Rabu, Mac 04, 2009

Mana boleh main bantai longgok?

Aha, Ss datang lagi.  Dah tengahmalam ni.  Tak apa, ilham dah mai.  jadi, kena tulis sebelum terlupa.  Kalau lupa satni, leceh.

 

Ss biasalah hari-hari pi baca blog.  macam-macam blog.  Seronok pun ada, nak tergelak pun ada, nak marah pun ada.

 

Nilah nak bagi syarahan sikit kat bloggers kita ni.  Adalah beberapa bloggers kita ni, dia suka main bantai longgok.  Permainan bantai longgok ni bahaya oi.  Boleh buat orang sakit hati.  Tak elok sangat.

 

Contohnya, kes si Kapai ni dok maki pemuda Umno celaka.  nampak ada kecenderungan dok perlekeh benggali.  Tak boleh lagu tu.  Kalau dia maki orang, kira dengan dia sudah.  Bukan semua benggali jahat.  Banyak benggali atau singh yang baik.  Ss pun ada kawan dari orang singh jugak.  Ibarat kita beli pisang satu tandanlah, takkan nak buang kesemua pisang tu pasai busuk sebiji dua?  Tu kan kerja gila tu?

 

Satu lagi pasai kes speaker Siva Kumar nak cari pasal.  Awatlah pi panggil hindulah, parialah, dia cap habeh semua orang india kat Malaysia.  yalah yang dia perli ni kat hindu sorang ni.  Tapi, dek kerana dia bantai longgok dengan memanggil hindu tu dengan panggilan yang tak elok, keseluruhan india akan terasa.  Niat tu ok tapi cara tu dah tersasar.

 

Tak boleh, bukan semua india itu jahat.  Ss percaya, tuhan menciptakan sesuatu bangsa itu untuk kita berkenal-kenalan antara satu sama lain dan bukan untuk dihina kecuali yahudi.

 

Ni kita dok marah kat Pak Lah pasai Pak Lah ni terlalu terbuka sampai pembangkang jadi kadok naik junjung.  Tapi tanpa disedari, kita pun ikut jugak cara Pak Lah yang terlalu terbuka tu.  Awat taknya, bila tulis sesuatu artikal di blog, anounymous pun boleh hantar komen.  Bila yang tanpa nama ni hantar komen, dimarahnya pulak orang tu pengecut dan takdak telok.  Apa jenis manusia ni pun Ss tak taulah.

 

Kita kata, masa TDM dulu aman saja.  Yalah, tak bebas macam zaman Pak lah.  Tapi kenapa kita tak ikut cara TDM dalam blog?  SS memang ikut cara TDM.  SS takkan bagi anounymous hantar komen.  Siapa nak hantar komen, mesti ada google i d.  Itu yang TDM buat masa pemerintahannya.

 

Kita dah tau PR tu memang tak bertamadun.  Suka dok maki orang, dok peleceh orang dan macam-macam dalam blog.  Yang kita ni dok terikut-ikut cara depa tu pasai apa?  Biar blog kita tu ada tamadun.  kalau nak buat kerja tak bertamadun, pi buat kat rumah depa.  Rumah kita, kita hias cantik-cantik.  Sebabnya, kita ni, bertamadun tinggi.

 

Oleh itu, Ss harapkan, janganlah dok main bantai longgok saja.  Ingat, kalau mengaku orang BN, ini bukan cara BN.  Cara BN adalah bertolak-ansur dan mencari jalan penyelesaian.  Dan bukannya seperti PR yang dengan semborono meletakkan semua amalan yang tidak sihat itu pada BN.  macamlah mereka tu maksum dan dilindungi oleh malaikat.  Kalau nak marah pun, marahlah pada PR yang memang patut dimarah malah lebih dari itu.  Ingatlah, mereka segelintir kecil golongan cina, india dan melayu ini, telah menghuru-harakan negara.  Masih ada lagi cina, melayu, india, singh dan lain-lain yang mahukan keamanan dan faham akan sejarah melayu dan Malaysia.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bang, bahasa apa ni, bang oops, ?

SS itu apa bang, sangat sayang, atau syok sendiri.

Saya nak gunakan Ss gak. Boleh tak.

Tai berkata...

Encik, Ss itu singkatan bagi Sedingin Salju.

blogresipi.com berkata...

Saudara SS,
Peringatan dari saudara wajar dijadikan panduan kepada semua bloggers. Hanya peradaban dapat melonjak tamadun.

blogresipi.com berkata...

Betul cakap SS. Hanya peradaban dapat melonjak tamadun.

Tai berkata...

Terima kasih kunang-kunang.

Islam Tanpa Sempadan berkata...

SAYA BERSETUJU DENGAN POSTING SAUDARA..

ADALAH AMAT BAHAYA PERBUATAN TIBAI LONGGOK NI..

HANYA KERANA SORANG BENGGALI, CINA, INDIA, MELAYU ATAU LAIN2, HABIS SELURUH BANGSANYA KITA MAKI DAN MARAH..

PATUTNYA HANYA PADA INDIVIDU TERSEBUT, BUKAN PADA BANGSANYA..

SAYA MENYOKONG SAUDARA SEDINGIN SALJU!

Tai berkata...

ya betul tu Bangsa malaysia. mereka yang buat kacau ni, tidaklah mewakili seluruh bangsa mereka. kalau nak marah, marah pada mereka sahaja. islam juga tidak pernah ajar umatnya untuk bantai longgok saja. Ingat, sebenarnya, tanpa disedari, kita telah menyahut usaha DSAI untuk memecah-belahkan perpaduan kita sesama sendiri. Di sebalik itu kita suruh orang jangan ikut telunjuk DSAI. Ni apa ni?

Biarlah pembangkang dengan cara tidak bertamadunnya, tapi kita, buatlah cara kita. Tanpa disedari, penulis blog juga menyebabkan BN lebih tersisih dengan provokasi bantai longgok ini. Kita punyalah dok dedah keburukan pembangkang, tapi kita kadang ikut jugak cara mereka malah lebih dari itu rasanya.





Arkit blog