PENGUMUMAN
1. SAMBUTAN HARI OKU 2009
Tarikh: Sabtu 5 Disember 2009.
Masa: 9.00 pagi hingga 6 petang.
Lokasi: Brickfield (berpusat di Kompleks MAB)
Anjuran: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar.
Pada tahun ini Hari OKU akan disambut secara meriahdengan berkonsepkan ala karnival. Semua OKU dijemput dan diharap dapat memeriahkan dengan menghadiri program ini yang sememangnya lain daripada yang lain. Antara pengisiannya adalah seperti berikut:
A. Pameran daripada semua agensi yang terlibat dengan OKU.
B. "Speakers Corners" yang akan membicarakan tentang peranan dan fungsi sesebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan dan pemulihan OKU. Beberapa OKU yang berjaya juga akan diberi peluang untuk berkongsi pengalaman kejayaan hidup dalam usaha memberi motivasi kepada para pengunjung terutama OKU.
C. Terdapat banyak gerai jualan termasuk yang menjual makanan dan minuman akan disediakan pada hari tersebut. Gerai tersebut akan dikendalikan oleh OKU yang dipilih dari setiap negeri dalam usaha untuk mengenengahkan projek keusahawanan dikalangan OKU. Ini selaras dengan konsep "Productive Welfare" yang menjadi salah satu konsep yang sedang diperkasakan oleh pihak JKM terutama untuk golongan ini.
D. Pusat simulasi dan demonstrasi tentang ketidakupayaan akan disediakan untuk pengunjung yang bukan OKU agar mereka dapat merasakan situasi yang dihadapi oleh OKU.
E. Pentas persembahan turut disediakan yang juga merupakan kerjasama dengan pihak kariawan. Beberapa artis tanah air dan artis dikalangan OKU akan menghangatkan pentas tersebut.
F. Dijangkakan sebuah Pokok Permintaan (Wishes Tree) akan disediakan untuk memberi peluang kepada semua OKU untuk mengemukakan permintaan atau pandangan bagi memantapkan lagi program pembangunan dan pemulihan untuk OKU.
PS: Makan dan minum hanya disediakan semasa majlis perasmian sahaja.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Hari OKU bolehlah menghubungi Jabatan Pembangunan OKU di talian 0326165600.
2. Ahli KARIAWAN di kalangan OKU.
Melalui satu perbincangan dengan pihak KARIAWAN yang diwakili oleh presidennya Datuk Freddie Fernandez bersama pihak Jabatan pembangunan OKU, persetujuan telah dicapai untuk mengadakan biro OKU di bawah persatuan ini. Mana-mana OKU amnya dan OKU penglihatan khasnya yang berbakat dan berminat dalam bidang seni dijemput untuk menyertai persatuan ini di bawah biro tersebut. Bidang seni ini cukup luas mernakumi pelbagai cabang seni termasuk seni penulisan seperti bersajak, menulis novel dan lain-lain. Bagi sesiapa yang berminat boleh menyertai KARIAWAN dengan mengisi borang yang disediakan dengan yuran sebanyak RM10 sahaja.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Mohd Hafiz Halim di talian 0326165669 atau 0133400155.
Sekian, terima kasih.
Live Messenger : blind_boy007@live.com.my
Skype : ultraman5984
Yahoo Messenger : puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my
Blog : http://www.sepanasmentari.blogspot.com/
0 ulasan:
Catat Ulasan