Ramai pihak kata, kita mahukan kebebasan. macam-macam bebas. media nak bebas, itu bebas, ini bebas. Semuanya nak bebas belaka.
Tetapi, adakah manusia ini bebas? Bagi penulis, ini hanyalah retorik. Kalau nak bebas, kenapa mesti beragama? Kalau nak bebas, tak payah anut apa-apa agama. Itu baru bebas.
Salah sebuah parti politik yang sering melaungkan kebebasan sehingga ada gagasan Malaysian malaysia. Tapi, adakah mereka benar-benar mengamalkan kebebasan? kebebasan hanyalah retorik semata-mata.
kalau benar mereka mengamalkan kebebasan seperti yang mereka laung-laungkan, kenapa mereka nak saman Utusan Malaysia sampai berjuta-juta? Inikah kebebasan yang mereka laung-laungkan itu? kenapa nak buat laporan polis terhadap orang itu dan orang ini? Bukankah mereka melaung-laungkan kebebasan? kalau nak bebas, biar orang nak buat apa pun, orang punya suka. Tak payah nak saman pihak itu dan ini. Tak payah buat laporan polis pada orang itu dan orang ini. Tapi mereka? Adakah mereka benar-benar bebas? Mereka berbohong. Mereka tak bebas. Kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah retorik. pada orang yang tak memikirkan yang tersurat dan yang tersirat, mereka akan percaya pada laungan parti politik yang kononnya inginkan kebebasan ini.
Orang lompat masuk kumpulan mereka, mereka kata, itu bijak. Tapi, bila orang kumpulan mereka melompat keluar dari kumpulan mereka, wah bising bukan main. Gelabah. Tuduh pihak itu, tuduh pihak ini. kata mereka yang lompat keluar ni diberi rasuah dan macam-macam tuduhan yang dilempar.
Ha, inikah kebebasan? kebebasan ala pembohong. Kalau bebas, tak payah bising. nak lompat, lompatlah. Dah tak boleh sangat, bubar kerajaan, buat pilihanraya baru. Apa susah?
Ha, itu baru bebas. Bodoh. Tak sekolah punya orang semua ni. Kalau betul nak bebas, jangan anut apa-apa agama. jadi free thinker. Buang semua undang-undang. ha, itu baru bebas.
Hanya orang bodoh saja yang melaung-laungkan kebebasan. Tidak ada manusia yang bebas. Semuanya di bawah kawalan tuhan yang maha esa. Begitu juga dengan makhluk-makhluk lain ciptaan tuhan. mereka semuanya terikat pada undang-undang yang telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa.
4 ulasan:
Encik? Buang je parti mangkuk tu jauh2... Adil ka namanya tu? Buat malu je... tang depa semua wangi dan baik saja... tang org bukan main lagi?
kebebasan sebenarnya, tiada.
Aha...ini blog, blogger yang amat diminati oleh Mamak..orang tanjung pulak..hai dekat juga kita ya!.Entah kenapa Mamak teringat sedingin Salju...yang sentiasa memberi komen pendek tapi yang cukup untuk memahami hujah...ok Mamak nak komen pulak diblog Sedingin Salju...komen Mamak kadangkala kasak sikit noh..tapi mamak ini jenis walau pun die hard Umno tapi jenis liberal sikit dari orang lain..Harap jangan kecik noo..
Jadi Kebebasan Manusia..apakah dia yang dikatakan kebebasan..freedom!.jadi nak elobrasikan Freedom ini besar skop...Freedom of Speech (kebebasan Fikiran.utarakan pendapat)Freedom of Citizen (Hak kebebasan Rakyat).Jadi manusia perlu kebebasan..tetapi manusia ini perlu dikawal kebebasan itu dari pada mudaratkan manusia orang.Kerana pada fitrahnya manusia ini dilahirkan bernafsu..dan mempunyai niat yang jahat terhadap manusia lain.Jadi manusia perlu dikawal(govern)dengan undang-undang dan Agama.Orang-orang yang tak menghargai kebebasan orang lain akan dipenjarakan mengikut undang-undang yang ditetapkan di sesuatu Negara.Orang yang dipenjarakan itu diberi cukup makan,cukup pakaian,cukup kesihatan dan diberi upah untuk kerja yang dilakukan dipenjara..tapi cuma satu ditarik kembali adalah kebebasanya.Jadi kebebasan adalah suatu yang tidak ternilai bagi manusia..sekiranya kebebesan manusia ini disekat terlampau..dia akan memberontak kerana manusia mempunyai akal yang boleh mempertimbangkan yang mana baik dan yang mana buruk...!OK sedingin Salju panjang Mamak Celoteh...habuk pun taraak!.oRANG TUA SUKA MEMBEBEL....LAIN KALI MESTI mAMAK SINGGAH LAGI!.Take care...
Wah, seronok baca ulasan mamak penang.
Ha, kebebasan yang mamak cerita tu, chek amat suka. Tapi ada orang nak terlampau bebas. Bebas semua kena kat dia. Tu yang chek nak marah.
Dia buat, semua ok. Lompat belah dia ok, lompat kat orang, K O lah pulak.
Catat Ulasan