SEBAGAI seorang OKU, pewartaan Akta OKU 2008 tentunya terus membuahkan pengharapan. Akta yang memperuntukkan hak di di sisi undang-undang kepada OKU tersebut terus mendatangkan sinar harapan kepada OKU untukmenikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Bukan sekadar OKU, ibu/bapa OKU adalah antara insan yang lebih-lebih lagi terkesan dengan penggubalan Akta tersebut.
Di sebalik penggubalan Akta tersebut, kedapatan juga halangan-halangan yang terpaksa dilalui ke arah pelaksanaannya. Karenah birokrasi antara jabatan dalam sesebuah kementerian dan kurangnya intigriti rantaian antara kementerian-kementerian dalam menyediakan hak-hak kepada OKU telah dikenalpasti dalam memberi kesan penguatkuasaan Akta ini.
Sebagai seorang yang mendokong kerajaan pilihan rakyat, saya ingin melihat yang terbaik dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Justeru pelbagai saluran perlulah dimanfaatkan bagi menggerakkan agensi-agensi yang terlibat agar kewibawaan kerajaan yang ada tidak mudah dipersenda di mana-mana peringkat.
Bagi tujuan iut, kesepakatan telah dicapai di kalangan sekumpulan peguam-peguam hak asasi untuk turut sama membantu OKU dalam menagih hak di sisi undang-undang yang ada. Namun begitu, tindakan somborono bukanlah pilihan yang bijaksana melainkan perlu diatur agar saluran yang ada benar-benar menghasilkan apa yang dimatlamatkan.
Kepada OKU yang terjejas natijah dari kegagalan mendapatkan hak-hak yang sepatutnya sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, akses ke tempat-tempat awam atau lain-lainnya, bolehlah memberi maklumat-maklumat berkaitan terus kepada saya melalui blog ini atau emailkan kepada mfcy76@gmail.com.
Selain itu, saya bersedia untuk memberi penerangan lebih lanjut berkaitan apa yang dipaparkan di sini. Semoga usaha ini sedikit sebanyak menambah sinar kepada OKU yang selama ini terus mencari sinar cahaya tanpa jemu. – 11 Rabi'ul Awal 1430H.
Disalin dari sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan