Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,
Sebagaimana kita semua sedia maklum, pada setiap 15 Oktober setiap tahun adalah sambutan Hari Tongkat Putih dimana masyarakat antarabangsa telah pun menerima tarikh tersebut sebagai Hari Tongkat Putih Antarabangsa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua OKU penglihatan di negeri Melaka dan Negara ini selamat menyambut Hari Tongkat Putih. Saya berpendapat kita perlu memperingati hari ini bagi menarik perhatian masyarakat umum kepada pentingnya diberi perhatian khas kepada semua pengguna tongkat putih di Melaka dan Negara ini. Saya rasa dengan adanya hari seperti begini akan dapat memberi maklumat dan pendidikan kesedaran awam kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya masyarakat di negeri Melaka dan Negara ini terutama pemandu-pemandu kenderaan dan pengguna jalanraya mempunyai sikap prihatin dan sikap berhemah apabila berdepan dengan OKU penglihatan yang mengguna tongkat putih untuk bergerak ke sanasini dalam urusan kehidupan mereka seharian.
Salah satu masalah yang terbesar yang dihadapi oleh orang buta, pejalan kaki OKU penglihatan adalah apabila pemandu-pemandu kenderaan tidak berhenti di lintasan jalanraya atau gagal untuk melihat lorong yang betul apabila berada di pelbagai lorong yang mempunyai lintasan zebra, dimana ada OKU penglihatan sedang melintas atau baru hendak melintas jalan.
Golongan OKU penglihatan amatlah berterima kasih sekiranya pemandu-pemandu kenderaan di jalanraya memberi perhatian khas kepada pengguna-pengguna tongkat putih dengan bersikap lebih berhemah dan bertimbang rasa dengan memberi mereka sedikit ruang untuk berjalan tanpa hadangan atau halangan.
Dengan menggunakan tongkat putih seorang OKU penglihatan boleh mendapat info di sekitar jalanan, oleh itu dia boleh mengetahui keadaan sekelilingnya, samada dia berada ditempat biasa atau ditempat baru. Dengan bantuan tongkat putih, dia boleh juga mengenali halangan di depannya dan dia dapat berjalan untuk mengelakkan halangan atau hadangan sepanjang laluan itu dan lagi dia boleh mengetahui contour; sebagai contoh tongkat putih membolehkan dia membezakan diantara jalan raya dan jalan kaki lima dan yang paling penting sekali, dengan tongkat putih membolehkan dia berjalan dengan perasaan lebih yakin lagi.
Hari Tongkat Putih Antarabangsa adalah satu Event Global yang disambut setiap tahun pada 15 Oktober. Hari tersebut digunakan untuk memberi kesedaran awam mengenai Tongkat Putih dan untuk memberi ingatan kepada masyarakat umum iaitu kepada pemandu-pemandu kenderaan juga pengguna jalanraya tentang keperluan mengamalkan adab budi bahasa di jalanraya dan bersikap prihatin apabila mendekati seorang OKU penglihatan yang sedang berjalan kaki menggunakan sebatang tongkat putih.
Tongkat putih telah menjadi simbol kepada OKU penglihatan dalam tahun 1921 melalui usaha seorang jurugambar di
" Dalam tahun 1930, seorang ahli kelab lions telah ternampak seorang OKU penglihatan
Hampir semua daripada golongan OKU penglihatan adalah pengguna tongkat putih. Ramai daripada OKU penglihatan yang masih mempunyai sedikit lagi penglihatan functional menggunakan tongkat putih itu sebagai tongkat bagi keselamatan mereka dan juga bagi memberikan lebih keyakinan kepada diri mereka untuk bergerak ke
Hari Tongkat Putih Antarabangsa pada tiap 15 Oktober adalah peluang yang terbaik untuk:
Memberi perhatian khas kepada semua pengguna-pengguna tongkat putih
i. Memotong semua dahan-dahan pokok yang rendah yang boleh membahayakan
dan menghalang seorang OKU penglihatan apabila berjalan.
ii. Mengalihkan semua halangan daripada jalanan kaki
menghalang seorang pengguna tongkat putih.
iii. Memastikan bahawa kenderaan tidak diletakkan dibahu jalan atau di
lintangkan di jalan kaki
bangunan di mana terdapat ramai pengguna tongkat putih yang selalu lalu
lalang disitu.
Tindakan mudah seperti ini dapat membantu dan boleh memberikan makna yang besar dalam kehidupan OKU penglihatan dalam pergerakan urusan seharian kehidupan mereka.
Saya bagi pihak SBM Melaka berharap dengan adanya publisiti meluas mengenai Hari Tongkat Putih dapat memberi sedikit pengetahuan dan kesedaran awam kepada orang ramai, terutama kepada pemandu-pemandu kenderaan dan pengguna-pengguna jalanraya betapa pentingnya bersikap berhemah dan bertimbang rasa kepada golongan OKU penglihatan yang mengguna tongkat putih. Semoga dengan adanya pemahaman dan pengetahuan mengenai Hari
Sekian terima kasih.
En. Hashim Ishak PBM,
Pengerusi SBM Melaka.
0 ulasan:
Catat Ulasan