Khamis, Mac 12, 2009

Tahniah Fauzi Abdul Kadir

Selamat malam.  Di malam yang sejuk ini, Ss mai lagi.  Sejuk ni.  Maklumlah, hujan.

 

Di sini, Ss ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada sahabat Ss dari Alor Star Kedah yang juga merupakan seorang oku penglihatan.  Beliau telah memenangi hadiah sebelas ribu ringgit dalam teka bunyi gitar Sinar FM lebih kurang jam 11:30 malam tadi.  Nama beliau ialah Fauzi Abdul Kadir.

 

Fauzi ni dulu satu sekolah dengan Ss masa sekolah rendah iaitu di St.  Nicholas.  Dan, apabila sekolah menengah, dia telah berpindah ke kedah sementara Ss di Pulau Pinang.  Maklumlah, dia orang Kedah.

 

Itulah serba sedikit biodata dia.  Dia la ni, dok kat alok staklah.  Penganggur.  Jadi, tahniah sekali lagi.  Ss dulu pun pernah menang hadiah wang jugak dalam rancangan bersama Kak Yong kat radio 1 yang la ni dikenali dengan Klasik Nasional.  Ss menang RM 30 kalau tak salah.  Masa tu, budak-budak lagi.  Kan kak Yong suka kendalikan rancangan kanak-kanak?

0 ulasan:





Arkit blog