Seolah-olahnya, bahasa melayu ni, dah tak cukup huruf dah untuk ditulis. Rasanya, dari A sampai Z tu mungkin tak cukup kot no Ss rasa. Jadi DBP, kena buat sesuatu ni.
Apa yang Ss nak cerita ni ialah penulisan rengkas. Ss menganggap, orang yang suka buat perbuatan semacam ni adalah orang yang paling malas sekali. Yalah, dia nak tulis, tapi, pemalas. manakan tidak malasnya, tulis rengkas-rengkas sampai kadang orang yang baca juga tak faham.
Dan bila ditanya mengapa? jawapan depa, senang. nak cepat. nak cepat apakah bendanya kalau dah tulis seolah-olah bahasa melayu tak cukup huruf? Sangat teruklah mereka ni. Dalam e-mel, banyak saya jumpa si pemalas si pemalas ni. Nak tulis, tapi malas. Tulisan dia kekadang tu, bagus. Tapi, cara penulisannya, cara pemalas. Semua nak rengkas.
Ha, kalau sms, lagilah leceh. ha ni termasuklah pembekal perkhidmatan seperti Maxis, Digi dan Celcom. Amboi, malasnya mereka. Hantar iklan dalam bahasa melayu, tapi, tulisan pemalas jugak dipakai. Apa nak jadi ni?
Rakan Ss pun, Ss dah pesan, kalau berasa malas nak tulis, jangan hantar sms pada Ss sebab Ss tak suka orang malas. Kalau nak tulis, kena rajin. Semua nak rengkas, mana boleh? Susah macam ni.
Jadi, belajarlah jadi rajin bila nak tulis.
6 ulasan:
sebagaimana komen saya kepada uban nyanyuk dan dr muka bukan beruk
dan puak-puak inilah yang sibuk nak berjuang memartabatkan Bahasa Melayu. Apabila ditegur, segeralah mereka melenting bagaikan kerbau dicucuh bara ke hujung punggungnya.
Banyak contoh yang boleh ditengok dan diperhatikan. Dalam keseronokan berblogging, berposting, berforum mahupun bersembang (chatting), budaya meringkaskan ayat dan perkataan semakin menjadi-jadi.
Barangkali memang betul seperti yang GMP perjuangkan. Martabatkan Bahasa Melayu... bukan sahaja mengenai matapelajaran sains dan matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi juga dalam matapelajaran Bahasa Melayu sendiri.
Rupa-rupanya, semakin muda sesuatu generasi itu, semakin benak hati perut mereka terhadap bahasa sendiri walaupun mereka inilah yang akan bertempur dengan pihak berkuasa dalam tunjuk perasaan jalanan...
Agak-agaknya kalaulah diwajibkan penggunaan tulisan jawi kepada anak-anak Melayu, berapa kerat sangatkah yang akan diiktiraf sebagai celik huruf? Rasa-rasanya tidak sampai 1% daripada populasi generasi muda Melayu di negara ini. Ejaan jawi yang mereka kenal hanyalah, alif mim nun wau.... alif tendang wau... sarkis!... itu sebablah hanya itu ejaan jawi yang diulang-ulang dan boleh kita tengok dalam mana-mana blog politik.
SALAM SS
AMBOII MARAH BENAR SS KALI NI HEHE. APA PUN ADA KEBENARAN DLM TULISAN SS KALI INI. SAYA SENDIRI PUN RASA JANGGAL BILA DAH TERBIASA MENGGUNAKAN PERKATAAN RINGKAS BILA MENULIS. JADI LEPAS NI MUNGKIN SAYA KENA LEBIHKAN SENAMAN JARI HEHEHE.
Yalah, selalu jumpa e-mel bahasa tunggang-langgang. Sungguh memalukan.
tulisan ringkas jawas tak boleh baca da.
Atiesya, bukan jawas, tapi jaws.
Bukan semata-mata kerana Jaws tak boleh baca saja. Tapi ini menggambarkan seolah-olah, pemalas dan DP ni, tak bagi cukup huruf untuk bahasa kebangsaan.
Catat Ulasan