Jumaat, Ogos 21, 2009

KL 2009 siri 3

Ok, kita sambung lagi cerita KL 2009 ini.

 

Sabtu 30 Jun.  Aku terjaga kira-kira jam 6:30 pagi.  Seperti biasalah, pagi itu amat sejuk dek kerana penghawa dingin dibuka sepanjang malam.  Nasib baiklah ada pakai jacket.

 

Setelah berehat sebentar katil, maka seperti biasalah rutin pagi dimulakan dengan pergi mandi, gosok gigi dan berak.  Itu dah mestilah.

 

Selepas kami dah bersiap-siap, kami berehat lagi.  Pukul 9:00 pagi, aku akan ke rumah kak Rosnah.  Abang Sharif datang bawa.  Sementara Ah Hong akan pergi berjumpa kawannya.

 

jam 9:00 pagi, kami pun turunlah dari bilik hotel.  Masa tu, abang Sharif masih lagi belum sampai.  Ah Hong telah bergerak ke kedai makan.  Dia kata, dia nak makan sarapan pagi.  Sementara aku pula, menunggu di depan pintu hotel.

 

Sedang aku menunggu, tiba-tiba telefon berdering.  Aku menjawabnya.  “Hello.”  “Khai Eong, aku nak mintak hang tolong hantaq e-mel ni.”  Kedengaran suara Fadzlin Hiezrie di hujung talian.  “Ha, aku nak ke rumah kak Rosnah.”  Aku memberitahu Fadzlin Hiezrie.

 

“Oh kalau lagu tu, nanti, hang tolong hantaq e-mel kat semua.”  Fadzlin Hiezrie berpesan.  “Apa pasai pulak?”  Aku bertanya.  “hang tau kan, petang ni ada open sorce punya confrence tu?”  “Ok hang hantaq e-mel, bagi tau bahawa orang tu dah tersekat.”  “Ni MCMC yang habaq.”  Terang Fadzlin Hiezrie panjang lebar.  “Dia sangkut kat mana?”  Aku bertanya ingin tahu.  “Aku pun dah tak berapa ingatlah Khai Eong.”  “Tapi tak apalah, satni bila hang dah sampai ke rumah kak Ros, hang hantaq e-mel kat semua no?”  Fadzlin Hiezrie berpesan.  “Ha ok.”  Aku menjawab.  Talian diputuskan.

 

“Apa macam?”  “Ada baikkah?”  Tiba-tiba abang Sharif muncul dan bertanya khabar dalam loghat benggali.  Kami terus berjalan.  kami menuju ke stesen LRT.  Yalah, nak naik LRT.  Pagi itu, cuaca mendung sahaja.  macam nak hujan, tetapi sebenarnya, jerubu.

 

Agak lama juga kami menunggu LRT.  Telefon abang Sharif pun berdering.  “Ni tentu kak Rosnah sibuk calling ni.”  Aku berkata dalam hati.  ha, betul aku mengagak.  kak Rosnah yang menelefon.  Dia ingin tahu di mana kami sekarang.

 

Dan tidak lama kemudian, LRT muncul.  kami naik.  Pagi itu dalamnya sunyi.  Yalah, mungkin dah lewat pagi dah.

 

Apabila kami turun di stesen Hang Tuah, kami berjalan kaki.  Abang Sharif singgah di sebuah gerai untuk membeli cucur udang yang telah aku pesan semalam.  Yalah, kak Ros kata, tak sempat nak buat sebab abang Sharif terlupa nak beli tepung.  Jadi, kenalah beli nampak gayanya.

 

Selepas membeli, kami terus berjalan menuju ke rumah.  Suasana agak sedikit sibuk pada pagi itu.  Cuaca sudah mula panas.

 

Dan tidak lama kemudian, kami sampai di rumah.  Dan sesampainya di rumah, aku pun menelefon kawanku Tan Boon Kiat.  Yalah, nak beritahu tentang pembatalan ceramah sumber terbuka internet tu.

 

“Hello,” kedengaran suara parau di hujung talian.  Suara seperti orang baru bangun tidur.  “Ha Boon Kiat,” aku menegur.  “Woy, ada apa woy?”  Boon Kiat bertanya.  “Woy Boon Kiat, hang bagi tau kat kawan-kawan, open sorce punya program petang ni batal tau?”  Aku berpesan.  “ha, apa pasal batal ha?”  Boon Kiat bertanya ingin tahu.  “Tak tau o tapi Fadzlin kata, orang yang nak bagi ceramah tu tersangkut.”  Terangku.  “Sangkut kat mana wey?”  Boon Kiat bertanya lagi macam wartawan akhbar The Star.  “Ha, itu aku tak tau o.”  Jawabku rengkas.  “Ok lah, nanti hang bagi tau kawan-kawanlah, aku malaslah nak hantar e-mel.”  Beritahuku.  “Ok ok.”  Boon Kiat menjawab pendek saja.  Talian telefon pun diputuskan.

 

Selepas berehat beberapa minit, aku pun mulalah memproses komputer kak Rosnah yang dia kata itu hilang dan ini hilang tu.

 

Periksa punya periksa, ok saja pun.  Apa yang hilang?  Tak ada pun yang hilang.  Akhirnya, aku buka skype dan berbual dengan Barnabas dan Cornelius.  Yalah, elok saja komputer dia tu.  Tidak ada yang rosak.  Dan, kesimpulan yang boleh aku buat ialah, kak Ros kendalikan komputer secara panik.

 

Selepas tiada apa-apa kerosakan yang dikesan, maka aku pun menggunakan I D skype aku untuk bersembang-sembang dengan Barnabas dan juga Cornelius.  Hari itu pun Sabtu, jadi, sudah tentulah mereka ada di rumah.

 

Jemput-jemput yang dibeli tadi sudah habis dimakan.  Tak sedap sangat kalau beli.  Sebabnya, sejuk dah, dia akan berminyak.  nasib baiklah boleh habis.  Kalau tidak, buat rugi saja.

 

periksa sudah, makan sudah, sembang pun sudah.  Dan kini, tibalah giliran makan tengahari.  Abang Sharif telah pergi turun bawah untuk membeli kari ayam.  Sementara aku, kini menggunakan I D skype kak Ros untuk online.  Sebabnya, aku nak tengok, kali ini, siapa yang akan terkena.

 

Wah cantik.  perancangan berjaya.  Ada orang sudah masuk perangkap.  Beliau ialah Rasa Sayang.  Sudah ok ni, orang pertama masuk perangkap.  Orang lain, memang takkan terkena sebab mereka dah tau cara aku.  Tak ada orang akan buat benda pelik-pelik selain aku.  Jadi, apabila skype rakan mereka sudah jadi pelik dan satu macam, mereka memang tak layan punya.  Sebab mereka tau dah, tu dah sah aku.  Kalau mereka was-was, mereka akan hubungi rakan mereka untuk mendapatkan pengesahan.

 

“Assalamualaikum.”  Bicara dimulakan oleh beliau.  “Ha,” aku menjawab.  “Tak kerja hari ni?”  Tanya beliau.  Aku tak layan sebab tengah explore sesuatu di komputer.  “Oh, Sabtu.”  Beliau yang menjawab.  “kenapa tak jawab salam"?”  Beliau bertanya lagi.

 

“Suka hati akulah nak jawab atau tak.”  Aku menjawab selamba.  Aku terus explore Windows Vista ni.  Wah, boleh tahan jugaklah ni.

 

Abang Sharif dah keluar pergi beli lauk untuk makan tengahari.  Aku pula sibuk explore vista kat komputer kak Ros ni.  Wah, ok lah jugak ni.

 

Telefon kat rumah kak Ros berdering.  Dia pun mengangkat.  Tak taulah apa yang diperbualkan, cuma yang kedengaran ialah nak cari resit.  Rupanya, ada orang Brunei yang telefon kak Ros.

 

Tidak lama kemudian, abang Sharif pun baliklah dari membeli lauk kari ayam.  Kak Ros pun beritahulah abang Sharif supaya cari balik resit bank hari tu.  Abang Sharif pun mulalah berleter.  “Itulah susahnya, resit tu entah dah letak mana dah sekarang.”  Itulah antara butir-butir leteran abang Sharif.

 

Ha, nasib baiklah ada jumpa resit tu.  Kalau tidak, tak taulah apa yang akan berlaku.  Apabila telah berjumpa resit itu, kak Ros pun menelefonlah kawannya di Brunei itu dan memberitahu bahawa resit yang dicari telah pun dijumpai.

 

Aku pun makanlah nasi beserta lauk kari ayam yang dibeli oleh abang Sharif tu.  Dan selepas makan, aku duduk sebentar untuk berehat sambil main-main komputer kak Ros.  Yalah, rasa penat.

 

Telefon aku pula berdering.  “Hello.”  Aku menjawab.  “Oi, hang kat mana?”  Tanya Yusuf di hujung talian.  Aku kat rumah kak Ros ni.  Aku menjawab.  “Eh nanti pukul 3:00, Rosmin mai bawak hanglah oi.”  Beritahu Yusuf.  “Wey, aku tak balik lagi.”  Aku beritahu.  “Nanti bila aku sampai hotel, aku bagi tau.”  Aku menyambung.  “Ok ok.”  Jawab Yusuf.  Kemudian, talian diputuskan.

 

Aku pun bermula bersiap untuk berangkat pulang.  Abang Sharif dah nak turun.  kami pun turun.  Maka, tinggallah kak Rosnah sorang-sorang di rumah.

 

kami berjalan menuju ke stesen LRT.  “Macammana dengan Vista tu?”  Abang Sharif bertanya.  “Ok lah tu.”  Jawabku rengkas.  “Dah bersedia nak pakai vista?”  Abang Sharif bertanya.  “Tengoklah kalau ada duit nanti, saya pakai.”  Jawabku.

 

Kini, kami telah sampai ke stesen LRT.  Abang Sharif pergi beli tiket.  Dan kemudian, kami pun pergi tunggu LRT.  Tidak lama kemudian, naiklah kami untuk menuju ke Brickfields.

 

Setelah sampai ke Brickfields, abang Sharif membawa aku ke hotel.  kami berpisah dari situ.  Aku pun terus naik ke bilik.  Kemudian, aku pun menelefon Yusuf.  “Wey, aku dah sampai wey.”  Beritahu aku kepada Yusuf.  “Ok ok, nanti tengok macammana.”  “Nanti aku call hang balik.”  Jawab Yusuf.  Talian pun diputuskan.

 

Selepas itu, aku pun pergi mandi.  Sebelum pergi mandi, aku pun membuka siaran tv9 sebab kartun di tv9 dah pun bermula.  Selepas itu, barulah pergi mandi.

 

Selepas mandi, aku terus mendengar siri kartun di tv9 sambil menunggu panggilan dari Yusuf.  Aku pun baring-baring sebentar di atas katil.  Agak penat juga rasanya.

 

Jam sudah pun menunjukkan pukul 4:20 petang.  Nampaknya, Yusuf masih lagi belum menelefon aku.  Aku pun menelefon Yusuf.  Panggilan aku tidak berjawab.  malah, talian telefon telah dimatikan.  ha, aku tak pedulilah.  Aku terus mendengar siri kartun kat tv9.  Yalah, seronok ni.

 

Kini, jarum jam telah menunjukkan jam 5:00 petang.  Yusuf masih lagi tidak menelefonku.  Aku cuba memanggilnya sekali lagi.  namun sayang, talian ditutup.  Ah, tak pedulilah, aku terus saja mendengar siri kartun di tv9.  masa dah petang sangat, takkan nak ke Sungei Wang lagi.  Mungkin mereka ada masalah kot.

 

Aku menelefon Ah Hong jam 5:30 petang.  “Eh Ah Hong, malam ni, aku ikut hang pi makan.”  Beritahuku.  “Oh, dia orang tak datangkah?”  Ah Hong bertanya.  “Ha, aku tak tau o.”  “Mungkin dia orang sibuk tu.”  Jawabku.  “Ha ok lah.”  Jawab Ah Hong.  Dan selepas itu, talian diputuskan.

 

Jam 6:30 petang, Ah Hong kembali ke bilik.  Dia pun bersiap-siap untuk keluar bersama Moktar Soon pergi makan.  Dia menyuruh aku menelefon Moktar Soon untuk menentukan tempat makan.  Dan, aku pun telefonlah Moktar Soon.

 

“Hello Moktar, Ah Hong ask you, where you want to go to a dinner?”  Aku bertanya Moktar Soon.  “Khai Eong, Khai Eong, you tell Hongga, i want to go to Pink Lotus Khai Eong.”  Beritahu Moktar Soon.  “Ok Moktar, i tell Ah ong.”  Aku memberitahu.  “Say back to me Khai Eong, Pink Lotus.”  Pinta Moktar Soon.  “Ya Moktar, Pink Lotus.”  Aku mengulang.  “Ok Khai Eong, Tells Hongga, go to Pink Lotus.”  Moktar Soon mengulang sekali lagi.  “Ok Moktar.”  Aku menjawab.  Kemudian, talian diputuskan.

 

Jam 7:00 malam, aku buka siaran NTV7.  Maklumlah, setiap malam hari Sabtu, ada siri Crayon Shin Chan dan Doraemon.  Tengah aku seronok mendengar siri Crayon Shin Chan, telefon bimbitku berdering.  Aku mendengar suara di hujung talian.  “Oi Khai Eong, nanti aku mai bawak hang.”  “Jom kita turun makan.  kedengaran suara Rosmin di hujung talian.  “Oh yakah?”  “Ha, ok lah.”  Aku menjawab.  Talian diputuskan.

 

Hajat untuk mendengar siri Crayon Shin Chan di ntv7 terbantut.  Aku menutup tv.  Aku beritahu Ah Hong, kawan dah jemput dan aku tak jadi makan dengannya.  Selepas itu, aku pun turun ke lobi hotel New Winner menunggu Rosmin.

 

Tidak lama kemudian, Rosmin pun datang.  “Ha, mana itu orang?”  Tanya Rosmin kepada lelaki yang bertugas di kaunter.  Kami pun keluar menuju ke kedai Ina.  Biasalah tu.  Pelanggan agak ramailah rasanya petang tu di kedai Ina.

 

Petugas Zinnie pun datang.  Aku memesan makanan.  Mi Hailam.  Wah petang tu, Zinnie bagai bedak, wangi o!  Dan selepas makanan dipesan, dia pun berlalu dari situ.

 

Kini, makanan dah sampai.  Apa lagi, makanlah aku dengan lahapnya.  maklumlah dah lapar.  hah, sedap jugaklah mi Hailam tu.

 

Yusuf pun memberitahu aku bahawa dah tak jadi pergi ke Sungei Wang pada petang tadi.  Sebabnya, cuaca terlampau panas dan mereka keletihan.  Si Ayana pula, sakit kepala yang amat sangat.

 

Semasa makan, Rosmin pun bagilah aku dengar lagu dari nyanyian Pakku Shadat melalui pemain MP3-nya.  Haha, Pakku Shadat tu dah meninggal dunia.  Tak salah aku, sama ada pada awal tahun ini, atau pun pada penghujung tahun lalu.

 

Selepas semua dah makan, kami pun membayar harga makanan.  kemudian, aku bergerak balik ke hotel Winner dibawa oleh Rosmin.  Apabila sampai di hotel, aku dengan segera naik ke bilik.  yalah, untung-untung dapatlah dengar siri Doraemon walau pun sekejap.

 

Ha, aku cepat-cepat buka tv.  Wah, dapat jugalah dengar siri Doraemon tu walau pun di penghujung.  Kemudian, terus pula mendengar berita di tv3.

 

jam 9:30 malam, Ah Hong balik.  “Wah, awal balik.”  Ah Hong berkata.  “yalah, lepas makan, terus balik.”  “Tak pukul lapan lagi.”  Terangku.  “Lepas tu, terus dengar tv.”  Aku menyambung.

 

Selepas itj, aku pun pergilah gosok gigi.  Dah rasa mengantuklah.  Dan, maka tamatlah aktiviti seharian untuk hari ni.  aku tertidur lebih kurang jam 12:00 tengahmalam sambil itu, siaran one FM terbuka sampailah ke pagi.

 

Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog