang, encik di mana?





Arkit blog