Inilah dia cerita bagaimana aku mengenali kak Romie dan Eric.
Aku mengenali kak Romie melalui E V Mail. E V Mail adalah sistem e-mail bersuara melalui telefon. "Hai Khai Eong, ini akak Romainun." "Akak dari Kuala Lumpur." "Harap Khai Eong sudilah berkawan dengan akak." Itulah mesej pertama dari Kak Romie.
Dan sejak itu, perkawanan kami sudah bermula. Tiap hari, aku mengirimkan E V Mail pada kak Romie. kak Romie juga tidak kisah. Semua E V Mailku dibalasnya tanpa banyak bicara. Semua persoalanku dijawabnya satu-persatu.
Akak, saya dapat tahu, akak ada komputer kan?" "Jadi, saya nak minta akak download lagu Siti nurhaliza boleh?" Itulah permintaan pertama aku pada kak Romie. masa tu, memang aku tak tau apa-apa lagi tentang komputer Windows ni.
"Oh Khai Eong nak download lagu Siti Nurhaliza ya?" "Boleh, tapi, agak susah sikitlah sebab talian dia lambat." Itulah jawapan rengkas dari kak Romie. Pada masa itu, kak Romie menggunakan e-mail jaring.
Banyak topik yang aku dan kak Romie perbualkan. Sampai penuh E V Mail punya peti mail. Kak Romie memang senang diajak berbual. Dia akan reply semua E V Mail di pejabatnya tanpa banyak kerenah. Itu yang best dengan kak Romie ni.
Pada suatu petang Sabtu, semasa aku check E V Mail, tiba-tiba, aku terima satu mesej. "Shalom!" "Hai, apakhabar?" "Saya You Koon dari Kuala Lumpur." "Salam perkenalan buat anda di Pulau Pinang." "Harap anda sudilah kiranya berkenalan dengan saya." "Sila balas mesej ini. "Ok, bye dan tuhan berkati anda." Itulah mesejnya.
"Siapa You Koon ni?" Hatiku bertanya. "Ah, biarlah." Aku berkata. Aku tidak membalas mesej orang yang bernama You Koon itu. Tidak lama kemudian, ada mesej kak Romie di peti mail. "Khai Eong, tadi, ada tak orang hantar mail kat Khai Eong?" "Nama dia You Koon." "Dia kata nak cari kawan, jadi akak pun bagi alamat Khai Eong." "Ada tak dia hantar mail?" Itulah bunyi mail kak Romie.
Oh rupanya, you Koon tu kawan kak Romie. "Saya dah delete lah mail dia tu kak." "Nanti, suruh dia hantar lainlah." Beritahuku. "Ok ok." "nanti akak suruh dia hantar lagi sekali. Kak Romie membalas mailku.
You Koon telah menghantar mail itu kembali dan aku pun membalasnya. maka kini, bermulalah persahabatan aku dengan You Koon. Kami tiap-tiap hari berbalas E V Mail.
Untuk pengetahuan, aku dan You Koon bermain E V Mail, sampai hang server itu kami kerjakan. "Aiyo, you all tolonglah jangan hantar itu attachment besar-besar." "Itu server jadi berat." Rungut syarikat yang jaga server itu. kami bukan setakat membalas E V Mail pakai telefon rumah, malah, telefon awam di tepi jalan juga teruk kami kerjakan. "Nampaknya, ada orang sudah marah sayalah." "Dia kata, saya gilalah main tekan-tekan." Cerita You Koon di suatu E V Mail dia itu.
Dan akibat dari apa yang kami buat itu, semua orang sudah hadapi masalah menghantar mail pada rakan-rakan mereka. Server sudah jadi terlalu lambat dan asyik nak sangkut. Dan, akibat daripada ini juga, bil telefon aku melambung naik mendadak. RM 264. Bil telefon You Koon jugak tidak kurang tingginya. Mahu dekat RM 300 lebih.
Dan akhirnya, perkhidmatan E V Mail itu pun, hancur berkecai pada awal tahun 2001.
Itulah dia ceritanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan