Perjumpaan Lepasan St. Nicholas 2009
1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa suatu perjumpaan tahunan bagi
lepasan St. Nicholas bakal diadakan di St. Nicholas Home dari 28
Disember, 2009 hingga 1 Januari, 2010. datanglah beramai-ramai untuk sama-sama menjayakannya.
2. Yuran pendaftaran:
2.1. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 22 November, 2009.
2.2. Yuran pendaftaran yanng hanya akan meliputi makanan dan kegiatan-kegiatan pada
perjumpaan tersebut ialah RM90.00 untuk ahli dan RM70.00 untuk
kanak-kanak di bawah 12 tahun. Walau bagaimanapun, bagi mereka
yang mendaftar sebelumm 22 November berpeluang menikmati diskaun
sebanyak RM 20.00. Ini bermakna para ahli dan anak-anak mereka
masing-masing hanya perlu membayar sebanyak RM70.00 dan RM50.00 sahaja.
2.3. Kos membawa bersama pasangan yang bukan ahli dikenakan
bayaran tambahan sebanyak RM10.00.
2.4. Oleh kerana para penghuni dan
bekas-bekas pelajar St. Nicholas yang kerja di sana telah mempunyai program
makan-minum mereka, mereka hanya perlu membayar harga kanak-kanak dan akan
tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat 2.3 dan 2.5. Bagaimanapun, jika
mereka ingin menikmati makanan para peserta Perjumpaan, mereka perlulah
membayar seperti para peserta Perjumpaan.
2.5. Untuk pengesahan, wang pendahuluan pendaftaran sebanyak RM40.00 untuk
kanak-kanak dan RM50.00 untuk dewasa diperlukan. Bakinya hendaklah
dijelaskan ketika sampai di St. Nicholas nanti.
2.6. Para peserta yang ingin menarik diri hendaklah berbuat demikian sebelum 10
Disember, 2009. Wang sebanyak RM20.00 akan dipulangkan. Penarikkan diri
selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
3. Menyedari bahawa ada para ahli yang ingin menyertai jamuan makan malam
sempena tahun baru tetapi tidak cukup cuti untuk bersama-sama pada
keseluruhan Perjumpaan tahunan, terdapat suatu pakej khas yang meliputi jamuan
makan malam tersebut, penginapan asrama pada malam 31 dan sarapan pagi pada
keesokkannya dengan bayaran RM40.00. Bagaimanapun, para ahli yang berminat
dengan pakej ini hendaklah mendaftar tidak lewat dari 22 November, 2009.
Pendaftaran selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
4. Penginapan:
4.1 Kadar bayaran penginapan (untuk keseluruhan jangka waktu perjumpaan):
4.1.1. Untuk asrama ialah RM 25.00 bagi seorang peserta. (Para peserta adalah dinasihatkan untuk membawa bersama kunci mangga kecil masing-masing bagi memastikan barangan yang dibawa tersimpan dengan baik di dalam almari yang telah disediakan.)
4.1.2. Bilik tamu 1 dan 2 yang mengandungi 2 katil bujang setiap satu dikenakan bayaran sebanyak RM132 sebilik.
4.1.3 Bilik ke-3 yang mengandungi 3 katil bujang pula dikenakan sebanyak RM 156.
4.1.4. Bilik ke-4 (lebih besar) yang mengandungi 2 katil bujang adalah RM156.00.
4.1.5. Bilik ke-5 yang mengandungi 1 katil bersaiz keluarga berharga RM180.00.
4.1.6. Tilam tambahan pula dikenakan caj sebanyak RM24.00.
4.2. Kesemua bilik penginapan adalah dilengkapi dengan kemudahan sistem air panas dan penghawa dingin.
4.3. Keutamaan bilik tamu adalah kepada keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 10 tahun kerana kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan untuk tinggal di asrama.
4.4 Jawatankuasa telah berjaya mendapatkan kebenaran melanjutkan waktu penutupan pintu pagar asrama perempuan dari jam 11.00 malam hingga ke tengah malam.
4.5. Pintu pagar utama St Nicholas Home akan ditutup pada tengah malam.
5. Diingatkan bahawa makanan akan hanya dihidangkan bermula dengan
sarapan pagi 29 Disemberdan berakhir dengan sarapan pagi 1 Januari.
6. Program:
6.1 28/12: 2.00 petang-6.00 petang Pendaftaran
8.00 malam Taklimat
6.2. 29/12: 9.00 pagi Ceramah bertajuk "Making Eco Enzyme"
2.30 petang Pertandingan Mencari Harta Karun
6.3. 30/12: 9.00 pagi Perkembangan terkini St Nicholas Home
8.00 malam- Malam social.
6.4. 31/12: 9.00 pagi lawatan
8.00 malam Jamuan Makan Malam bersama bekas wargakerja St Nicholas Home dan pertandingan karaoke sempena sambutan Tahun Baru
7. Adalah menjadi hasrat kami untuk menjemput sebanyak mungkin bekas kakitangan St. Nicholas ke jamuan makan pada 31 November itu. Sehubungan dengan ini, kami mengalu-alukan sebarang maklumat tentang bekas kakitangan yang sangat-sangat bermakna kepada anda agar dapat membantu kami dalam memantapkan lagi senarai jemputan demi untuk mehyemarakkan lagi upacara ini.
8. Pada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, sila berurusan dengan Miss Linda Kam untuk membuat pendaftaran di talian yang tertera di bawah:
- Telefon Bimbit: 013-3402302
- Pejabat: 03-20948111
- Rumah: 03-22745022.
Ahli-ahli juga boleh membuat pendaftaran dengan En. Amir Teh di talian: 012-4197968.
9. Selain itu, anda boleh menghubungi senarai Ahli Jawatankuasa di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini:
- Lilian Chan (Pengerusi): 013-3400663
- Amir Teh (Setiausaha): 012-4197968
- Linda Kam (bendahari): 013-3402302
- Moses Choo (Ahli Jawatankuasa): 013-3971442
- Rosnah Ahmad (Ahli Jawatankuasa): 03-20347007 (Pejabat)
2. Attach english.
Old-nicolites' Reunion 2009
1. Please be informed that our Annual Reunion at St. Nicholas Home will be from the 28th of december 2009 till the 1st of January 2010. So do come in full force to join in the fun and make this year's Reunion a real success.
2. Registration fee:
2.1. The closing date for registration is the 22nd of November, 2009.
2.2. The registration fee which covers only food and the activities for the reunion is at RM90.00 for members and RM70.00 for children below 12 years of age. However, those who register before the 22nd of November will enjoy a discount of RM20.00 which means that members and children only pay RM70.00 and RM50.00 respectively.
2.3. The cost of bringing along your spouse who is not a member wil be an additional of RM10.00 on top of all other charges.
2.4. As residents and old-nicolites working in SNH will already have food arrangements made, they only need to pay the same rate as children and will be subjected to the terms and conditions stated at items 3.2 and 3.5. However, should they wish to enjoy the same food as other old-nicolites, they would be required to pay the same rate as other members.
2.5. For confirmation, there will be a pre-registration fee of RM40.00 for children and RM50,00 for memberss. This fee will be considered part of the registration fee and the remainder be paid up on arrival.
2.6. Participants who wish to withdraw will need to do so before the 10th of December 2009. There will be a partial refund of RM20.00. Any withdrawals after that will not be entertained.
3. Realising that there will bbe some members who would like to join in the new year's eve dinner but do not have enough leave to stay for the whole reunion, there is a special package that includes the new year's eve dinner, dormitory accommodation for the night of the 31st, and breakfast for the next morning at a cost of RM40.00. However, members who are interested in this package will have to register by the 22nd of November, 2009. Any registration after that will not bbe entertained.
4. Accommodation:
4.1. Accommodation rates (for the whole duration):
4.1.1. Dormitory is RM25.00 per person. (Members are advised to bring along a small padlock to lock up their belongings in the cupboard provided.)
4.1.2. Guest rooms 1 and 2 consisting of 2 single beds each is RM132.00 per room.
4.1.3. Room 3 consisting of 3 single beds is at RM156.00.
4.1.4. Room 4 (larger) consisting of 2 single beds is at RM156.00.
4.1.5. Room 5 consisting of 1 queen size bed is at RM180.00.
4.1.6. An additional mattress costs RM24.00.
4.2. All of the guestrooms are equipped with hot water system and air-conditioning. 4.3. Priority for guestroom stay is for families with children below 10 years of age as
these children are not allowed to stay in the dormitories.
4.4 The committee has managed to extend the closing of the girls' cottage gate from 11.00 pm to mid night.
4.5. The main gate of SNH compound will be closed by mid night.
5. Please note that food will only be served from the 29th of December till the 1st of January beginning with breakfast on the 29th till breakfast on the 1st of January.
6. Programme
6.1 28/12 2.00 pm to 6.00 pm Registration.
8.00 pm Briefing
6.2. 29/12 9.00 am Talk on Making Eco Enzyme
2.30 pm A game of Treasure Hunt
6.3. 30/12 9.00 am SNH update
8.00 pm Social evening.
6.4. 31/12 9.00 am A trip out
8.00 pm New year's eve dinner together with ex-staff plus karaoke.
7. In order to invite as many ex-staff as possible to our new year's eve dinner, we welcome members to help us build up the list.
8. For those who would like to attend the reunion, please register with Miss Linda Kam. She can be contacted at
Mobile: 013-3402302
Office: 03-20948111
Home: 03-22745022.
Members can also register with Amir Teh at SNH. He can be contacted at 012-4197968.
9. For further enquiries, you can also contact any of the organizing committee members:
Lilian Chan (chairman): mobile 013-3400663
Amir Teh (secretary): 012-4197968
Linda Kam (treasurer): mobile 013-3402302
Moses Choo (committee member): 013-3971442
Rosnah Ahmad (committee member): office 03-20347007