Selasa, Ogos 18, 2009

Apa ada pada KL?

haha, best o tajuk dia.
 
Ramai orang buta ni, sikit-sikit KL.  Sikit-sikit KL.  Bila aku habis sekolah, pertama-tama aku disuruh ke KL.  "KL baru boleh dapat kerja."  "Kat KL semua kawan ada."  Itulah dua alasan yang sempat aku senaraikan.  Sebenarnya, ada banyak lagi alasan yang depa bagi.
 
Bagi aku, apa ada pada KL?  KL sama saja dengan tempat-tempat lain.  Sebab itu, bila aku disuruh ke KL, akan aku tanya pada mereka.  "Bolehkah awak jamin saya terus dapat kerja bila sampai ke sana?"  "Tahukah hang bahawa sara hidup KL tu tinggi?"  Itu adalah dua persoalan yang tak mampu dijawab oleh mereka.
 
Hanya orang buta ego saja yang akan terpengaruh dan terjun ke KL.  Mereka ni malu jika dikata duduk di bawah ketiak ibubapa, bergantung pada keluarga sepenuh masa, tak mau berdikari dan pelbagai lagi alasan-alasan ego serta gila yang telah si buta lemparkan pada rakan-rakan mereka jika mereka dapati rakan-rakan mereka tidak mahu mengikut mereka ke KL.  Bagi aku, aku takkan ke KL.  Tak perlu.  Tak semestinya, boleh mati kalau tak ke KL.
 
Bila mereka yang terpengaruh ni dah ke KL, ha, mulalah lupa daratan.  Ego, sombong.  Sudahlah kerja pun tak dapat, dah jadi peminta sedekah pulak.  Tadah tangan kat mana tempat yang perlu.  Selepas tu, untuk mengelak malu, mulalah nak kuat temberang.  Ceritalah kononnya, dia tu hebat.  Buka perniagaan itu dan ini.  Walhal, haram satu apa pun dia tak bukak.  jadi peminta sedekah saja.
 
Yang lebih dahsyatnya tu, lupa daratan.  Ada yang tak mengaku dah dia asal negeri mana.  Sanggup kalau dapat, buang loghat negerinya tu.  Bila orang negeri dia datang bercakap dengannya pakai loghat negerinya, wah, buat-buat tak faham.  Lepas tu, jadi berlagak, cakap dengan orang, pakai loghat KL.  katanya, baru standard.  Standard kepala hotak hang standard.
 
Pada aku, tak payahlah datang KL jika sekiranya ia tidak menjamin kita untuk mendapatkan apa yang kita cari dan hendakkan.  Tak semestinya, KL itu lubuk tempat untuk kita memuaskan nafsu serakah kita.  Bagi aku, lebih baik duduk negeri sendiri daripada ke tempat orang yang kadang-kadang, kita jadi lebih teruk daripada sebelum kita ke situ.  Biarlah apa orang nak kata, itu aku tak peduli.  Orang hanya pandai berkata-kata.
 

2 ulasan:

sutera putih bertukar pink,,, berkata...

betui3,,,
pandaiiii...

Tai berkata...

Bukanlah nak bangga, tapi ini adalah pengalaman sendiri.





Arkit blog