Jumaat, Julai 03, 2009

Wanita mengadu diraba OKU




p/s OKU ni memang tak sedar diri, dah orang bantu dia ada hati nak raba orang pulak. Tetapi yalah kita tahukan OKU pun ada nafsu jugak. Tetapi patutnya sedarlah diri tu. Janganlah buat kerja-kerja gila yang memalukan kaum OKU jugak.

Harian Metro

KUALA TERENGGANU: Tangan kirinya cacat, matanya juling dan dia juga tempang tetapi kecacatan lelaki ini bukan satu penghalang untuk dia mencabul kehormatan seorang wanita yang bersimpati dengan keadaannya.

Dalam kejadian di sebuah kedai kain di Bukit Payong pada 5 petang Ahad lalu, lelaki berusia dalam 40an itu, didakwa meraba wanita berusia 23 tahun itu walaupun selepas wanita itu memberikannya derma, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan.

"Lelaki itu membawa kad bukti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kecacatannya dan kerana bersimpati, wanita itu memberi derma RM5 dan sanggup pula duduk berhampirannya untuk bersembang," katanya di sini hari ini.

0 ulasan:





Arkit blog