Rabu, Februari 04, 2009

Tahniah semua Blogger BPN kerana Kerajaan PR Perak sudah tumpas, hadiah bermakna untuk DYMM Sultan Perak, Daulat Tuanku !!!

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

BN kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.




Komen Panglima :


Ini hadiah paling bermakna selepas 11 bulan DYMM Sultan Perak menderita jiwa melihat kesengsaraan rakyat..

Ia hadiah paling bermakna selepas Perak dikuasai 'komunis moden ' yang cuba menjadikan Perak tempat mereka berkuasa menindas rakyat jelata....


Akhirnya Pakatan Rakyat telah menerima balasannya... 

Akhirnya Nizar tidak lagi menjadi MB Perak  bahkan akan diingati sebagai MB paling bongkak..

Akhirnya Boneka DAP tidak lagi membuat onar di Perak.

Akhirnya Anwar tentu sudah sedar siapa lebih bijak, dia atau Najib Tun Razak !!!!


Syabas Datuk Seri dan tahniah kepada semua 
khasnya team Blogger Pembela Negara !!!!!!!!

9 ulasan:

gotahlantun berkata...

TAHNIAH JUA,

LOPEH NI JANGAN LUPO BUEK KOJO....
SELALULAH TURUN KEBAWAH..

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

tak sempat nak sambut happy birthday pakatan...kata nizar.

umur pendek sangat

kingpahat berkata...

Kita akan saksikan satu PERTARUNGAN yang hebat selepas ini....tguuuuuuuuu.Aku doakan moga pihak yang terbaik akan menang.

Tai berkata...

Marilah kita bersyukur banyak-banyak kepada yang maha esa dengan sedikit kemenangan ini. Jangan pulak kita jadi macam depa, bongkak. Biar kita bersederhana.

Tai berkata...

Bersyukur dan teruslah bersyukur. jangan bongkak dan tinggi diri bila dah menang.

amirul berkata...

Encik? Mudah-mudahan ini memberi pengajaran kepada mereka yang bongkak... jgn pula yg menang tu jadi 2x5...

blogresipi.com berkata...

Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Selama ini kita lihat polisi pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berat sebelah dan tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Sebagai orang yang faham agama DS Nizar perlu menjadikan negeri Perak contoh ikutan tetapi sebaliknya beliau lebih mengikut telunjuk bukan Islam dalam merencanakan pemerintahan negeri.

Perkara sebegini tentunya tidak diredhai Allah. Maka pada hari ini selepas Allah uji mereka dengan kemenangan, maka kemenangan tersebut telah ditarik balik kerana sesungguhnya mereka gagal mengangkat martabat Islam di negeri Perak.

Saya harap apabila Barisan Nasional kembali memerintah Perak, laksanakan pendekatan yang berhemah dan contohilah pendekatan yang diguna-pakai oleh Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidin.

Jadikan Perak sebagai asas kebangkitan perjuangan UMNO yang tulen, bersih dan amanah.

Tai berkata...

ya, kita harap gitu. jangan alpa, jangan lalai, sentiasa ingat tuhan.

Tai berkata...

Ya saya yang bukan melayu pun berharap begitulah. kembalikanlah hak kepada yang berhak. Ingat itu. Dan, sentiasa ingat tuhan. Banyakkan bersyukur. jangan alpa, jangan lalai.





Arkit blog