Soal Jawab: Pelaksanaan PPSMI ganggu Perlembagaan, cendekiawan Melayu tak dipeduli: GapenaPage anggap serampang dua mata mempertingkatkan bahasa saintifik dedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan Pandangan Gapena KENAPA Gapena menentang pelaksanaan PPSMI? Kita menolak dan menentang sejak dulu tetapi tidak mendapat perhatian. Jika tanya saya, memang saya bantah, malah ramai cendekiawan Melayu termasuk yang popular seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi turut menolak pelaksanaannya. Kami yang mewakili pelbagai gabungan dan perwakilan, terkilan kerana tidak pernah dipedulikan. Kami menulis surat kepada kerajaan supaya pandangan dan idea bijak pandai diambil kira. Keputusan (hasil kajian hala tuju pelaksanaan PPSMI) yang bakal dicapai pada akhir tahun ini bukannya untuk zaman kami tetapi generasi akan datang. Kita lihat masyarakat Cina, mereka gunakan kesatuan guru untuk mendapatkan maklum balas atau melalui MCA. Sebaliknya kerajaan langsung tak mahu dekat dengan kami terutama dengan orang yang berfikir. Bagi saya, orang seperti Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Dia (Ungku Aziz) tak minta apa-apa pun. Dia kata, ini (PPSMI) tak menguntungkan bangsa Melayu dan kami pun fikir macam itu. Kita akan sentiasa kalah kalau kita teruskan. Nasib baik budak-budak sekolah tak buat demonstrasi membantah sejak enam tahun dulu. Masyarakat Cina gunakan gagasan guru (Dong Jiao Zong) untuk pertahankan hak mereka dalam isu ini, bagaimana dengan orang Melayu? Keadaan berbeza apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Sebelum itu, guru Melayu sentiasa berhubungan dengan rakyat, penuh pengorbanan dan cita-cita. Sebaliknya pada 1980-an Dr Mahathir mewujudkan golongan perniagaan Melayu dan Umno dikawal oleh teknokrat dan ahli perniagaan. Mereka berfikiran 'cetek' menyebabkan hilang segala idealisme. Mereka kata budayawan macam kami cuma golongan bermimpi, hanya pandai bercakap. Kesulitan Umno sekarang ialah mereka bunuh golongan pemikir. Adakah guru sekarang tidak mempunyai pandangan sendiri (mengenai pelaksanaan PPSMI) atau tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku? Guru dalam perkhidmatan terikat dengan peraturan. Kalau mahukan pandangan mengenai PPSMI, tanyalah guru pencen kerana mereka ada persatuan. Sebenarnya, pada peringkat bawahan, tak ada guru yang sokong. Mereka merana dan kecewa tetapi tidak boleh berbuat apa-apa sebab orang tak mahu dengar pandangan mereka. Kenapa sekarang baru bertindak dan membuat laporan polis? Kita sabar, rendah diri dan ia adalah kemuncak. Disebabkan pandangan kami tidak pernah didengari, kami berasa perlu mengambil tindakan tegas kerana pelaksanaan PPSMI mencabar Perlembagaan. Ada dakwaan guru tidak mencapai standard untuk mengajar mengikut PPSMI dan ia satu faktor kegagalan dalam pengajaran. Apa komen Tan Sri? Kita kena ingat sejarah kemerdekaan 50 tahun, Malaysia harmoni dari segi budaya, kemewahan, kegagahan hinggakan negara jiran terpegun melihat kejayaan kita, itu semua siapa yang buat, semua kerajaan ditunjangi Melayu. Zaman 1960-an di Universiti Malaya, kami jadi 'Red Indian' kerana bilangan terlalu kecil dan bangsa lain mempersoal, memperlekeh bagaimana kami boleh layak masuk universiti. Apabila Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri) ambil alih, beliau tukar banyak perkara dan fokus kepada bahasa, budaya Melayu, itu yang mengubah banyak perkara. Itu yang menimbulkan keyakinan. Bagi saya, 50 tahun kemegahan kemerdekaan adalah atas dasar yang diperkenalkan Tun Razak sejak berpuluh-puluh tahun dulu. Apa rancangan yang pernah dikemukakan kepada kerajaan? Inilah masalah besar. Sepatutnya ada pihak berbincang dengan cendekiawan Melayu. Jangan tanya bangsa lain, jangan hanya bawa isu ini ke Kabinet kerana nak dapatkan sokongan. Akan ada pihak menggunakan peluang ini untuk menghancurkan bahasa, budaya, institusi Raja Melayu, kerajaan Melayu dan apa saja berkaitan Melayu. Saya sendiri pernah hantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk jumpa, bincang soal bangsa Melayu. Kalau Umno fikir mereka parti Melayu, mereka perlu bergabung fikiran dengan Melayu di luar parti macam kami untuk cari idea dan dapatkan pandangan. Adakah Umno juga perlu berubah dan mewujudkan jawatankuasa bagi mempertahankan hak orang Melayu? Saya rasa itu memang patut. Dalam Perlembagaan ada dua usul iaitu agama Islam dan bahasa Melayu. Dalam laporan polis kami, ia merujuk kepada menyentuh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kalau nak buat apa pun, buatlah tetapi jangan kacau Perlembagaan dan bagi kami pelaksanaan PPSMI jelas mengganggu Perlembagaan. Sebab sekarang ini semuanya cuba guna bahasa Inggeris. Kalau kita laksanakan PPSMI, kita mengabaikan budaya Melayu. Padahal kalau bahasa Melayu digunakan di Malaysia, ia masih tidak menyeluruh, contohnya masih ada masyarakat Cina di Ipoh dan Pulau Pinang belum fasih berbahasa Melayu. Masih ramai yang tak gunakan bahasa Melayu dan tak tahu berbahasa Melayu, ada yang tak boleh baca papan tanda jalan dalam bahasa Melayu, inikan pula kalau kita gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di sekolah, kesannya lagi teruk. Bagi kami kalau nak pandai, kami sokong bahasa Inggeris ditingkatkan bagi orang Melayu tetapi orang bukan Melayu patut tingkatkan bahasa Melayu supaya seimbang. Ada dakwaan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gapena menentang dan membuat laporan polis didalangi pihak berkepentingan. Adakah ia benar? Anda sendiri tengok kami di sini, ada dalang ke? Kami katakan Melayu adalah dalang, nak katakan dalang kamilah dalang dan kita bersubahat dengan kawan-kawan yang bersimpati dengan perjuangan kami, itu orang lain tak boleh kata apa. Kalau orang politik nak sokong, kami terima. Masalah penguasaan bahasa Inggeris di luar bandar dikatakan tidak seimbang sekolah bandar. Adakah melalui PPSMI ini, ia boleh dijadikan satu pendekatan baik mencapai matlamat itu? Bukan hanya melalui PPSMI, ada seribu cara dan kami sendiri akan tolong. Kita akan lebih pandaikan budak Melayu melalui cara yang lebih baik. Kalau semua budayawan, cendekiawan Melayu berada di belakang kerajaan, ia akan berjaya. Kita boleh tolong dari segi buah fikiran, macam-macam idea boleh timbul. Pelajar di bandar, ada kelas tambahan, tuisyen, tapi budak kampung nak buat apa. Di bandar, bahasa perbualan harian pun guna bahasa Inggeris tetapi di kampung, keadaan jauh berbeza. Sekarang jelas, budak Melayu dianggap bodoh dan jadi bahan ketawa, kita tengok keputusan peperiksaan. Pencapaian dan keputusan peperiksaan tanpa mengira kaum dipaparkan untuk memperlihatkan prestasi PPSMI, itu tak betul, kena buat ikut kaum. Kalau boleh buktikan 90 peratus Melayu masuk universiti, itu memang bukti baik. Kalau betul (berjaya), universiti akan kembali dikuasai anak Melayu. Ini bukan masalah 30 peratus penguasaan ekonomi tetapi soal pembelajaran. Pandangan Page Apa yang mendorong Page bertindak? Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris. Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara. Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan. Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page? Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus. Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud. Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik? PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan. Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris. Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya. Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris? Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi. Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI? Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif. Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan. Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris. Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama. Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page? Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah. Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid Darjah Satu dan Tingkatan Satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di Tingkatan Satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI. Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap Darjah Lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016. Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri? Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris. Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris? Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu. Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page): Apa yang mendorong Page bertindak? Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris. Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara. Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG Kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan. Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page? Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus. Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik, Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala Bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud. Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik? PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan. Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris. Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya. Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris? Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi. Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI? Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif. Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan. Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris. Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama. Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page? Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah. Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid darjah satu dan tingkatan satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di tingkatan satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI. Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap darjah lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016. Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri? Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris. Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris? Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu. |
Disalin dari sini.
Pendapat Ss: kalau ini perjuangan Gapena, Ss bersetuju dan menyokong. Tapi, bagaimana kes di Pulau Pinang?
12 ulasan:
Aku sebenarnya team-team bahasawan.. aku menghormati mereka. aku cintakan bahasa aku sebagaimana akau cintakan bangsa aku.
Cuma aku tak naklah ada yang menganggap bangsa melayu ni bangsa yang bodoh yang tak reti belajar bahasa inggeris khasnya dalam pelajaran dan pembelajaran matematik dan sains..
Aku nak tanya team-team bahasawan ni, kalau nak bandingkan dengan jepunlah, berapa banyak buku terkini dan 'jargon' saintifik dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu?.
Mereka ni lambat, budak Melayu ni tidak bodoh cuma tidak diberi peluang dan tidak diajar bagaimana hendak merebut peluang?
Cuba tengok si keling ni bukanlah pandai sanagt cakap bahsa inggeris cuma peluang pendedahan telah diberi awal, maka walaupun berbelit-belit mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris.
Walau pun Ss bersetuju dengan pendapat yang mereka berikan melalui artikal ini, tetapi Ss tetap berpendapat, mereka bertindak tidak adil. mengapa mereka mengenepikan Pulau Pinang yang kita dah tau bm dipinggirkan? Kenapakah mereka begitu sekali tidak adil? Walau pun Ss mencintai bahasa kebangsaan, tetapi, Ss tidak akan membantu mereka sebab mereka tak adil.
Saya sentiasa menyokong sains dan matematik di ajar di dalam bahasa Melayu di peringkat awal atau pengajian tinggi sekalipun. Saya yakin dgn kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ILMU.
Saya juga sangat menyokong jika orang Melayu belajar banyak bahasa.
Tetapi, memberi alasan BI dapat ditingkatkan dengan menggunakan ia sebagai bahasa pengantar di sekolah dan IPT2 adalah satu pendapat yang melambangkan kelemahan berfikir yang amat ketara.
salam..
Saya nak tahu apa kes di pulau pinang?
apa kabar saudara..lama tak singgah blog..
isu ppsmi ni saya sendiri berbelah bagi..memang saya sayangkan bahasa tapi pada masa yang sama, cara ini juga baik untuk pertingkatkan bahasa inggeris..
hurmm entahlah..tapi yang pasti, ibu bapalah yang mencorak anaknya endiri..kalau dirumah ibu bapa dok cakap loghat negeri masing masing, masakan anak boleh fasih berbahasa inggeris..fikir fikirlah..
salam..
Kita jangan terperanjat dengan apa yang berlaku di pulau pinang.
Dulu saya pernah ke mekkah. Saya juga terperanjat kerana pihak arab saudi telah menambah perkataan inggeris dan indonesia di setiap papan tandanya di airport jeddah,dan di serata ceruk kawasan ibadah. Kalau nak ikutkan dari segi rasional semangat arab,buat apa nak letak bahasa lain selain dari arab. Tapi kerajaan saudi bijak. Mereka menggunakan rasional Daawah untuk memudahkan ahli ibadat yang berbilang bangsa dan bahasa supaya mudah membaca huruf romawi dan senang melakukan ibadat.
Rasional DAP,mereka buat papan tanda dwi bahasa untuk memudahkan pelancong luar negara yang sudah semestinya dari negara china,taiwan,hong kong dan macau untuk berkunjung ke pulau pinang untuk melancong. Ini namanya rasional pelancongan. Bukan semua negeri pulau pinang termasuk kepala batas ,DAP habis nak tukar papan tanda. Yang mana kawasan pelancongan sahaja. Ironinya untuk memudahkan pelancong.
Macam di melaka, pak ali rustam menggunakan banyak istilah bahsa inggeris untuk memudahkan pelancong membaca setiap papan tanda. Bukankah melaka dan Penang bandaraya bersejarah warisan dunia?
Kalau buat sesuatu tanpa bersebab,nescaya mereka akan di hukum pada pilihanraya akan datang.
Yang penting bagi kita,kalau minat dgn politik,kenalah banyak berjalan dan melihat negeri orang. Baru hati rasa lapang.
maaf tuan / puan sedingin salju..
Terima kasih atas pendapat puteri dan Ss berharap mereka juga dapat memperjuangkan nasib bahasa kebangsaan di Pulau Pinang sekarang yang sedang terumbang-ambing.
Ibarat kata, ditelan mati mak, diluah mati bapaklah YB. Ada betoikah?
Takdak issue bagus untuk diulas. Sebab tu tak mai.
ya, terima kasih Ihya atas pandangan anda.
Salam pemilik blog,
Quote:
PUTERI NAFISAH berkata...
Saya sentiasa menyokong sains dan matematik di ajar di dalam bahasa Melayu di peringkat awal atau pengajian tinggi sekalipun. Saya yakin dgn kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ILMU.
Saya juga sangat menyokong jika orang Melayu belajar banyak bahasa.
Tetapi, memberi alasan BI dapat ditingkatkan dengan menggunakan ia sebagai bahasa pengantar di sekolah dan IPT2 adalah satu pendapat yang melambangkan kelemahan berfikir yang amat ketara.
************************************
Inilah antara punca kekeliruan bilamana ianya diputar belitkan oleh sidurjana politik. Bahasa Melayu masih lagi bahasa pengantar bagi kebanyakan matapelajaran. Hanya matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan sains sahaja(untuk sekolah rendah) yang bahasa penghantarnya dwi bahasa untuk tahap peralihan ini supaya akhirnya bila sudah sebati, barulah bahasa inggeris akan digunakan untuk sabjek-sabjek teknikal.
Bahasa INggeris dlm matematik dan sains bukanlah bahasa bercorak sastera, tetapi bahasa becorak teknologi, kerana bahasa teknologi dunia pada masa sekarang ialah bahasa inggeris. Jika benar-benar mhu berusaha memertabatkan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa teknologi, kita kena beralah dengan menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa teknologi, supaya akhirnya kita berupaya menterjemah jurnal-jurnal berasaskan teknologi yang 99% berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, apabila kita telah mampu untuk mengeluarkan jurnal berkenaan dalam bahasa Melayu. INGATLAH, bahasa inggeris dalam matematik dan sains bukanlah bahasa sastera, tetapi bahasa teknologi.
Janganlah terlalu emosional sehinggakan yang menjadi korban adalah anak-anak kita.
Saya sendiri menggunakan peluang dari internet untuk mencari laman web interaktif yang boleh kita belajar bersama-sma anak-anak kita mengenai asas bahasa inggeris. begitu juga interactive portal for mathematics and science where parent can share fruitful time with their children.
Tak lah berpolitik semedang......
akusayangumno, pendapat yang sungguh bernas.
Tapi masalahnya sekarang, benda ini dah dipolitikkan pulak. jadi, macammanakah cara nak atasi semua ni. Ini yang susah. Sekarang ini, apa yang dirisaukan ialah, mereka yang tidak bertanggungjawab, akan guna issue ini untuk kepentingan politik mereka. Wah, sangat menyusahkan ini macam.
Ha Ihya tulah dia. kan hang dah cakap pasai bahasa. Kan sekarang kat Penang, bm dah kurang digunakan? papan tanda pun dah jadi orang putih dan lain-lain, kenapa Gapena tak perjuangkan nasib di penang ini encik?
Catat Ulasan