Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah  oleh Herald Catholic dalam terbitan  bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk  renungan bersama. Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986  melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu  Allah, solat, Baitullah dan Kaabah. Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa  perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat  Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut  kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan  bahan cetak mereka? Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada  perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di  dalam kitab Bible. Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya  amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak  Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak  Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus"  atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible  berbahasa Inggeris. Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul  bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa  asal kitab suci al-Quran ialah Arab. Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi  pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa  Greek digunakan untuk Injil. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima  sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih  mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang  kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini. Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang  digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek  pula? Sekiranya Herald  Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin  kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul. Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah  Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan  menerusi Perjanjian Baru,  dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46  yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring:  "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau  tinggalkan aku?") Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos.  Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang  Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah  Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai  Tintheos. Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua  bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah  Allah. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi  alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah  Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab. Bible versi Arab ini tidak dikenali  sebagai Holy Bible tetapi lebih  dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan  Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa  kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah  keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang  menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman  Keesaan Tuhan. Fahaman ini jauh berbeza dengan  fahaman Trinity atau "Tiga Dalam  Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang. Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan  mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan  Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian  Unity (mengakui satu Tuhan). Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa  kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana  kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada  terjemahan God dalam Bible  sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord. Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah  bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya  antara Allah dan Tuhan dalam Kristian? Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah  Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah  adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk  kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang  menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai  Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa." Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk  kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah  semata-mata. Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan  bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada  Jesus. Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil  paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula  merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St.  Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus  menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah  (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu." Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka  yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di  atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut  merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah  seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang  menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku,  sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan  katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan  Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu." Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang  Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah  Allah. Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia  melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan  masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang  mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah. Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini  yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh  tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan  huru-hara. sumber asal : klik sini dan sini Ulasan Panglima  :Diharap artikel ini dapat disebar luaskan oleh semua  sahabat sahabat BPN demi mendesak agar kerajaan  menarik balik kebenaran  penggunaan kalimah Allah yang diberi kepada Penganut  Kristian. Di bawah ialah draf cadangan Resolusi isu Kalimah Allah  yang akan dibuka sekarang jam 6.30 pm 28 Feb 2009 kepada pindaan/cadangan/komen  semua ahli BPN sebelum ditutup jam 8 pagi esok  .  Jika tidak ada apa apa maka ia akan menjadi resolusi ke  4/2009 BPN dan akan disebarkan oleh semua sahabat  kita... Draf Cadangan : Resolusi 4 /  2009  Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam  Sahaja di Malaysia   1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik  balik oleh Kerajaan  2.BPN mencadangkan  penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media   3.BPN merasakan  sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum  ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun  ia jelas melanggar perlembagaan negara kita. 4. BPN memohon  perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa  mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan   5. BPN juga akan  memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja  samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan  dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi  mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari  rakyat  Yang  benar, Blogger Pembela  Negara Disedia oleh  :  Panglima Perang  Cyber YDP   BPN  Tarikh : Ahad 28  Feb 2009 Jan 6.30  pm   
                        
       PENULIS ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut  Kefahaman Islam Malaysia. 
 
 
Isnin, Mac 02, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkit blog
- 
► 
2008
            (244)
          
- Januari (32)
 
- Februari (20)
 
- Mac (10)
 
- April (21)
 
- Mei (16)
 
- Jun (10)
 
- Julai (8)
 
- Ogos (8)
 
- September (16)
 
- Oktober (36)
 
- November (34)
 
- Disember (33)
 
 
- 
▼ 
2009
            (259)
          
- Januari (28)
 
- Februari (58)
 
- Mac (55)
 
- April (29)
 
- Mei (17)
 
- Jun (20)
 
- Julai (14)
 
- Ogos (13)
 
- September (8)
 
- Oktober (7)
 
- November (8)
 
- Disember (2)
 
 
- 
► 
2010
            (66)
          
- Januari (5)
 
- Februari (2)
 
- Mac (1)
 
- April (13)
 
- Mei (4)
 
- Jun (2)
 
- Julai (2)
 
- Ogos (2)
 
- September (12)
 
- Oktober (3)
 
- November (20)
 
 
- 
► 
2014
            (40)
          
- April (1)
 
- Mei (5)
 
- Jun (5)
 
- Julai (3)
 
- Ogos (3)
 
- September (7)
 
- Oktober (5)
 
- November (6)
 
- Disember (5)
 
 
- 
► 
2015
            (33)
          
- Januari (2)
 
- Februari (3)
 
- Mac (2)
 
- April (6)
 
- Mei (5)
 
- Jun (5)
 
- Julai (4)
 
- Ogos (1)
 
- Oktober (2)
 
- November (1)
 
- Disember (2)
 
 
- 
► 
2017
            (51)
          
- Januari (4)
 
- Februari (7)
 
- Mac (8)
 
- April (6)
 
- Mei (5)
 
- Jun (1)
 
- Julai (3)
 
- Ogos (3)
 
- September (4)
 
- November (6)
 
- Disember (4)
 
 
- 
► 
2018
            (43)
          
- Januari (6)
 
- Februari (2)
 
- Mac (4)
 
- April (5)
 
- Mei (2)
 
- Jun (4)
 
- Julai (4)
 
- Ogos (8)
 
- September (1)
 
- November (4)
 
- Disember (3)
 
 
- 
► 
2019
            (45)
          
- Januari (4)
 
- Februari (7)
 
- Mac (2)
 
- April (4)
 
- Mei (6)
 
- Jun (2)
 
- Julai (6)
 
- Ogos (6)
 
- September (2)
 
- Oktober (1)
 
- November (4)
 
- Disember (1)
 
 
- 
► 
2020
            (33)
          
- Januari (2)
 
- Februari (4)
 
- Mac (2)
 
- Julai (3)
 
- Ogos (3)
 
- September (4)
 
- Oktober (8)
 
- November (4)
 
- Disember (3)
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan