Ahad, Februari 15, 2009

Cerita pasal telefon

Peristiwa ni berlaku pada 6 Febuari yang lalu di mana pada hari tu pihak Perompak rakyat berlaku teramat biadab terhadap sultan yang kita sayangi.

 

Seperti biasalah jam 6:30 petang, bukak telefon tangan.  Bila bukak saja, tiba-tiba terima mesej dari Celcom beritahu bahawa bill berjumlah Rm 125l50 perlu dibayar dalam masa 24 jam untuk mengelakkan talian ini disekat penggunaannya.

 

Ini Celcom banyak lecehlah.  Dua bulan ni iaitu Januari 2009 dan Disember 2008 tak bayar.  Bill Januari dah terima, tapi bill Disember, tak pulak penulis terima.  Penulis beranggapan, mungkin Celcom ni tersilap kot hantar sms dan mesej bersuara tu.  maklumlah, kadang ni, telko ni bukan boleh harap pun.  Kita dah bayar, dia kata tak bayar.  Dajai betoi.

 

Pada esoknya, juga pada waktu yang sama, telefon tangan pun dibukalah.  Cubalah hantaq sms.  “message sending fill.”  itulah yang penulis terima.  Ah, sahlah kena bar line celcom ni.  Dajai betoi.  Ingatkan Celcom tersalah hantar mesej amaran, rupanya, penulis yang tersilap percaturan.  jadi, apa nak buat lagi?  Sekadar membaca sms-sms yang diterima, kemudian tu, tulis siap-siap dan save ke draft.  Nanti bila bill dah settle, baru hantar.  Jadi, dua harilah tak ber-sms dengan rakan-rakan.  Dajai betoi.

 

ha, bill dua bulan yang berjumlah RM 125.50 tu, bukan kerana banyak buat panggilan pun.  Semua ni, sms.  penulis ni, kaki sms jugak.  Tapi taklah hantar ke lima nombor punya sms.  Tu gila.  itu buang duit saja.  penulis ber-sms dengan rakan-rakan.  Jadi, selama dua hari tu, penulis tidaklah membuka telefon tangan.  Apalah gunanya membuka telefon itu tanpa boleh ber-sms?

 

Pada hari Selasa, penulis telah ke BSN untuk mengambil EPC singkatan bagi elaun pekerja cacat.  Selepas itu, terus ke celcom untuk selesaikan bill dua bulan tu.  Semuanya gara-gara nak hantaq sms.

 

Bila dah bayar, ha, barulah boleh ber-sms.  Wah, gembira sekali.  Teruk o tak boleh sms.

6 ulasan:

taipingmali berkata...

Jangan susah dik oi, tukar saja kepada hotlink. sms free dapat beribu,,,tak mampu nak habiskan sms free.

Saya juga dulu guna celcom 1993. 010 (punggai anjing pun boleh mati), kemudian 016 dan 017 (Time.com) kemudian 012 hingga sekarang kerana puas dengan perkhidmatan mereka.

Tai berkata...

Tak boleh o TAIPINGMALI, sebabnya Celcom menyediakan pakej khas bagi oku. Lain-lain, takdak.

PAPA GOMO berkata...

APA SUSAH....PAKAI SAJA 2 TALIAN...1 CELCOM DAN 1 MAXIS!!!

DUA-DUA ADA BONUS!!!

Tai berkata...

Ok, terima kasih GOMO.

r.k berkata...

mai2 jom kite sms same2~

Tai berkata...

Terima kasih RK. Sms saya ni, suka penuh-penuh, benci saya kalau orang tulis rengkasan.





Arkit blog