Khamis, Februari 26, 2009

Suara perempuan

Ha, di tengah-tengah malam ni Ss mai.  Tertimbul pulak ilham nak menekan papan kekunci ni.  Sajalah kan nak menulis.

 

Ni cerita pasai suara perempuan ni.  Tertimbul idea nak nulis.  Hantam sajalah labu.

 

Lazimnya, orang buta ni, dia banyak menggunakan pendengaran.  Suara perempuan ni kan, ada yang lembut sesangat, ada yang kasar macam nenek eee’eee’eee’eee’eee’eee tak berkenan aku.

 

Suara anak mami ni, ada yang kasar.  Walau pun anak dara, tapi kasar.  Tak sedaplah.  Tetapi, walau pun suara depa kasar, tapi jangan play-play o, hantaran menikah mahai o.  Hidung depa tinggi. tu orang cerita kat Ss lah, Ss bukan nampak pun.  Orang cerita, Ss habak mailah kat sini.

 

Suara perempuan Kedah ni, yang Ss jumpa, banyak yang lembut no?  hat cina pun sama jugak.  Tapi ada jugak suara anak dara cina hat kasar.  India pun sama.  Tak minatlah kasar-kasar ni.

 

Kalau mai Pulau Pinang, banyak awet’s melayu, suara depa amboi, lembut betul.  Kot depa ada campok mami kot no?  Tapi walau pun suara lembut, ada yang dah tua kerepot o.  Itu orang beritahulah Ss bukan nampak pun.  Tapi Ss biasa pegang tangan anak mami.  Ha, lembut o.  Bukan saja-saja gatai nak pegang, pegang pasai nak ambik barang.

 

Suara anak-anak dara cina kat Pulau Pinang ni pun bolehlah tahan kelembutannya.  Tapi depa ni, suka pakai skirt lah.  Tapi tak apalah Ss bukan nampak pun.

 

Ha, Perak pulak, banyaklah suara anak-anak dara melayu yang lembut dan halus belaka.  Ini yang Ss dapat dengar bila singgah di perak masa dalam perjalanan ke Kl dengan bas ekspress.  Dan kat radio perak pun, kalau anak dara yang call, mesti suara cun habis.

 

Mai pulak KL, wah, suara anak dara belah KL ni, lembut jugak.  Selalu jumpa depa melepak kat shopping complex.  Rambut depa lawa o.  Ini orang ceritalah, Ss bukan nampak pun.

 

Ha, kalau Johor, anak darakah, mak darakah, mejoritinya, lembut-lembut belaka.  Kadang tu tak sangka, suara yang lembut tu, anak dah macam gerabak kereta api.  Jadi, jangan terkena.

 

Ha, kelantan.  mejoritinya suara kasar.  Tak sedaplah.  Kadang ingat dia tu dah tua kerepot, rupanya anak dara lagi.  Yalah suara macam nenek.  Terengganu pun sama jugak.

 

Ha Sarawak ok.  Sedapnya suara depa.  Aku ada beberapa kawan yang dapat aku dengar suara mereka.  memang sedap.

 

Sabah pun sama jugak.  Eh, perempuan Sabah dan sarawak lawa o.  Ini orang katalah, Ss bukan nampak pun.  Suara perempuan Sabah ok tu.  Tapi, suara Mawar Berduri kat Sabah tu, ok kah ha?

 

ya itulah tadi encik-encik sekelian, definasi suara perempuan oleh Ss yang oku penglihatan.  Ok lah sekarang nak pergi tidur.  Esok, kena bangun awal.  Nak dengar kartun Hamtaro kat tv9 jam 8:30 pagi.

14 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

salam?

ah ah ah ah mulau tie'

tu kui sedingin salju matai na paret kalau ko terdengar suaraku yang ala2 pon ni ah ah ah...

Adui terguling2 aku kat depan lap baca karya ko hari ini..kui kui

Kalau nak tau suara mawarbeduri dengarlah tiupan angin membelai halusnya sekumtum mawar merah dijambangan. wa wa

sumandak bayu berkata...

Salam bro

kalo suara Mawar Berduri tu memang merdu tapi AWAS banyak durinya.... Sumandak dah kena dah.....JADI kena ATI2 la BRO

Tanpa Nama berkata...

"tgn wanita yg menghayun buai bisa mengoncang dunia"

Tanpa Nama berkata...

Ha encik. Suara anak dara orang Miri, macam mana encik?

Tai berkata...

Tepat sekali.

Tai berkata...

Ha Barnabas, suara orang Miri best o!

Tai berkata...

Oh yakah? macam suara siapa oi? Siti Nordiana atau Siti Nurhaliza?

Carilah kat Ss kawan perempuan.

Taminsari berkata...

Salam Ss..

Suara Bapok Karpal & Son macamana ya...???

Tai berkata...

Oh itu macamkah Sumandak. kat Ss pun, boleh kena durikah? Wah, ni bahaya ni?

Tai berkata...

Eee'eee'eee'eee'eee'eee'eee, suara depa dua tu, geli SS mendengarnya. Cakap bm pun tak fasih.

bungaraya berkata...

Suara yang paling sexy ialah suara Karpal Singh yang mengatakan melayu celaka.

Tanpa Nama berkata...

So, dalam banyak banyak suara perempuan, encik paling suka suara perempuan dari negeri mana?

Tai berkata...

Suara dari Sabah dan Sarawak sedap jugak o.

Tai berkata...

Ah, gelilah si oku tak sedar diri tu.





Arkit blog