Selamat malam. Ss mai lagi di kala hujan renyai-renyai sedang menurunkan diri di luar sana. Dah 12:00 tengahmalam dah.
Teringat Ss pada kawan Ss Raja Rohaniza. Ss kenal dia masa form 4 dulu. Masa tu ada matapelajaran agama. Seperti biasa, Ss dan kawan Ss duduk di barisan depan. Kami bercadang nak ambik agama untuk SPM tapi tak dapat.
“Ah, nak berkenalan no?” Tiba-tiba seorang pelajar perempuan menyapa kami berdua. “Bolehkah?” Dia bertanya. “Oh boleh.” jawab Ss dan rakan Ss. “nama saya Raja Rohaniza.” “Panggil Raja sahaja.” Beliau memperkenalkan diri. Maka kami pun perkenalkanlah diri kami. Dan sejak dari itu, bermulalah persahabatan antara kami dan Raja Rohaniza binti Awang. Dia tinggal di Jalan Perak. Sekarang tak tahulah dah pindahkah belum tu.
Raja memang mesra dengan kami. Entah macammana Ss dan rakan Ss boleh panggil dia anak awang. Apabila berjumpa kami, pasti ditegurnya kami. “Nah gula-gula.” Dia bagi kami gula-gula pada suatu hari.
Dia tu gemuk. Tangan dia tu, lembut saja. Dan, dia amat rajin menolong kami. Kadang, dia akan datang dan berbual-bual dengan kami. Dia akan tegur kami walau di mana dia jumpa kami.
Apabila tamat sekolah, Ss telah terputus hubungan dengannya sehinggalah beberapa tahun lalu di mana Ss telah berjaya hubungi dia semula. Dia beritahu dia kerja kilang dan pernah ke U.s kkursus. Kemudian, sehingga sekarang, Ss telah terputus hubungan kembali.
Harap Ss dapatlah berhubung semula dengan Raja Rohaniza binti Awang kembali. Ayahnya meninggal masa dia form 5. Ss tidak tahu sama ada, dia masih menetap di 204 jalan Perak, Pulau Pinang atau pun dah pindah.
2 ulasan:
Eloklah, persahabatan yang terputus ditaut kembali.
Yalah Kunang-kunang. harap dapat jumpa dia semula.
Catat Ulasan