Khamis, Mac 05, 2009

Orang buta kuat makan.

Sebut pasal makan, semua orang nak makan.  Ss tak makan, matilah jawabnya encik oiii.  Ni cerita orang buta kuat makan.  Ss pun kuat makan jugak.

 

Ada seorang buta ni, dia sekali boleh minum lima jug milo.  Lima jug, bukan lima cawan.  Wah!  Ss terkedu bila mendengar cerita ni.  Teman Ss berkata, mereka sendiri pun terkejut.  macammana dia boleh hentam sampai lima jug ni.

 

Semasa Ss ke Kl tahun lepas, Ss singgah di sebuah warung makan roti canai kat Brickfields.  nak makanlah kalau tak, tak maulah Ss singgah.

 

Penjual warung tu beritahu, ada sorang buta tu, dia hantam sampai 20 biji capati.  Mak oii, tak kuasa Ss.  macammanalah orang ni makan?  orangkah, apa ni?  “Amboi, kuat makan o dia!”  Beritahu penjual tu.

 

Ha, ni sorang lagi.  Dia ni teman Ss yang tak rapatlah.  Dia boleh hantam 10 biji roti canai dan 10 biji mertabak.  Mak oii, takut Ss mendengarnya. Satu periuk laksa juga boleh habis dikerjakannya.  Milo pun minum pakai jug juga.  Amboi depa ni.

 

Ada lagi sorang buta tu, dia satu kali, boleh hantam 12 tin air Coca Cola.  Mak oii.  Tulah punca segala penyakit ni.  hey, takut Ss.

 

Ha, dulu pun, Ss kuat makan jugak.  Ss boleh habiskan setengah biji tembikai, roti canai boleh sampai lapan ke 10 biji, mi segera sekali lima bungkus, nasi lemak 12 bungkus, twistis tu boleh 10 bungkus.  Itu dululah masa remaja, sekarang tak berani o!

 

Tentu ada yang berkata, mereka yang kuat makan ni, mesti kena penyakit.  Ha ya betul.  Mereka ni dah memang ada penyakit.  kencing manis, darah tinggi, jantung dan ada yang dah jalan pun.  Bayangkanlah cara depa makan.  Ss sempat ubah cara pemakanan sebelum terlambat.

 

Tapi kan, orang buta ni, tak suka makan sayur.  kebanyakannyalah.  masa Ss di St.  Nicholas dulu, siapa-siapa yang housemother nampak buang sayur, ha, siaplah kena jolok sayur tu dalam mulut.

 

Dulu, Ss tak suka makan terung.  Tapi sekarang, semua sayur Ss bantai kecuali petai.

 

Itulah cerita kali ni.

6 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM...BIAR BENAR MAKAN CAM TU SEKALI???
PERGH INI MACAM PUN KIRA OK LAH..
MAKAN UNTUK HIDUP...
BIAR APA PUN KITA MAKAN MESTI KENA MAKAN.....

Tanpa Nama berkata...

Salam SS,
wow saya 3 keping roti canai pun tak larat.
haha jaga makan, jaga kesihatan hehe..

Tai berkata...

ya GOMO, depa makan cam tu. Ini, bukan makan untuk hidup ni, ini, makan untuk cepat jalan.

Tai berkata...

ya Kumbang, sekarang pun, Ss boleh takat dua setengah ke tiga keping saja. Tak berani nak makan kuat sekarang. Dalam tahun ni saja, Dalam tempoh masa dua bulan setengah ni, dah hampir 10 orang buta meninggal akibat sakit jantung dan pinggang. Ni semua gara-gara makan yang terlampau.

Anak Bapak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tai berkata...

Terima kasih anak bapak.





Arkit blog