Jumaat, Mac 13, 2009

Sedikit cerita telefon

Aha, Ss nak cerita sedikitlah tentang HP ni.  Kepada pengguna Celcom, macammana hampa check bill atau baki wang?  Ok, ikut langkah di bawah.

 

  • dail * diikuti dengan 118 dan tekan butang hash.
  • Selepas itu, akan muncul pilihan.
  • Tekan nombor untuk my bill.  Lazimnya 9.
  • untuk aktifkan, mula-mula tekan option dan 9, kemudian, tekan call button.
  • Selepas itu, anda akan diberitahu bahawa mesej telah berjaya dihantar.
  • Tekan key exit.
  • Selepas itu, satu sms akan dihantar oleh pihak Celcom.
  • Di dalam itulah akan tercatat segala bill dan baki wang anda.

Senang kan?

 

Tahukah anda cara nak setting e-mel dalam hp?  masuk ke bahagian e-mel dan ikut segala arahan.  Ingat ya, hanya e-mel yang ada pop3 service sahaja yang boleh disetkan ke dalam hp anda.

 

Tahukah hampa semua bahawasanya dalam telefon hp kita ni, ada juga A drive, C, D E dan Z drive?  Ok, pada dasarnya, kita tak dapat nak masuk ke dalam drive tersebut.  Tetapi, ada satu program yang dapat membolehkan kita memasuki drive-drive yang disebutkan tadi.  Nama program itu ialah F-explorer.  F-explorer ini bergantung pada jenis telefon anda.  jadi, jangan sebarang ambil program itu.  kalau tak sesuai dengan jenis telefon, tak boleh install.

 

Adakah hampa semua back-up nombor telefon yang anda simpan di hp?  Seeloknya, copy satu salinan ke memory card.  Begitu juga dengan program yang diinstall ke hp anda.  Copy file installer itu ke memory card.  Ini kerana, apabila hp itu direformat, kita hanya jalankan installer itu dari memory card untuk installnya ke hp dan copy semua nombor telefon yang kita simpan di memory card itu ke memory phone kita semula.  jadi, taklah banyak kerja.  Ss dapati, ramai yang tak buat begitu.  Yang mereka buat, copy segala barang yang langsung tak berfaedah seperti lagu mp3 ke memory card.

 

Masa proses installation, ada kan pilihan sama ada nak install ke memory card atau phone?  Ya, ok ini bagus.

 

Kalau anda install ke memory card, bila hp kena reformat, barang yang diinstall ke memory card tu boleh terus dipakai.  Tapi, bila diinstall ke memory phone, bila dah reformat, semua hilang.  Jadi itu terpulang pada masing-masinglah.

 

Ok setakat itu dulu.  Kilat dah start.

4 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

ni panduan untuk tepon canggih..untuk tepon old skool xde ke saudara hehehe

blogresipi.com berkata...

Terima kasih atas maklumat tentang ICT ni. Boleh jadi panduan yang berguna.

Jumayatara berkata...

Terima Kasih. Info yang berguna. Ada info iphone 3g? Berkenan benor teman, sedang kumpul dana sambil tunggu harga jatuh.

Say No to "Oral Sex".Respect your Wife.

Tai berkata...

Kalau tentang memory card tu, yang tak ada memory card, tak boleh buatlah.





Arkit blog