Salam satu Malaysia. Apa khabar para pembaca sekalian? Diharapkan semua sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya. Mun ada yang kurang sihat ya,kenalah berjumpa doktor untuk tujuan pemeriksaan. Seperti yang kita dengar dan lihat, kinek tok virus H1N1 semakin meluas tersebar Dan,kinek tok,cuaca pun panas. Di Miri,dah lebih sebulan sik hujan. Semalam, ada juaklah hujan turun dengan lebatnya tapi, sik semua tempat kenak. Sebahagian tempat ajak. Mujur juaklah di tempat Barn ada juak kenak hujan awal pagi marek. Oh ya. Barn pun lamak juak sik update blog o. Ha. tok mesti ada di antara pembaca ingat ada cerita panas. Hohoho, nak dikatakan panas sik juak. Mun ngikut pada title di atas tek,bukan nak memburukkan sesiapa tapi, sekadar renungan bersama. Yalah kata orang,tujuan aku molah blog tok sekadar nak berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat. Dalam blog tok juak lah tempat aku meluahkan sebahagian dari masalahku,Supaya ada yang membaca serta memberi komen sik kira positif atau negatif. Kata orang, ambil yang jernih,buang yang keruh. Sebelum Barn memulakan luahan hati barn,barn terlebih dahulu nak memohon maaf banyak-banyak andainya ada pihak atau individu yang tersinggung dengan isi dalam topik tok. Bak kata lagu,"Dari jauh ku pohon maaf.". Sebelum ya, saya ingin juaklah mengambil kesempat tok untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan saya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. hahahaha. Itu dia.
OK. Nak teruskan dengan isi topik kali ini. Tadik ya introduction ajak. hahaha. Perkara yang berkaitan dengan topik tok yang Barn nak kongsikan ialah beberapa perkara tentang orang buta yang perlu pembaca sekalian tahu. Mungkin ada dikalangan pembaca ingat topik tok biasa ajak nak?sebab,ada yang sudah biasa dengan perangai sesetengah orang buta. apa yang kitak orang semua tauk pasal orang buta? actually,seperti yang kitak orang sedia maklum,kitak orang tauk nak Barn tok seorang yang cacat pengelihatan atau buta nak? Secara umumnya di sitok, Barn boleh senaraikan kelebihan dan kehebatan orang buta.. antara kehebatannya:
-
Orang buta boleh berfikir seperti orang normal.
-
Orang buta pergi sekolah untuk belajar dan ramai yang berjaya dalam hidup.
-
Orang buta boleh berdikari dan boleh hidup sendiri tanpa bantuan si sighted
-
Sik iboh banyak gilak nak disenaraikan sebab semuanya sama dengan si sighted atau orang normal. Bezanya kurang satu iaitu pengelihatan sik kira rabun atau lansung buta.
Ha, apa macam? nampak sik ada persamaan dengan si sighted atau si celik? Fikirkanlah. Tok saya maok tanyak terutamanya kepada golongan profesional.., Sebagai si buta,erbanggakah kita dengan apa yang kita capai selama ini? Ya. nang normal mun kita madah kita tok banga dengan apa yang kita ada kinek tok atas sebab usaha kita penat lelah belajar sejak di bangku sekolah sehinggalah lepas sekolah,masing-masing dengan hala tuju dirik empun benar nak? Ada yang berjaya jadi guru,peguam,operator,tukang urut dan sebagainya. jelas? Mun dibandingkan dengan barn,yang kinek tok masih mengangur agik lepas form6. Barn sik masuk universitikah? Jawapannya sudah tentu sik. kenak? yalah barn dolok,orang suruh belajar benar-benar, tapi plantay relax ajak. Memanglah. Barn sik malu nak padah hal ya ngan pembaca. Yalah berkongsi pengalaman,idea dan komen. Apa keputusan STPM barn dapat? OK. dengan rasa sik keberatan berikut adalah keputusan STPM Barn.:
-
Pengajian AM: D+
-
Bahasa Malaysia: B+
-
Pengajian Perniagaan: C+
-
Sejarah : F
-
MUET: Sik payah cakaplah, memang lingkup habis!
-
Kelulusan: STPM. bukannya sijil penuh pun..!
OK. puashati?
Kata orang,sebelum nak mengata orang,cerminkanlah diri tu. Betul! betul! betul! Barn dah pun patuhi syarat ya. setuju? Memanglah tak dinafikan bahawa pelajaran tu penting dalam hidup. Barn sendiri setuju 100%! Yalah mun sik ada pendidikan,sudah pasti Barn sik akan berhadapan dengan komputer masa tok. Setuju? Tapi,harus diingat juak, sik semestinya orang yang berjaya dalam pelajaran ya ada kerja nak? ramei gik nak mahasiswa mahasiswi di negara tok nak masik mengangur. Banyak problum. setuju? so, dalam kalangan kita yang cacat pengelihatan tok, persaingannya dengan si sighted nang sama ajak. Benar sik? So, apalah yang perlu dibanggakan yang menjadi sebutan di setiap gegendang telinga yang mendengarnya? Sepatutnya,banga tu banga jugak tapi jangan berlebih-lebih, jadilah seorang yang mempunyai sikap rendah diri. Apa yang penting,kita seharusnya bersyukur dan berterimakasih kepada Tuhan sebab semua ini adalah anugerah tuhan. Bagi barn, sikap bangga memang ada dalam setiap manusia sebab kelebihan yang ada padanya. tapi,biarlah bangga tu betul pada tempatnya.
Bangga?
Bagi Barn,bangga terbahagi kepada dua jenis iaitu:
-
Bangga dengan tidak menunjuk-nunjuk.
-
Bangga dengan suka menunjuk-nunjuk.
Nak bagi huraiankah serba ringkas? ha. Bolehlah secara ringkas,mungkin ada dikalangan rakan kita yang masih sik faham gilak kot.
Bangga dengan tidak menunjuk-nunjuk atau dengan bahasa lainya yang popular sekarang ialah apa yang orang selalu sebut Banga dengan tidak suka "Show off". Ciri-ciri orang yang seperti ini pada pendapat Barn ialah:
-
Suka berkongsi ilmu yang dipelajarinya dengan sesiapa sahaja tanpa mengira agama,bangsa,status dan darjat.
-
Jika menerima pujian,biasanya orang ini mempunyai sikap rendah diri.
-
Tidak sombong (cakap besar)
-
Kebiasaannya jugak, orang seperti ini selalu mengigati orang yang telah banyak mendorongnya berjaya dalam apa jua jenis bidang yang diceburi (Ibu bapa terutamanya, guru-guru dll).
-
Tidak lupa daratan.
-
dan seumpamanya (tak pelu panjang lebar. Kebanyakkannya orang tahu).
Manakala, yang bangga dengan suka menunjuk-nunjuk pulak,tentunya berlawannan dengan list di atas kan? Yang ini selalunya ada dalam sesetengah orang buta kita (bukan semua, minoriti sahaja). Antaranya ialah:
-
Bercakap besar (sombong), dan kurang bercampur dengan orang terutamanya apabila sudah berjaya misalnya.
-
Suka menunjuk. Mentang-mentanglah ada duit banyak,dapat beli itu dan ini,handphone bertukar tiap bulan. Tapi, hutang sana sini sik mampu nak bayar. Apa gunanya? Sudahlah kemudahan banyak yang disediakan oleh kerajaan,támBáng bas ada special discount,sewa telefon bimbit dan talian tetap ada potongan istimewa tapi masih sik dapat nak selesaikan hutang. O... manyak susah wo ini macam. Mun aku,nang ku tarik balik keistimewaan daknya ya atau-pun kenakan tindakan undang-undang terhadap daknya,sebab dak orang buta tok sama jak dengan orang sighted. benar sik? O sik boleh tarik keistimewaan dak nya o,sebab bukan semua kedak ya. Ya namanya berik malu ajak. Patut juak,nang benar kata ada sorang sighted yang pernah ku dengar,orang buta tok sebahagian kecil,manja juak.. Malu! malu! malu! berik malu ajak, nah! kerna nila setitik,rosak susu sebelanga. Orang kedak tok biasanya sejak peringkat sekolah lagik pun ada. Oh ya. Sebut pasal keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan, ada juak sesetengah/segelintir orang buta yang sik pernah bersyukur,memberontak kerajaan dan sebagainya. Ish! politik juaklah orangnya Barn tok eh!
-
Lupa daratan. Ha,sikap seperti tok memang sik patut dicontohi. misalnya,si A rasa banga dah dapat kerja di negeri lain,tetapi menghina negeri sendiri,ini banyak yang Barn dengar. Dan, orang tok juak cuba mempengaruhi kawan-kawannya supaya ikut sama ke KL,kononya di sinun banyak keistimewaannya dan senang cari makan katanya. apa? Hebat sangatkah KL tu? Setiap orang buta yang cari makan di KL tu, terjaminkah kehidupan mereka 100%? Kelak,nak bayar sewa rumah agik,bayar makan agik,transport dan sebagainya. KL ya,dahlah semua mahal,lainlah mun dah sik ada kerja ya di negeri dirik empun,ya apa boleh buatlah,ya pun mun gaji cukup,benar sik? tok nak cerita sikit tok. Ada kawan barn juak dari negeri dirik empun,bila dah ke KL,dah sik maok kelakar sarawak agik eh! Lalu sik berkamek kitak agiknya... Apa lagik mun berbahasa iban. Mun ditanyak, "nama berita nuan? bakani asai diau Kuala lumpur? Nyamaikah?" kelak nya jawab, "saye tak fahamlah ape awak cakap". Apa dah jadi dengan sebahagian kecil orang buta kita ? Di mana letaknya identiti kita? Apakah yang dimalukan dengan asal usul negeri kita? Sedangkan,kawan-kawan dari semenanjung Malaysia ramai yang nak belajar bahasa melayu Sarawak,bahasa Iban dan sebagainya,cuma mereka tak tau nak cari siapa yang nak ajar mereka. Hina sangatkah bahasa kita Sarawak? sik iboh tengok jauh gilak. Barn ada sorang cikgu dari semenanjung,dulu masa barn masih sekolah katanya lebih 20tahun dah menetap di Sarawak,kawin pun dengan orang Sarawak,mun kitak orang dengarnya kelakar Sarawak,wui,barn empun pun kalah. Tapi,logat bahasanya dirik empun sik hilang pun? Cuba kitak orang fikir. Sebenarnya, sik ada apa yang nak dimalukan dengan asal usul atau identiti masing-masing benar sik?
-
Sikap suka mengungkit. Ha, tok lagik sigek. Ada juak sesetengah orang buta tok yang kedak sik ikhlas mun nya tolong kawan. Mentang-mentanglah dia rasa dirinya itu hebat sangat, Kata nak tolong kawan,tapi lepas ya nya ungkit. hey! cuba kitak orang fikir benar-benar. Apa maknanya tolong orang lepas ya mengungkit? nama ajak berjuang untuk orang buta. Tapi,sebaliknya? Tin kosong! sik guna. Sia-sia ajak benar sik?
-
Sikap suka bermegah-megah. Ha. yang ini memang selalu jumpa Sesetengah si buta ni,bila rasa hebat sikit pun dah nak bermegah menunjuk-nunjuk. Lepas tu, cerita kelemahan dan keburukan orang sana sini dan menghina orang lain. Contohnya bila si A lemah atau kurang mahir dalam satu bidang yang si B mahir, ha, mulalah si B ni nak tunjuk Action. Macam-macamlah kutukan demi kutukan yang dia nak buat. Barn sebenarnya bukan cerita main sebarang hantam tapi barn memang pernah mengalami semua itu sejak dari peringkat sekolah lagi tau? Kalau dari peringkat sekolah pun dah pandai nak tunjuk ego,bila lepasan sekolah nanti lagilah si dia ni menjadi-jadi. Setuju?
-
Bila terpilih sebagai ketua dalam sesuatu kominiti,berlagak. Ha. yang tok biasalah dalam asam garam kehidupan manusia. Sik iboh nak pandang jauh. Kepada para pembaca sighted di luar sana,memang orang buta ni tak ada bezanya kan? Sebagai contoh, bila si A ni terpilih sebagai ketua pengawas di sekolah misalnya, wah, mulalah nak tunjuk ego, tapi tak semualah kan?
-
Action saja lebih. Yang tok lagik best, contohnya dalam satu krusus yang dianjurkan, sik kiralah krusus komputerkah,reflexologi dan sebagainya, ada juak si buta ni menunjuk sangat yang dia tu pandai,sedangkan dia tu sebaliknya. dan satu perkara yang paling tersangat-sangat best sekali,bila ada kawan lain yang bertanya sesuatu tentang krusus atau minta tunjuk ajar dengan peserta krusus yang kira sudah faham dengan penerang si fasilitator atau instraktor,nak tau apa si A ni katakah? Tapi dia tak kata dalam krususlah dia mengata selepas tamatnya waktu krusus. Wah, dia kritik habis habis o! mun kitak orang nak tauk apa dipadahnya? "kenak si X tok benar-benar menunjukkan bahawa dirinya ya sik pandei o?" Secara rasionalnya, patutkah kita berkata begitu? Setiap krusus sik kira krusus komputerkah, reflexologikah dan sebagainya diadakan ada tujuannya yang sendiri. Setujyu? so,mun dah pandei, sik ibohlah join krusus ya. Setuju? Dan, mun dah sik pandei ya,sik akan orang ya nak buat kedak cara pandei. benar sik? Mestilah si X bertanya mun nya sik faham, benar sik? dah nama krusus, kedak yalah adat istiadatnya,benar sik? Kadang-kadang si sinior pun sempit juak fikirannya. Nama ajak dolok makan garam. Setuju? Cubalah mun si A ya berada di tempat si X,lepas ya,nya dapat tauk orang mengatanya kedak ya,apa perasaan? fikir-fikirkanlah.
Ha,itulah dia serba sedikit tentang perihal sesetengah atau segelintir orang buta dalam satu Malaysia. Macam-macam ada kan? OK lah cukup dulu sampai di sini, motivasi dari orang muda,mun ada apa nak perlu ditambah kelak saya molah agik dalam siri seterusnya. Apa macam? Cukup panaskah? cukup lazerkah? Ada bakat jadi pakar motivasi atau roti basi? terpulang pada tafsiran masing-masin untuk menilai. ya tak? Walau apa pun,sebenarnya tujuan barn bukanlah untuk memburukkan kawan-kawan yang senasib dengan barn tapi sekadar untuk renungan semata-mata dan motif utama topik ini ialah untuk menyedarkan barn sendiri dan mereka yang masing-masing ingin menegakkan benang yang basah disamping mengubah pandangan para pembaca celik yang ada di luar sana,bahawa,orang buta sebenarnya tiada bezanya dengan masyarakat celik dari segala aspek kecuali satu kekurangan saja iaitu cacat pengelihatan. So,tak hairanlah jika terdapat orang buta yang terlibat dalam perkara-perkara berikut:
-
Sindiket penjualan dadah, dan penjualan VCD atau DVD cetak rompak dan lucah.
-
Kaki perempuan
-
Kaki judi
-
Penipu
-
terlibat dalam kegiatan jenayah atau kongsi gelap
-
Rasuah
-
Perogol
-
dan sebagainya.
So, itulah realitinya kan? Jadi, tak payahlah nak dijelaskan lagi moral yang terdapat dalam posting atau topik ni. Sebab bagi Barn,masing-masing boleh mentapsir dan membuat penilaian sendiri,tak kiralah negatif atau positif. Terpulang.
Sekian terima kasih.
Dipetik dari sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan