Jumaat, Mac 13, 2009

Cara orang buta mengesan sesuatu

Aha, tengahmalam ni, hujan renyai-renyai.  Tak lebatlah tu no?  Jadi, kita biarkanlah hujan itu menurunkan dirinya di luar.  Ok ni ada cerita.

 

ha, tentu ada yang tertanya-tanya, macammana orang buta dapat tau siapa di depan mereka.  Oh, itu cerita senang.  Ha, ni Ss nak bercerita.  Ada beberapa kaedah orang buta mengecam seseorang.

 

1.  Cara berjalan.

Setiap orang ni, ada cara berjalannya yang tersendiri.  Tidak ada siapa yang boleh meniru cara jalan orang.  Memang tak boleh.

 

2.  Kasut.

kasut juga penting.  Dia pakai kasut dan cara jalannya juga sudah berbeza.

 

3.  Bau badan.

Setiap orang, punya bau badan yang tersendiri.

 

4.  Perfium untuk perempuan.

Ok, perempuan ni, suka pakai perfium.  Contohnya, Mawar Berduri pakai Perfium A, Bunga Raya perfium B dan Shasha 2020 Perfium C.  Masing-masing ada perfium sendiri punya.  Begitu juga dengan bedak.  Dan kadangkala, gelang kaki.

 

5.  Tangan.

Setiap orang ni, tangannya berbeza.  Ada yang kurus, gemuk dan hanya tulang pun ada jugak.  jadi, senang.

 

Kesemua kaedah di atas ini akan dapat diamalkan jika seseorang itu, dah lama dikenali.  Kalau baru dikenali, tak boleh sangat.

3 ulasan:

amirul berkata...

Salam Sejahtera Ss,
Oh begitu rupanya org buta mengesan org ye? Tima kasih berkongsi... Layout baru ke?

PAPA GOMO berkata...

SALAM BRO...
BETUL LAH APA YANG ADA KATA.
KAWAN SETUJU SANGAT!!!

SO MACAM MANA KITA NAK KENAL RAKAN KITA MAKA BEGITU LAH JUGA!!!

HE HE HE ....

BILA LEH JUMPA LU BRO???

Tai berkata...

ya Amirul, itulah cara orang buta. Itu antara beberapa cara.

Haha, kena tukak lay-out sikit.





Arkit blog