Rabu, Februari 04, 2009

Fm yang sendat dan sempit

masa tahun-tahun 80-an, bila buka saja Fm, kosong.  kalau kat sempadan bolehlah dapat siaran negara jiran.  Penulis masa tu, kecik lagi.  Dan masa tu, penulis dapatlah mendengar siaran dari Thailand iaitu wilayah Yala dan Songkhla.  Siarannya begitu jelas sekali.

 

Pada awal 1986, siaran FM mono telah diwujudkan oleh RTM di mana pada masa itu, tempat yang mendapat siaran FM mono ialah Ipoh, Kuala Lumpur, melaka, Kota Baharu dan Kota Kinabalu.  Tetapi sebelum daripada kewujudan Fm mono, penduduk Lembah kelang telah dapat mendengar siaran FM stereo yang kini dikenali dengan nama Muzik FM.

 

Menjelang penghujung 90-an, malaysia telah memulakan siaran FM mono ke seluruh negara.  Dan secara beransur-ansur, gelombang sederhana atau gelombang Am pun ditamatkan perkhidmatannya.

 

Siaran radio negeri-negeri telah mula disiarkan dalam bentuk fm stereo secara berperingkat mulai tahun 1991.  Dan, siaran RTM keseluruhannya telah disiarkan dalam bentuk Fm stereo pada penghujung tahun 1992.

 

pada 1994 pula, FM Stereo atau pun Muzik FM telah mula mengembangkan siarannya ke seluruh negara.  pada tahun yang sama, telah wujud stesen radio swasta pertama iaitu Time Highway Radio atau pun THR dan sekarang, dipanggil Thr.fm yang berada di bawah Astro.  Dan seterusnya, kemunculan radio swasta semakin banyak.  Astro sahaja kini mempunyai lapan saluran fm.  Radio-radio Fiusyen tiga saluran dan media prima, juga tiga.

 

yang menjadi masalahnya sekarang ialah betapa sendat dan sempitnya gelombang fm terutamanya di Lembah kelang.  Bukan kerana banyak stesen radio, tetapi ianya disebabkan banyak pemancar untuk satu-satu stesen radio itu.  Contoh yang paling boleh kita lihat ialah RTM.  Mengapa mesti meletakkan satu pemancar untuk semua stesen radio mereka di menara Kuala Lumpur?  Bukankah lebih baik pemancar yang sedia ada, dipertingkatkan kuasa supaya dapat meluaskan penerimaan siaran mereka?  Di Pulau Pinang juga terdapat satu pemancar RTM di Bukit Genting Balik Pulau.  kenapakah pemancar yang sedia ada, tidak dipertingkatkan kuasa pancaran supaya dapat menembusi ke tempat-tempat yang dikatakan tidak dapat ditembusi oleh siaran RTM itu?  Kenapa mesti diletakkan satu pemancar kecil di sesuatu tempat?

 

Penulis merasakan, ini amat membazir.  Adalah lebih baik, pertingkatkan kuasa pancaran daripada mengwujudkan banyak pemancar yang boleh menyendat dan menyempitkan fm.  Pemasangan pemancar hendaklah dijadikan pilihan terakhir.

2 ulasan:

amirul berkata...

Salam Sejahtera encik,
Ini Malaysialah... takan tak kenai kot? Org Malaysia selalunya suka membazir tapi nak untung lebih... :(

Tai berkata...

yalah leceh betul.





Arkit blog