Khamis, Julai 09, 2009

PPSMI dimansuh

Salam sejahtera.  Dah lama Ss tak menulis.  maklumlah, sibuk sikit.  Cerita pun setakat bahagian dua saja.  Bahagian tiga, belum lagi ditulis.

 

Pada petang semalam, 8 Julai, TPM yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan pemansuhan PPSMI yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012.

 

Ss pernah memberitahu bahawa, Ss menyokong perlaksanaan PPSMI.  Tetapi, apabila mendengar penerangan Menteri mengapa PPSMI ini harus dimansuhkan, Ss menerimanya dengan penuh sedar dan hati terbuka.

 

Ya benar, demi untuk anak-anak kita.  Dan juga, demi memertabatkan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.  Tahniah kerana telah mengambil tindakan yang amat-amat berani ini.

 

Dan ini bukan kerana desakan pembangkang menteri kata.  Baguslah tu.  Biar kita buat kerja kita, orang lain hanya tau berkokok saja.  Kerjanya habuk tarak.

0 ulasan:





Arkit blog