Aha, Ss datang lagi pada pagi yang hening ni. hening apakah bendanya dah 9:31 pagi dah. La ni, mai petang saja, cuaca akan jadi mendung dan kadangkala, hujan tak jadi. Tak tau apa pasai.
Ramai yang jadi tak ketahuan kalau telefon bermasalah. Jadi, apa yang mereka buat ialah hantar ke kedai. Sebenarnya, telefon ni boleh kita reformat sendiri. Tak susah nak format handphone ni. Lebih mudah dari kita memformat sebiji komputer. ha ini salah satu cara yang boleh diguna pakai.
- Bila handphone dah tak boleh start, off power.
- Kemudian, tekan tiga butang iaitu butang call, butang 3 dan butang *
- Jangan lepaskan ketiga-tiga butang itu.
- Tekan butang power untuk hidupkan handphone hampa.
- Jangan lepaskan lagi butang 3, butang call dan butang * itu. Tapi butang power mesti dilepas selepas on.
- Tunggu selama 15 ke 20 saat sampai logo jenama telefon itu muncul.
- Apabila dah muncul, lepaskan kesemua butang yang hampa tekan tak lepas-lepas tadi.
- Sekarang, telefon hampa semua dah kembali ke setting asal.
- Mana-mana software yang hampa dok install sebelum ni kira good bye lah.
- Selepas itu, aturkan masa dan tarikh.
- Pilih Malaysia Kuala Lumpur.
- masuk ke bahagian clock kemudian, tekan cursor kanan, selepas itu, tekan option untuk select country dan city.
- Bila dah select, tekan ok.
- Selepas itu, masuk sekali lagi ke bahagian clock dan tekan option.
- Cari satu bahagian yang sebut, use my current city lebih kurang gitulah dan select.
- jawab yes bila ada keluar soalan. maka, setting masa dan tarikh siap.
- Sekarang, bolehlah install balik software yang dah hilang.
- Paling selamat jika software itu diinstall di memory card. Copy balik ke phone saja.
Ha, tulah dia cerita reformat handphone. Boleh try. jangan takut. Ini benda amat remeh. Kita boleh buat sendiri pun.
Dan sebenarnya, ada beberapa cara lagi untuk menjalankan reformat handphone ni. Tapi, Ss lebih suka cara yang di atas. Senang dan mudah.
6 ulasan:
Terima kasih. Ilmu yang berguna ni.
Thanks for the info bro :)
Tak cubakah Kunang-kunang?
Ha, ada cuba tak?
model nokia 3310 boleh pakai ke
YB, boleh.
Catat Ulasan